Etika. Bukan tatasusila atau produk insuran yang ingan dibicarakan. tapi ianya nama sebuah kumpulan rock yang wujud pada zaman kegemilangan muzik rock. Kumpulan Etika mula ditubuhkan pada 1985 dan terdiri daripada 5 orang anggota antaranya Kaswan Arsat (vokal), Ahmad Bahtiar (gitar), Zain Azman (gitar), Mohd Razif Raihan (bass) dan Jamaludin Abu Hasan (drum). Lagu hits kumpulan Etika sudah pastinya Jawapannya Padamu dan Bila Kasih Bertemu Cinta. Namun ramai peminat rock yang kurang mengetahui bahawa nama asal Etika adalah Wasiat.
![]() |
Band Wasiat |
“Band Wasiat sebenarnya sebelum itu dikenali dengan nama Flash, tapi vokalisnya orang lain (Mohd Naufal) dan saya sendiri ada group yang baru nak merangkak di Jalan Travers. suatu hari mereka datang ke tempat saya practice lalu membuat tawaran untuk join diaorang sebab kata mereka vokalis mereka dah keluar. Mereka ajak saya jamming dan saya pun setuju,” kata Kaswan ketika mengimbau kembali penglibatan awalnya bersama Wasiat.
Nama Wasiat diambil sempena nama sebuah studio di Kompleks Wilayah yang menjadi lokasi jamming mereka dan dikendalikan oleh Kaswan sendiri sebagai pekerja. Wasiat menukar nama kepada Etika apabila mendapat tawaran merakamkan album di bawah syarikat Happy Record pada tahun 1989. ini kerana tiada produser yang berani bekerja dengan nama wasiat kerana pada mereka ‘wasiat’ hanya dikeluarkan oleh orang mati. Pelik kerana orang islam percaya pada perkara-perkara seperti ini.
Di bawah Happy Record, Etika hanya merakamkan dua album iaitu Jawapannya Padamu (1990) dan Etika (1991). Album pertama mereka diterbitkan oleh Kopratasa dan dirakamkan di Fantasia studio.
Walaupun sebanyak 5 buah lagu mereka tidak diluluskan oleh RTM untuk siaran, tetapi jualan album mereka menjangkau lebih 50 ribu unit dan melayakkan mereka memperoleh anugerah cakera platinum.
![]() |
Album pertama dan kedua Etika |
Album kedua Etika diterbitkan oleh Zulkif Headwind pada tahun 1991 dan dirakamkan di studio Channel Eleven. Walaubagaimanapun Kaswan tidak sihat semasa merakamkan album kedua tetapi lagu dapat disiapkan mengikut masa yang diperuntukkan kecuali lagu-lagu rancak yang memakan masa lebih pendek.
Kedua-dua album Etika terjual hingga ke Singapura dan Brunei.
![]() |
Etika, dari kiri Ahmad Bakhtiar, Jamaluddin Hassan, Kaswan Arsat, Zain Azman (sebelum menganggotai Blackrose) dan arwah Mohd Razif |