Dram adalah sumber energi utama dalam sesebuah lagu Rock dan Metal. Pukulan dram merupakan kunci pada kehebatan korus dalam setiap lagu. Bayangkan lagu 'Search - Langit dan Bumi' tanpa pukulan dram, ianya kedengaran tawar dan tak bermaya seolah-olah tak cukup rempah. Ini kerana rentak sesuatu lagu mempengaruhi mood dan perasaan pendengar.
Kita ada ramai drummer terhebat dan mantap. Pukulan mereka membuatkan lagu-lagu masyuk dan meresap dalam jiwa malah penangan merekalah lagu-lagu Rock dan Metal Malaya masih mekar dan bertahan hingga kini. Di bawah ni gua hanya sempat senaraikan 12 drummer Rock dan Metal terhebbat Malaya. Antaranya...
Kita ada ramai drummer terhebat dan mantap. Pukulan mereka membuatkan lagu-lagu masyuk dan meresap dalam jiwa malah penangan merekalah lagu-lagu Rock dan Metal Malaya masih mekar dan bertahan hingga kini. Di bawah ni gua hanya sempat senaraikan 12 drummer Rock dan Metal terhebbat Malaya. Antaranya...
Siapa tak kenal Yazid Search, drummer terkenal dari kumpulan Rock evergreen tanahair - Search. Yazid mempunyai drum arrangement yang sangat baik. Abangnya, Zahid Ahmad juga handal dalam bermain dram dan sentiasa menjadi sessionist album artis-artis lain.

Drummer dari band trash metal terkenal tanahair, Cromok. Greats in performance.
Lebih terkenal dengan nama Ujang Exists. Berusia 37 tahun dan berasal dari Johor Bahru. Ujang pernah menganggotai kumpulan Amuk, Manterra dan Barongan. Brader ni sentiasa mengiringi persembahan di konsert-konsert besar dan tenaganya banyak digunakan dalam penghasilan album artis-artis lain.
Black juga merupakan drummer yang handal dan terkemuka dari kumpulan Wings. Brader ni pernah tersingkir dari Wings selepas album 'Teori Domino' kerana penyakit lelah sehingga tidak mampu beraksi lama. Black pernah menganggotai Babylon dan Stranger di era Rock.
Merupakan anak kepada pengasas SYJ, Syed Yusuf Jamalullail. Brader ni handal bermain double pedal. Eduat telah kembali ke Rahmatullah pada 11 Oktober 2006 kerana komplikasi paru-paru.
Drummer terhebat dari Metalasia yang mewarnai arena muzik Metal tanahair.
Berasal dari Raub, Pahang. Dalam sejarah penglibatan muziknya, dia pernah menjadi drummer Rator, sebuah band underground yang memiliki corak muzik yang ganas suatu ketika dulu. Lee Space dikagumi kerana stamina, kepantasan dan kebuasan menghentam yang sangat power. Brader ni pernah menganggotai kumpulan XPDC, Def Gab C dan SlumScum.
Drummer dari sebuah kumpulan Rock terkenal Singapura, Rockers. Dalam band ni hanya Irman seorang yang berambut pendek. Abangnya, Razzi M adalah anggota Black Dog Bone.
Pernah menganggotai kumpulan Sofea, Lipan Bara dan Babylon.

Azhri Nasir
Sebelum ni bermain drum bersama Spider. Kerana pukulan dia lah lagu2 Spider famous hingga kini.
Mula bermain dram ketika berusia 10 tahun bersama kumpulan Kristal. Kini menganggotai Deja Voodoo Spells. Ainol mempunyai skill permainan dram yang mantap.
...dan sesiapa yang ada cita2 nak jadi drummer, jadikanlah brader2 di atas sebagai idola dan pencetus semangat kalian. Lu skalian kena blajar ketuk senduk dengan periuk belanga dulu, baru bleh mantap...yearggghhh... Kembalikan kegemilangan muzik kita..!!