Tuesday, August 7, 2012

Kumpulan Etika


Etika. Bukan tatasusila atau produk insuran yang ingan dibicarakan. tapi ianya nama sebuah kumpulan rock yang wujud pada zaman kegemilangan muzik rock. Kumpulan Etika mula ditubuhkan pada 1985 dan terdiri daripada 5 orang anggota antaranya Kaswan Arsat (vokal), Ahmad Bahtiar (gitar),  Zain Azman (gitar), Mohd Razif Raihan (bass) dan Jamaludin Abu Hasan (drum). Lagu hits kumpulan Etika sudah pastinya Jawapannya Padamu dan Bila Kasih Bertemu Cinta. Namun ramai peminat rock yang kurang mengetahui bahawa nama asal Etika adalah Wasiat.

 

Band Wasiat

 

“Band Wasiat sebenarnya sebelum itu dikenali dengan nama Flash, tapi vokalisnya orang lain (Mohd Naufal) dan saya sendiri ada group yang baru nak merangkak di Jalan Travers. suatu hari mereka datang ke tempat saya practice lalu membuat tawaran untuk join diaorang sebab kata mereka vokalis mereka dah keluar. Mereka ajak saya jamming dan saya pun setuju,” kata Kaswan ketika mengimbau kembali penglibatan awalnya bersama Wasiat.

Nama Wasiat diambil sempena nama sebuah studio di Kompleks Wilayah yang menjadi lokasi jamming mereka dan dikendalikan oleh Kaswan sendiri sebagai pekerja. Wasiat menukar nama kepada Etika apabila mendapat tawaran merakamkan album di bawah syarikat Happy Record pada tahun 1989. ini kerana tiada produser yang berani bekerja dengan nama wasiat kerana pada mereka ‘wasiat’ hanya dikeluarkan oleh orang mati. Pelik kerana orang islam percaya pada perkara-perkara seperti ini.

Di bawah Happy Record, Etika hanya merakamkan dua album iaitu Jawapannya Padamu (1990) dan Etika (1991). Album pertama mereka diterbitkan oleh Kopratasa dan dirakamkan di Fantasia studio.

Walaupun sebanyak 5 buah lagu mereka tidak diluluskan oleh RTM untuk siaran, tetapi jualan album mereka menjangkau lebih 50 ribu unit dan melayakkan mereka memperoleh anugerah cakera platinum.

 

Album pertama dan kedua Etika

 

Album kedua Etika diterbitkan oleh Zulkif Headwind pada tahun 1991 dan dirakamkan di studio Channel Eleven. Walaubagaimanapun Kaswan tidak sihat semasa merakamkan album kedua tetapi lagu dapat disiapkan mengikut masa yang diperuntukkan kecuali lagu-lagu rancak yang memakan masa lebih pendek.

Kedua-dua album Etika terjual hingga ke Singapura dan Brunei.

 

Etika, dari kiri Ahmad Bakhtiar, Jamaluddin Hassan, Kaswan Arsat, Zain Azman (sebelum menganggotai Blackrose) dan arwah Mohd Razif

 

“Selepas album kedua, kami dah tak ambil peduli tentang album dan tak minta apa-apa pun dari syarikat. Kami bawa haluan masing-masing, tapi kalau ada function, kita on,” jelas Kaswan yang mengakui ianya ada kaitan dengan konsep muzik yang sepatutnya mereka bawa.

Seperti kumpulan rock yang lain, Etika juga aktif membuat persembahan di majlis-majlis kahwin, ekspo, funfair, majlis makan malam dan menjadi band pengiring kepada artis lain. Antara show yang masih diingati sehingga kini ialah ketika mengiringi Rohana Jalil, Roy dan Hana Yaacob pada hari keluarga sebuah kilang di Stadium Darul Makmur.

Etika pernah mendapat tempat keempat dalam pertandingan Juara Rock di ekspo Malaysia 30 tahun di Jalan Tuanku Abdul Rahman (sekarang Maju Junction) yang ketika itu dijuarai oleh Loving Born.

Lagu mereka tidak ketinggalan memasuki carta muzik-muzik tetapi cuma bertahan 2 minggu sahaja.

“Kami tak popular kerana ketika itu XPDC melancarkan album pertama pada tarikh yang sama iaitu 3 september 1990. Tiada gosip dan cerita buruk yang pernah kami terima. Alhamdulillah..” ujarnya.

 

 

Semestinya sebagai bekas rockers banyak kenangan pahit dan manis pernah dilalui. Kebanyakannya peristiwa lucu yang menghiburkan.

“Pernah ada peminat yang meminta ciuman, tapi nasib baik masa tu iman kuat lagi. Kami beritahu dengan baik, tak boleh,” cerita Kaswan.

“Ada satu kisah yang tak dapat dilupakan iaitu di Tampin, Negeri Sembilan. Bila nak show saya dilanda demam tapi dah confirm dengan tauke funfair. Saya takde suara nak nyanyi tapi belasah jugak sampai sumbang mambang. Penonton tak baling telur dan objek cuma mereka terpegun dan berlalu pergi main game..he..he..”

“Satu lagi kisah di Kampar Perak. Hujan lebat sebelum kami sampai hingga tapak funfair jadi lecak. penonton tak ramai. tapi ada seorang penonton yang menari dari mula sampai habis show..rupa rupanya dia gila daa..”

Haha.. itu macam pun ada. Banyak lagi pengalaman pahit manis yang mengundang gelak ketawa dan kerinduan apabila diingati. Siapa yang tak rindukan zaman muda ye tak?

Etika tidak pernah dibubarkan, cuma tidak aktif dan senyap begitu sahaja. Pun begitu jiwa muzik masih kuat dalam diri setiap mereka. Masing-masing kini sibuk dengan tugasan dan keluarga tersayang. Razif telahpun pulang ke rahmatullah kerana kerosakan paru-paru.

Memang ada cadangan untuk mereka kembali ke arena muzik. Tetapi segalanya terletak pada ketentuan Allah. Semoga semuanya success dan sejahtera.

 

10 comments:

bofoyengfeng said...

wasiat!

wan said...

i like..terima kasih kerana sudi memaparkan sedikit ttg Etika. Saya akan cuba promote blog ini..oh ya..studio Wasiat dibuka sempena nama grup Wasiat.

Unknown said...

jutaan terimakasih wan kerana tak lupa memasukkan nama aku dalam biodata kumpulan etika sebagai kenang kenangan kita walaupun aku tiada didalam kumpulan tapi hatiku tetap ada bersama kamu semua gang's wslm...

Unknown said...

jutaan terimakasih wan kerana tak lupa memasukkan nama aku dalam biodata kumpulan etika sebagai kenang kenangan kita walaupun aku tiada didalam kumpulan tapi hatiku tetap ada bersama kamu semua gang's wslm...

Unknown said...

Kalau Lah Dapat Chord Lagu Jawapannya Padamu.

Unknown said...

alhamdulillah ...walaupun sudah hampir 14tahun arwah ayah tiada...wasiat studio masih lagi segar dalam ingatan....terharu terpapar picture arwah ayah.
kenangan manis masa studio wasiat ada ....we all masa kecik2 ijam (atok), dyno, ely , kakak, ila (adik) n ita (bongsu) masih kecil....seronok ikut arwah jamming..best tengok abang2 belajar main drum n guitar..majoriti semua abg pandai main alat muzik...syoknyyy..tumpang sekaki free main jamming...lari2 kat pertama kompleks....yang best arwah baik n ramai kawan...sentiasa berkawan, berusaha memajukan wasiat studio....rindu arwah....alfatihah untuk arwah...semoga rohmu dicucuri rahmat.

Unknown said...

alhamdulillah ...walaupun arwah sudah hampir 14tahun meninggalkan kita....masih segar dalam ingatan wasiat studio...
banyak kenangan yg mengusik jiwa...kami 6 beradik ijam(atok), dyno, elly , kakak, ila (adik), etta (bongsu)...berasa bangga kewujudan etika...

masih ingat kami beradik berlari2 di pertama wilayah kompleks, dapat join abg2 rocker jamming..abg2 sy semua minat n pelajari alat muzik.

TERHARU...terpapar gambar arwah...byk kenangan manis...arwah baik n ramai kawan...
seronok ikut arwah pergi mana2 function.

alfatihah ...semoga rohmu dicucuri rahmat...amiin.

Tengku Harith said...

Macam jalan cerita filem rock.

lord pumpkin said...

pemain drum pon telah meninggal pada 8/10/2016 kerana masalah jantung...beliau merupakan jiran saya di taman melawati..

Ibu Zharif said...

Baca artikel ni bila dpt tau dari suami saya. Abdul Hai founder band ni. Itupun sebab terserempak dgn Kaswan kat Sentul. Wowww..macmam cerita Rock Oo.