Thursday, February 18, 2010

Drummer Terunggul Tanahair (Malaysia Best Drummer)

Dram adalah sumber energi utama dalam sesebuah lagu Rock dan Metal. Pukulan dram merupakan kunci pada kehebatan korus dalam setiap lagu. Bayangkan lagu 'Search - Langit dan Bumi' tanpa pukulan dram, ianya kedengaran tawar dan tak bermaya seolah-olah tak cukup rempah. Ini kerana rentak sesuatu lagu mempengaruhi mood dan perasaan pendengar.

Kita ada ramai drummer terhebat dan mantap. Pukulan mereka membuatkan lagu-lagu masyuk dan meresap dalam jiwa malah penangan merekalah lagu-lagu Rock dan Metal Malaya masih mekar dan bertahan hingga kini. Di bawah ni gua hanya sempat senaraikan 12 drummer Rock dan Metal terhebbat Malaya. Antaranya...

yazid search Yazid
Siapa tak kenal Yazid Search, drummer terkenal dari kumpulan Rock evergreen tanahair - Search. Yazid mempunyai drum arrangement yang sangat baik. Abangnya, Zahid Ahmad juga handal dalam bermain dram dan sentiasa menjadi sessionist album artis-artis lain.

miji cromokTarmizi Mokhtar @ Miji (paling kiri)
Drummer dari band trash metal terkenal tanahair, Cromok. Greats in performance.

ujang exist Sharudin Saniman
Lebih terkenal dengan nama Ujang Exists. Berusia 37 tahun dan berasal dari Johor Bahru. Ujang pernah menganggotai kumpulan Amuk, Manterra dan Barongan. Brader ni sentiasa mengiringi persembahan di konsert-konsert besar dan tenaganya banyak digunakan dalam penghasilan album artis-artis lain.

black wings Azmi Hashim @ Black (paling kanan)
Black juga merupakan drummer yang handal dan terkemuka dari kumpulan Wings. Brader ni pernah tersingkir dari Wings selepas album 'Teori Domino' kerana penyakit lelah sehingga tidak mampu beraksi lama. Black pernah menganggotai Babylon dan Stranger di era Rock.

syed noor eduat Syed Noor Eduat (paling kiri)
Merupakan anak kepada pengasas SYJ, Syed Yusuf Jamalullail. Brader ni handal bermain double pedal. Eduat telah kembali ke Rahmatullah pada 11 Oktober 2006 kerana komplikasi paru-paru.

sam maya Sam Maya
Drummer terhebat dari Metalasia yang mewarnai arena muzik Metal tanahair.

lee space xpdc Lee Space (dua dari kiri)
Berasal dari Raub, Pahang. Dalam sejarah penglibatan muziknya, dia pernah menjadi drummer Rator, sebuah band underground yang memiliki corak muzik yang ganas suatu ketika dulu. Lee Space dikagumi kerana stamina, kepantasan dan kebuasan menghentam yang sangat power. Brader ni pernah menganggotai kumpulan XPDC, Def Gab C dan SlumScum.

irman rockers Irman Masrom (paling kanan)
Drummer dari sebuah kumpulan Rock terkenal Singapura, Rockers. Dalam band ni hanya Irman seorang yang berambut pendek. Abangnya, Razzi M adalah anggota Black Dog Bone.

nahar babylon Nahar
Pernah menganggotai kumpulan Sofea, Lipan Bara dan Babylon.


drummer spider


Azhri Nasir
Sebelum ni bermain drum bersama Spider. Kerana pukulan dia lah lagu2 Spider famous hingga kini.



ainol kristal
Ainol Eqraf Ramli
Mula bermain dram ketika berusia 10 tahun bersama kumpulan Kristal. Kini menganggotai Deja Voodoo Spells. Ainol mempunyai skill permainan dram yang mantap.


tony khalifah Ini pula drummer Khalifah. Gua tak tahu siapa nama dia, tapi gua selalu tengok video2 Klip Khalifah. Persembahan memang hebat.



...dan sesiapa yang ada cita2 nak jadi drummer, jadikanlah brader2 di atas sebagai idola dan pencetus semangat kalian. Lu skalian kena blajar ketuk senduk dengan periuk belanga dulu, baru bleh mantap...yearggghhh... Kembalikan kegemilangan muzik kita..!!

9 comments:

ieja @ iejot said...

chaiyok²!!!!... wakakaka..
majulah minah rockers 'tuk negara....

nigina said...

tahu takpa ijot.. lainkali ikut aku g konsert rawkkkkk..esok abg (yazid)balik dari london...

Nerzhul said...

dum dum bunyik drum...
keep rockin'

Anonymous said...

hahahaha drummer khalifah tu...nama glamer tony...nama glamor lain,mat sabu...... beliau sebelum ni drummer Aisunam...lagu masuk gear jalan adalah buah tangan dia...... dia memang low profile...maut tone dia....

Silverian said...

Antara pemain dram yang terbaik WIRA (Necrotic Chaos, Athothorgh, Infectious Maggots dll), ACAP (Kristal) & Jojet

Anonymous said...

drummer khalifah tu name die sabu atau tony.. die nie byk gelaran.. sblum die joint khalifah, die joint band trash bersama vokalis aisuman iaitu fauzi.. dan die ni abg kpd harry khalifah... aku knl ngn die nie...

shahrul azhar said...

Aku nk jumpA ujang exist.... Xjumpa2 lg.... Aku nk jdi ank didik dia.... Nk blaja aku memng minat.... And ade basic... Perlu di tacap lg..... Ade sape2 taw ujang mnetap di mana?"

Anonymous said...

Nk blajar dgn ujang, add la facebook dia tanya..dia pun bz jd seasonist..kilauan emas semua jadah byk dia main..

Anonymous said...

Nk blajar dgn ujang, add la facebook dia tanya..dia pun bz jd seasonist..kilauan emas semua jadah byk dia main..