Saturday, August 4, 2012

Rock Oo Rimba Bara Kembali

Tayangan Pada : 28 FEBRUARI 2013

Sekadar mempromosi filem terbaru terbitan Grand Brilliance, arahan Mamat Khalid.

Atas penerimaan yang baik daripada penonton dan peminat setia rock dalam filem ROCK 2005, kini kesinambungannya akan hadir menemui penonton di pawagam.




Filem ini menampilkan barisan pelakon yang mantap selain idea skrip dan jalan cerita yang menarik. Keseluruhan jalan ceritanya berkisarkan semangat anak muda dalam memperjuangkan muzik rock dan takdir yang menimpa pemuzik-pemuzik rock suatu ketika dulu.

Filem ini berlatar belakangkan suasana zaman rock di mana hampir semua penggambarannya dilakukan di Perak. Antara lokasinya adalah  Kampung Terong, Taiping,  Stesen bas Taiping, Plaza Larut Matang dan Kompleks Yik Foong, Ipoh.

Bagi sesiapa yang nak tengok suasana real zaman rock yang penuh nostalgia, nantikan filam Rock Ooo : Rimba Bara Kembali di pawagam. Yeah…

 

Sinopsis

Zul Kapan , penyanyi utama Rimba Bara kembali menganggotai Malaikat Maut untuk menjalani rakaman album. Tinggallah Rimba Bara dalam keadaan terkapai-kapai.

Emi Mat Piah yang dahulunya terkeluar dari Rimba Bara kini kembali dan Rimba Bara bersatu semula.

Semangat dan azam Rimba Bara terpupuk semula lantas mereka bertekad untuk meneruskan perjuangan band di ibu kota.

Perbagai rintangan, peristiwa lucu, sedih dan insiden yang tak masuk akal telah mereka lalui. Semuanya diharungi demi merealisasikan impian mereka untuk memasuki  peringkat akhir Anugerah Juara Lagu dan menjadi kumpulan rock terkenal tanahair.

Pengakhirannya cukup menyentuh jiwa apabila pengarah cuba merangkumi nasib yang pernah dihadapi oleh industri muzik rock pada ketika itu. Durasi filem ini adalah selama 90 minit. 

 

PELAKON UTAMA: 
Que Haidar – Amy Mat Piah
Khir Rahman – Jijo
Soffi Jikan – Zul Kapan
Pekin Ibrahim – Slash Haji Tapah
Azmi Black – Mi Black

 

 

 

 





Slash Haji Tapah







Jijo








Dah macam S.Y.J



Saiful Apek pun ada..












Di Kompleks Yik Foong Ipoh

Awek-awek cun yang menceriakan filem Rock Ooo. sumber:facebook

Hukum Karma??

 

  ROCK OO

4 comments:

C++ said...

DeeDee CromiRama...

Hehehe.. bukan ker Kompleks Yik Foong tue dulu dikenali dizaman kegemilangan rock sebagai Pasaraya Glory... hahaha

Satu lagi pasaraya yang top masa tue aderlah pasaraya Angel... hahaha... tempat dimana satu trak askar datang belasah pengawal keselamatan kat situ yang belasah adik sorang askar yang didakwa mencuri di pasaraya Angel tue... hahaha

deaf-angel said...

cant wait.

bofoyengfeng said...

lama tunggu ni... rock ooo!

rimba-bara said...

bile...cpt la