Monday, July 23, 2012

Mereka Yang Telah Pergi.. (Bahagian 2)

Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Begitu juga dengan manusia, setiap yang hidup pasti akan kembali kepada pencipta yang Maha Kuasa. 

Berikut adalah senarai Rockers dan Metalist yang telah pergi menghadap Ilahi sambungan dari Bahagian 1

Mungkin ada antara kita yang telah lupa dan langsung tidak mengenali mereka. Tetapi marilah kita sama2 mendoakan agar roh mereka di tempatkan di kalangan roh orang-orang yang beriman..

 


Bigo Analisa

GITARIS KUMPULAN ANALISA YANG TERKENAL DENGAN LAGU LAKARAN CINTA SUCI INI MENINGGAL DUNIA KERANA SAKIT PARU-PARU BERAIR





Nasran Desire

MENINGGAL DUNIA PADA 7 JUN 2012 KERANA SAKIT BARAH HATI DAN PARU-PARU BERAIR





Nazari Omar Baki / Kidin Kafilah

MERUPAKAN PEMAIN DRUM KUMPULAN KAFILAH DAN PERNAH DINOBATKAN SEBAGAI PEMAIN DRUM TERBAIK. ARWAH MENINGGAL DUNIA PADA 25 OGOS 2006  SETELAH MELAKUKAN AKSI NGERI (STUNTMAN) DI LOKASI PENGGAMBARAN FILEM JANGAN PANDANG BELAKANG. ARWAH DIKATAKAN TERHEMPAS KE TANAH SELEPAS TERJUNANNYA DARI TINGKAT TIGA SEBUAH BANGUNAN TERSASAR.




Mohd Razif Raihan/ Razif Etika

MERUPAKAN BASSIST KUMPULAN ETIKA.  MENINGGAL DUNIA KERANA KEROSAKAN PARU-PARU. Info kumpulan Etika di sini







Zulfihar Ismail

JUGA DIKENALI SEBAGAI PINK SILENT DEATH. ARWAH MERUPAKAN GITARIS ASAL BACTERIA / SILENT DEATH. MENINGGAL DUNIA KERANA SAKIT TIBI DAN PARU-PARU BERAIR.


 

Mohd Tajul Aashikin B. Che Ismail / Stone Silent Death

MENINGGAL DUNIA PADA 11 JUN 2012 PADA 7.30 PETANG SETELAH MENGALAMI KOMA DAN BERGANTUNG PADA MESIN PERNAFASAN AKIBAT JANGKITAN KUMAN DI OTAK.






Syed Yusuf Jamalullail

ARWAH MERUPAKAN PENGASAS KUMPULAN ROCK SYJ, IAITU KUMPULAN ROCK ‘PERINTIS’ TANAH AIR DI ERA 80-AN DENGAN GENRE ROCK KERAS. ALLAHYARHAM DIMASUKKAN KE HOSPITAL SELEPAS TERBABIT DALAM KEMALANGAN MOTOSIKAL LALU MENGHEMBUSKAN NAFAS TERAKHIR AKIBAT KOMPLIKASI KECEDERAAN DALAMAN KESAN INSIDEN ITU YANG DIBURUKKAN DENGAN PENYAKIT KENCING MANIS DAN DARAH TINGGI YANG TELAH LAMA DIHIDAPINYA. 







Zainuddin A Karim

ARWAH LEBIH DIKENALI DENGAN NAMA UBAN DAN MERUPAKAN GITARIS KUMPULAN ROCK SERA. ARWAH KEMBALI KE RAHMATULLAH PADA 26 FEBRUARI 2011 KETIKA USIANYA 46 TAHUN AKIBAT KANSER HATI DAN USUS. 



Zuaikin Yaakop / Ajoo Qiara

MERUPAKAN ANGGOTA KUMPULAN ROCK QIARA DAN MENINGGAL DUNIA AKIBAT DEMAM PANAS. ARWAH JUGA MERUPAKAN BEKAS SUAMI KEPADA PELAKON EMMA AKMA DAN MEMPUNYAI SEORANG ANAK LELAKI BERNAMA ZUAIRIN


AL-FATIHAH...

17 comments:

bofoyengfeng said...

al-Fatihah.

Unknown said...

alfatihah

C++ said...

Al Fatihah... moga Allah merahmati dan mengampun segala dosa diorang sumer dan kita sumer gak...

Ameen...

berteromber said...

Al Fatihah

org muo said...

mereka sentiasa dlm kenangan

oranglidi said...

alfatihah buat mereka smua.

Unknown said...

I dun know any of them, but al-Fatihah for their soul. May they precede us to be the inhabitants of the gardens of Jannah.

deaf-angel said...

thanks for sharing these infos beb.

Anonymous said...

memori rock akan terus hidup dengan usaha penulis.alam itu aku berusia remaja di kem penrissen kuching. siang malam pagi petang anak2 army gilakan lagu2 rock.terlalu indah utk dikenang....paling x lupa febian balas kad raya aku..perrrrhhh

nyzadaha said...

Al Fatihah buat mereka-mereka yang telah pergi mengadap illahi...namun,generasi rock tetap tidak akan berubah...hidup rockkkkkk...terbaeeekkkkk....

art azhar said...

aruah ajoo qiara my best fren.. gamba 2.. bkn gamba dia.. al-fatihah

chip98 said...

Cromok tu yg aku tak sangka. Bkn calang2 rocker... Lulusan U obersi tuu...

Anonymous said...

Nasran desire dh meninggal rupenye

Anonymous said...

Al-Fatihah bt semua yg dah meninggal...semoga roh mereka dicucuri rahmat....jasa2 mereka dlm industri muzikakan kita kenang bt selamanya.....Amin..

Anonymous said...

Al fatihah......terima kasih atas lagu yg mana aku membesar dgn lagu mereka ini. Semua kenangan x akan aku lupakan

Unknown said...

aku pernah sama2 senang dan susah bersama pink silent death, arwah seorang yg baik terhadap kawan-kawannya... semasa arwah menghembuskan nafasnya yg terakhir pun didepan aku... sesungguhnya kenangan bersamamu sahabat tak dapat ku lupakan.. al-fatihah semoga roh mu ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..

Unknown said...

Al fatihah