Susila. Sebuah kumpulan rock yang berasal dari Kuala Lumpur yang agak kurang diberi perhatian pada era kehangatan muzik rock. Namun bagi peminat tegar rock kapak, kumpulan Susila bukan asing lagi dalam lembaran sejarah muzik rock tempatan. Apatah lagi lagu hits mereka Purnama Yang Rebah dan Merpati Keasingan masih mengancam didengar sehingga kini.
Susila, dari kiri Zulmandor (gitar utama), Naz (bass), Boy (vokal), Zul (gitar kedua) dan Farid (drum) |
Menggunakan nama asal MEDIA, kumpulan ini bermula pada tahun 1987 ketika semuanya masih bersekolah menengah. Semua mereka bersekolah di Sekolah Menengah Padang Tembak KL, kecuali Farid yang bersekolah di Sekolah Menengah St. John KL.
Atas sokongan keluarga dan minat yang sama, masa terluang mereka diisi dengan aktiviti jamming di studio-studio sekitar Kuala Lumpur antaranya di Kompleks Wilayah dan Studio Sound Dimension Kampung Baru. Di studio Sound Dimension, mereka bertemu dengan arwah Atok (En.Sham) yang merupakan seorang pemuzik. Arwah Atok lah yang banyak mengajar mereka bermain muzik. Dan melalui arwah Atok juga, mereka diperkenalkan dengan DJ radio Ainul Jamal yang seterusnya membawa kepada rakaman album Susila.
Album Susila-Menjulang Harapan menjalani rakaman di Fantasia Studio |
Album pertama Susila, Menjulang Harapan diterbitkan pada 1991 di bawah label syarikat Jackson. FMC pula bertindak sebagai pengedar album Susila. Album ini diterbitkan oleh arwah Atok di mana semua susunan muzik dalam album ini adalah kerjasama antara Susila dengan arwah Atok. Susila ada mencipta beberapa buah lagu dalam album ini tetapi menggunakan nama arwah Atok sebagai Komposer. M.Nasir juga tidak ketinggalan menyumbang satu lagu dalam album ini. Antara lagu-lagu yang terdapat dalam album ini ialah Sahara Bara Asmara, Dan Engkau Masih Dalam Ingatan, Menjulang Harapan, Jurang, 29 Jamadilakhir 1444, Kekasih Di Bumi Kenyalang, Mengharap Kilauan Cintamu, Susila dan dua lagu hits yang dipertaruhkan iaitu Purnama Yang Rebah dan Merpati Keasingan.
Pada awal penampilan Susila, sambutan yang diterima agak memberansangkan. Dua lagu hits mereka berentap dalam pencalonan Muzik-Muzik TV3 dan menduduki carta top 5 di radio Shah Alam.
Antara pengalaman manis Susila adalah ketika bermain show di Pesta Port Dickson pada 31 Ogos 1991 di mana begitu ramai penonton yang hadir membanjiri tapak pesta itu. Ruhil Amani merupakan antara artis yang berentap bersama Susila ketika itu.
Susila di Pesta Port Dickson 1991 |
9 comments:
Nice info. Good job beb.
taktau pun sblm ni..
Otai2 tu...
whoaa....memang tahap kapak da ni ..otai semua..salam ramadhan :)
seangkatan dengan Group Search atau Wings ya :)
ya,banyak sekali band rock tahun 80an yang dikira 'gagal atau telur setengah masak' seperti susila. fenomena ni bukan saja belaku kat malaysia malah di serata dunia. banyak band yang KEBEBOMMM! jadi rock star tapi lagi banyak yang gagal makan asap!
Memori yg tak mungkin dilupakan...Perta PD 1991
Rock d era 80/90mmg rock..lirik imej quality vocal mmg best....rockkkkkkkk
Boy skang ada kat triways area padang jawa...dpn jpj shah alam..sesape nak jumpa lepak...mai la karok sini...but..he is not d one running d show...tp dia ada setiap malam...
Post a Comment