Sunday, March 21, 2010

Mereka Yang Telah Pergi.. (Those Who Have Died)

Alfatihah buat mereka yang telah pergi...

Setiap yang bermula akan berakhir. Begitu juga dengan manusia, setiap yang hidup pasti akan kembali kepada pencipta yang Maha Kuasa.
Walaupun jasad mereka telah tiada lagi, namun jasa dan pengorbanan mereka dalam arena muzik tempatan tetap dikenang hingga kini.
Bersama-samalah kita doakan agar roh mereka dicucuri rahmat dan tenang di sana...




Shahrul Nizam Ayop

Merupakan gitaris kumpulan Aryan yang terkenal dengan lagu 'Baiduri Cintaku'. Arwah telah kembali ke Rahmatullah pada 23 November 1998 kerana kanser usus.







g.s ranor utopia
Husni @ G.S (kiri) dan Ranor (kanan)

Ranor Bin Rasip
Arwah Ranor merupakan pemain drum kumpulan Utopia yang terkenal dengan lagu 'Mithali Cintaku'. Arwah telah pergi memancing bersama rakan-rakan dan bot yang dinaiki mereka pecah dan tenggelam dibawa arus. Arwah ditemui lemas dan meninggal dunia pada 3 April 2005 di Bagan Datoh. Jasadnya disemadikan di Kuala Lumpur.
Salah satu sumber menyatakan rakan-rakan arwah selamat dalam insiden itu. Arwah yang pernah menjadi staff RTM telah meninggalkan 4 orang cahaya mata.


Husni @ G.S
Gitaris yang berasal dari Ipoh ini juga adalah anggota kumpulan Utopia dan pernah bertugas di Unit Hiburan RTM. Arwah Husni meninggal dunia akibat kemalangan kereta di Shah Alam pada 26 April 2008 beserta sakit jantung.






j.s kevin
Zul Adnan Mohd Razali

Arwahyarham J.S Kevin atau Zul Adnan Mohd Razali merupakan pencipta lagu dan penulis lirik kumpulan Rock tempatan sekitar tahun 80an hingga 90an.
Arwah meninggal dunia pada 8 Ogos 2003 akibat serangan angin ahmar dan paru-paru berair.
Antara lagu ciptaannya yang pernah popular ialah 'C.I.N.T.A' dan 'Curahan Rasa' nyanyian XPDC.
Sebuah album diterbitkan untuk memperingati perjuangan beliau. Album tersebut adalah 'Tangisan di Gelanggang Fana - A Tribute to J.S Kevin'







lan masa Roslan Karim
Arwahyarham Roslam Karim atau Lan adalah gitaris kumpulan Masa Scarecrow. Arwah dilahirkan pada 1966 dan meninggal dunia pada 1992 kerana terlibat dalam kemalangan.







zul massa
Zulkifli Mat Amin

Arwah Zulkifli Mat Amin atau Zul merupakan vokalis kumpulan Masa Scarecrow yang terkenal dengan lagu 'Patahnya Sayap Malam'.
Arwahyarham mengasah bakat seninya ketika belajar dan menetap di asrama Sek. Men. Alor Akar Kuantan.
Arwahyarham meninggal dunia pada 16 Julai 1996 pada usia 32 tahun akibat koma hampir 2 minggu di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan selepas dibelasah sekumpulan lelaki yang tidak dikenali di tempat letak kereta sebuah hotel di Balok tanpa belas kasihan.
Arwah mengalami kecederaan teruk di muka dan usus akibat insiden itu dan terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan sepanjang menjalani rawatan rapi di hospital berkenaan. Mungkin ramai yang mengetahui punca arwah dibelasah. Sebenarnya arwah Zul telah dianiaya oleh rakannya sendiri. Mungkin kerana iri hati terhadap arwah. Sama-samalah kita sedekahkan Al-fatihah buat mereka yang telah pergi.
Cerita yang lebih detail di sini






eduat syj Syed Noor Eduat

Pasti ramai yang mengenali arwahyarham Eduat. Gua pernah listkan arwah sebagai drummer terunggul tanahair dalam entri-entri yang lepas. Arwah Eduat merupakan anggota SYJ'90 dan anak kepada Syed Yusof Jamalullail, pengasas SYJ. Lahir pada 1961, arwahyarham meninggal dunia pada 11 Oktober 2006 di Hospital Besar Ipoh kerana komplikasi paru-paru.






samad lefthanded
Abdul Samad Mian

Gitaris Lefthanded ini pernah menjadi pemuzik undangan, menjalankan perniagaan sendiri dan menjadi pensyarah sambilan dalam bidang petikan gitar moden di Aswara sejak tidak aktif bersama Lefthanded. Arwahyarham meninggal dunia pada 23 Oktober 2008 selepas terjatuh di pejabat abangnya di Ampang dan juga kerana masalah jantung. Arwah meninggalkan 4 orang cahaya mata yang ketika itu berusia 6-18 tahun. Masih ingatkah anda pada filem Rozana Cinta '87... yeah, arwah pernah menjadi pemuzik undangan dalam filem itu.






along spoon
Sabi'ul Malik Shafiee @ Along Spoon

Arwahyarham terkenal dengan kelunakan suaranya ketika menjadi vokalis kumpulan Spoon. Lagu Rindu Serindu Rindunya adalah antara lagu paling famous Spoon di zaman Rock leleh suatu ketika dulu.
Arwah Along Spoon dibunuh di tempat lain sebelum diikat ke dalam guni dan ditinggalkan di Km 28 Jalan Kuala Klawang- Genting Peras Jelebu. Polis menjumpai rangka mayat Along Spoon pada 6 Januari 2000 berhampiran gaung. Seingat gua, insiden itu berlaku dalam bulan puasa ketika umat sedang sibuk bersedia untuk menyambut hari lebaran dan usia arwah Along ketika itu 19 tahun.
Seorang anggota polis berpangkat L/Koperal, Mohamed Ya'cob Demyati dari cawangan pengawal pengiring IPPKKL telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh mahkamah tinggi atas tuduhan membunuh arwahyarham Along Spoon.







yan meditasi Ahmad Sufian @ Yan Meditasi (3 dari kiri)

Arwahyarham merupakan bassist kumpulan meditasi yang terkenal dengan lagu 'Biar Pedih Kasih Memanjang'. Arwah Yan meninggal dunia pada tahun 2006 kerana sakit paru-paru berair.
Arwah pergi meninggalkan 3 orang cahaya mata.
Klik untuk membaca sejarah dan perjalanan seni kumpulan MEDITASI






din cromok Khairuddin Mohamad
Arwahyarham Khairuddin Mohamad atau Din adalah gitaris dan anggota asal band trash metal negara, Cromok. Arwah sama-sama menuntut di University Of Wollongong, Sydney, Australia bersama anggota Cromok yang lain. Arwahyarham pernah berkhidmat sebagai jurutera Petronas di Kemaman. Arwah telah kembali ke Rahmatullah pada tahun 1997 kerana demam malaria.







din beramboi
Meor Ahmad Fuad Meor Badri
Dikenali sebagai Din Beramboi. Pernah menganggotai kumpulan Diplomasi sebagai vokalis yang pernah popular suatu ketika dulu dengan lagu Seloka Cinta dan Mawar Rimba. Din Beramboi juga seorang pelakon, pengacara dan penyampai radio Era. Arwah meninggal dunia pada April 2010 kerana penyakit demam denggi berdarah yang menyebabkan beberapa organ badannya gagal berfungsi.








achik spin Achik Spin
Achik Spin atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md. Shari meninggal dunia dalam kemalangan ngeri di KM 14.7, Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS) pada 17 April 2010. Kenderaan MPV yang dinaiki arwah bersama seorang rakan terbabas dan melanggar papan tanda selepas melepasi kawasan Rawat dan Rehat (R&R) dekat susur keluar ke Pajam. Arwah Achik dikatakan tercampak keluar dari kenderaan yang kemudiannya terbakar dan meletup. Achik dan kumpulan Spin merupakan kumpulan Rock Leleh yang terkenal dengan lagu Mengusung Rindu dan Utusan Rindu.








amir junction
Mohd Amin Ahmad
Mohd Amin Ahmad atau dikenali sebagai Amir Junction merupakan bekas pemain gitar kedua bagi kumpulan Junction yang terkenal dengan lagu petualang, akan ku kenang dan demi cinta setia. Arwah yang juga merupakan pengasas kumpulan Junction meninggal dunia setelah mengalami lelah ketika dalam perjalanan ke rumahnya dengan menaiki motosikal pada 23 Oktober 2010. Arwah berusia 43 tahun ketika menghembuskan nafas terakhir dan masih bujang.







Shamrin Abdul Samad

Arwah yang merupakan vokalis kumpulan rock Fotograf jatuh rebah ketika bermain bola sepak di padang bola Kelab Sultan Sulaiman, kawasan Kampung Baru, Kuala Lumpur. Arwah disahkan mengalami sakit jantung. Berita yang lebih terperinci di sini.




.. Mungkin ada beberapa lagi Rockers dan Metalist yang telah kembali ke Rahmatullah yang tidak sempat gua senaraikan antaranya Norrodhi Mohd Daud (Angel Hearts),Masrom Bin Abdul Hamid (keyboardist Sweet Charity), Syed Hassan (bassist Sweet Charity) dan beberapa lagi.

Sebagai umat manusia yang masih hidup, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk sama-sama menghulurkan doa dan sedekahkan Al-fatihah kepada mereka yang telah
tiada.

Al-fatihah...


 Sambungan di Bahagian 2

56 comments:

Nigina said...

teringat kat arwah .. jumpa dia sebulan sebelum arwah meninggal... dia siap puji baju aku cantik... arwah mmg ramah.. baik sangat.. moga roh arwah dicucuri rahmat..

mr.kordes said...

alfatihah..

Afzainizam said...

1 Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
2 Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
3 Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
4 Yang menguasai di Hari Pembalasan مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
5 Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan. إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
6 Tunjukilah kami jalan yang lurus, اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
7 (yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

Amin

Mudah mudahan mendapat kerahmatan Allah,,, Takziah diucapkan pada kaum keluarga ....

Salam dari kami…
http://firestartingautomobil.blogspot.com
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

Sorry bebanyak agak ketinggalan lah banyak entry kamu... coz banyak hal sibuk ngan bagai-bagai urusan lah... Sorry...

thanks kerana respon anda terhadap blog kami..... banyak resech awak ni... bagus teramat sangat lah....

mazru said...

salam..

setiap yg hidup pasti akan mati..

al fatihah...

enyheartsdiamond said...

al fatihah~

deaf said...

sweet charity/aces bassist
sweet charity keyboardist

Anonymous said...

roslan karim mcm muke nabil pom ade haha

acap rahman said...

alfatihah..

TheSinner™ said...

Jangan al-Fatihah sahaja...kita yang hidup lagi ni bawa-bawalah bertaubat...

Al-fatihah...

Eh2...Din Cromok ni ke yang main lagu Another you?

Mohd Khairudin said...

Teringat masa sekolah dulu lagu Along Spoon. Al-Fatihah

Md Nasir said...

salam..
ramai jugak yg telah kembali mengadap Illahi..semoga roh mereka dicucuri rahmat
kita yg masih tinggal nie jadikan pengajaran kerana satu hari nanti giliran kita pula akan tiba..

Anonymous said...

x knl dgn semua arwah ni..
pe2 pon al-fatihah buat mereka

kakzana said...

Salam....waa caya la sama lu, baru ni jumpa blog mcm ni, bagus la...teringat akak zaman2 akak pakai seluar tampal kt lutut, tgk konsert left handed....manis kenangan tu. Sampai skrg kalau dgr lagu rock kapak ni akan mengimbas kembali zaman2 remaja akak cuma akak kurang kenal dia org ni, kenal vokalis je..

Normi Ali said...

eduat tu dah meninggal ek? x tau plak aku...arwah tu sepupu abg ipar aku.....masa dok kat ipoh dulu ada gak jumpa dia ni....

Firol said...

mengingatkan pada mereka pd yg tiada

Jieda said...

tak sangka ramai juga ahli anggota kumpulan rock yang telah pergi.Al Fatihah buat mereka

BUJANG SUSAH said...

Al-fatehah....

Puput. said...

alaaa.....sedih plak tgk...(T_T)

C++ said...

Al Fatihah buat yang dah pergi...

Moga Allah merahmati dan mengampunkan dosa mereka.... Amin...

akuzle ayu said...

al-fatihah juger... ramai juger rockers dh kembali kpdNya kan? tq, bro utk info ini...

nidus2 said...

Alfaatihah kepada mereka yg pergi. penyeri persada musik satu ketika dulu

kiz said...

al fatihah buat semua pejuang rock kapak yang telah pergi..memang kita tak akan jumpa lagi kegemilangan rock kapak..tapi mereka tetap gemilang di jiwa mereka yang berjiwa rock..aku nak sangat kembali ke zaman rock kapak..

cikpuanyuz said...

chu duat (syed noor eduat)..adelah sepupu mak saye..kire pakcik sayela. arwah is a good uncle ever...ayahnye pun dah meninggal dunia hujung tahun lepas...

yusrina said...

SALAM TAKZIAH BUAT ZAMI ISMAIL DAN M RAJOLI....
MEREKA BERDUA NI ADALAH MERUPAKAN OTAI KEPADA LEGENDA ROCK KAPAK YANG SEDIA ADA....

Sha-na.Szied said...

errrrrrmm sedih sangat...

hanya kenal,

Arwah along yg hensem (bru tahu muke die hari ni ..lepas bukak youtube lagu rindu serindunya..),
din berwamboi yg lawak..
Achik spin jiran aku.......

:'(

al-fatihah buat those who have died..

Anonymous said...

(Zek rockerz,sgpore) Ade lg yg blum disebutkn. Ramli, vokalis utama kumpulan crosstown, juga gitarisnya juga dah meninggal tapi lupa wa sape namanye. Aan vokalis kump heavy machine; izhar vokalis kump the steps, juga kump bubbles sblm itu. Seha vokalis kump freedom. Mendiang antonio vincent vokalis kump sweet september.

Anonymous said...

Salam Rockerz..Knp kbnykknnya mnnggal sbb jngkitan pru2?

Anonymous said...

(Zek rockerz,sgpore)Ade lagi.......arwah zubir ali penyanyi kump Harmoni. Arwah Abang mokhtar penyanyi kump The Goodman Brothers,yg juga pencipta lagu2 rock seperti 'kesucian cinta tiada tandingan' kump kalahari.Arwah Aden penyanyi kump Sons Of Adam.Arwah Rashid Kamsiran gitar kump D'Atomic Power,yg juga pengasas kump itu sendiri dari bumi kenyalang akhir 70an hgga tahun 2000,kump itu masih aktif hgga kini.Dan dari negara wa sendiri iaitu kump Inspirasi,penyanyi asal adalah arwah syed kassim yg meninggal dlm kemalangan jln raye selepas pertandingan botb n sblm bikin album. Tempatnye diganti oleh Djanggo.....

Anonymous said...

(Zek rockerz,sgpore) Salam rock sume.....ade seorg lg arwah yg blum dinyatekn.......iaitu arwah syed hassan pemain bes kump yg tak asing lg dari negare wa sendiri iaitu sweet charity. Alfatehah utk sume n salam...

Anonymous said...

(Zek rockerz,sgpore) Salam buat sume .....Wa terlupe lagi seorang ahli rock yg dah meninggal. Arwah adalah salleh,pemain gitar kump Blackwall. Kalau ade ahli lain yg wa dpt cari.....insya-allah akan wa nyatakan di ruangan ini. Sekian.

Anonymous said...

(Zek rockerz,sgpore) Salam rockers2 sume. Kali ini wa dpt 2 org lagi anggota rock yg telah kembali kerahmatullah. Arwah Masrom atau lebih dikenali sebagai Yong,pemain keyboard kump Sweet Charity telahpergi tahun 2009. Seorang lagi adalah penyanyi kumpulan Trimmer arwah Borhanuddin atau lebih dikenali sebagai Din,telah pergi tahun 2012. Al-fatehah utk arwah2 ni sume. Sekian

Anonymous said...

Kool

Anonymous said...

Salam sume. Wa hampir lupe tentang sebuah lagi kump rock iaitu Saturnine,yg popular dgnlagu Rain. Pemain bes nye Kamal atau name pjgnye Kamaruddin, telah meninggal akibat dibunuh bersama dato susilawati Bersame 2 lagi rakan dato. Salam takziah buat arwah.

Anonymous said...

(Zek rockerz,sgpore) Salam aidilfitri diucpkn kpd sume yg mmbaca ruangan ini...maap lahir batin. Di sini wa ingin kasi tau bahawesenye...ade lg ahli rock yg telah meninggal dunia. Ajeed,pemain gitar kump NRG; n Mas Aimi,pemain gitar kump NRG n kump Singletrackmind. Dan dari negeri wa sendiri,iaitu sgpore,kump Jaybon,yg popular dgn lagu raye 'Seiring Tàkbir',pemain gitarnye Lekleng atau nama sebenar Halil Asan, telah kembali kerahmatullah pd tahun 2012. Al-fatehah buat mereka. Sekian....

Anonymous said...

(Zek rockerz,sgpore) Salam rockers sume. Ade lagi yg ahli rock yg dah kembali kerahmatullah...iaitu arwah Alias pemain dram kump Trust dari negeri wa sendiri sgpore.(Kump ni popular dgn lagu hits 'Hatiku Kau Lukai'. Sekian.

Anonymous said...

(Zek rockerz,sgpore) Salam rock kpd pencinta rock sume. Wa ade sorang lg ahli rock yg telah meninggal dunia....baru tahun ni jugak,tahun 2014. Arwah Shahar,penyanyi kump Point Blank, yg popular dgn lagu Fahamilah Hatiku. Kump yg berasal dari negri wa sendiri....sgpore. & tak lupe buat Nike Ardilla, penyanyi rock wanita dari Bandung,Indonesia yg tlah pergi pd tahun 1995. Almarhumah yg lagu popularnya Ku Tak Akan Bersuara. Alfatehah buat kesume ahli rock bahagian 1 & 2 yg tlah pergi.

dArKeR said...

Al-fatihah... Sangat merindui arwah din cromok... Masih setia mendengar lagu d'cromok sehingga hari ini... Lagu2nya walaupun agak keras, tp penuh melodi... Lirik2nya pula sangat puitis, penuh nasihat dan penuh dakwah... Liriknya juga ada berkisahkan sahabat Nabi Muhammad S.A.W, kata2 Malik bin Dinar serta petikan surah al-Qamar yg menceritakan keajaiban kejadian Tuhan berkenaan air dan banjir...

Zaha said...

Husni@G.S rakan sekelas di Ipoh 83-84...jamming sama kat sekolah..teringin sgt nak jumpa masa dia brsama Uthopia tp tak sempat...semoga bersemadi dgn aman..Amin

Anonymous said...

(Zek rockerz,sgpore) Salam pencinta rock sekalian. Wa ade seorg lg pemuzik retro rock yg baru aje meninggal dunia dari negara wa sendiri pd 22 mac lepas. Arwah adelah Masrom pemain trompet kump yg tak asing lg BDB atau name pjgnye Black Dog Bone. Alfatehah utk arwah. Sekian wassalam.

Anonymous said...

penuh nostalgia..teringat kenangan zaman kanak-kanak hingga remaja

Anonymous said...

(Zek rockerz,sgpore) Salam pencinta rock sekalian. Wa ade lagi ahli2 rock yg tlah pergi mengadap ilahi. Arwah Din Bas átau name penuh Md Izzudin, gitaris kump Crosstown. Arwah meninggal sebelum vokalis utamanya iaitu Ramli meninggal. Arwah Doyah,atau name penuh Md Myionshah,pemain gitar kump Ozon yg popular dgn lagu Bunga Lalang n Epilog Cinta Luka. Arwah meninggal tahun 2005. Arwah Sham atau name penuh Hafizalsham Muhd,gitaris dari kump Sutera. Tahun ini jugak arwah meninggal (jan 2015). Kump Sutera popular dgn lagu Bidadari Hatiku. Nanti kalo ade lain yg wa dpt,nanti wa nyatakan. Salam takziah buat arwah2 di atas tadi. Wassalam.

Anonymous said...

(Zek Rockerz,sgpore) Salam kpd sume ahli2 rock sekalian. Wa ade satu lagi ahli rock, arwah yg masih muda & pergi meninggalkn kita sume.arwah yg wa maksudkn adalah arwah Angah Q-Face,atau nama sebenar Hafizi Bakhir. Arwah pergi tahun 2006. Salam takziah buat arwah. Sekian.

Unknown said...

terima kasih krana menulis kisah mereka ini..hiba rasa
arwah along,acik,shamrin,zul masa dan yg lain2 mngmbau zaman remaja saya
al fatihah

Anonymous said...

(Zek rockerz,sgpore) Salam sume. Wa terlupe utk menyatakan kelmarin bahawe arwah Angah Q-Face adalah pemain gitar utk kump itu. Sekian.

Unknown said...

Al fatihah buat second vocalist / pemain bass silent death, as @ az yg telah pulang ke rahmatullah pd khamis,7 mei 2015 akibat jangkitan paru2...semoga rohnya ditempatkan di kalangan org2 yg beriman.. Amin

Anonymous said...

Al fatihah buat second vocalist / pemain bass silent death, as @ az yg telah pulang ke rahmatullah pd khamis,7 mei 2015 akibat jangkitan paru2...semoga rohnya ditempatkan di kalangan org2 yg beriman.. Amin

Anonymous said...

Al fatehah..

....

Anonymous said...

Salam zack rockers tq kerna masih sudi update info psl anggota2 band rock dulu2.membesar dgn lg2 rock 80an.ms sy umur 8 tahun dh ada album kaset rockers dn x jemu dgr lagu kehancuran.alhamdulillah skrg bleh dgr blk lg tu dlm youtube

Anonymous said...

(Zek rockerz,sgpore) Salam aidilfitri buat kesemua pecinta2 rock yg dirahmati, minal aidin walfaidzin mohon maaf zahir & batin.Sekali lagi kite tlah kehilangan seorang qhli rock dari zaman retro. Arwah yg wa maksudkan adalah rahim othman atau name pjgnya abdul rahim bin othman, dari kumpulan carefree.....& juga adalah komposer yg terhebat yg mane byk lagu2 arwah menjadi hits utk byk artis2 80-90an. Arwah meninggal sehari sebelum SYAWAL tahun ini 2015,kirekan baru lepas lah tu. Same2 kite berdoa semoga arwah tenang dialam barzakh sane...insyaallah amiin. ALFATEHAH.

Anonymous said...

Rock will never die. But we will! Alfatehah buat Bob Kristal

Kiki J said...

Semoga pembunuh along spoon dan zul masa dimasukkan ke dalam api neraka jahanam dan Jasad mereka xditerima bumi...mati penuh aib...amin

Anonymous said...

Zek Rockerz,Sgpore) Salam rindu buat pencinta rock sume. Wa ade beberapa ahli rock yg telah kembali kerahmatullah. Seperti di atas mengatakan bahawa arwah Bob Kristal atau name sebenar Hairy Fitri Ahmad pemain gitar kump Kristal telah kembali tahun lepas nov 2016 setelah terlibat dlm kemalangan jlnraya.
Arwah Sham dari kump Real-X atau name sebenar Ahmad Hishamsul Yahya,pemain dram kump Real-X, meninggal tahun 2015. Arwah meninggal kerana sakit jantung.
Arwah Deen Crosstown atauname sebenar Mohd Izharuddin Shariff,gitar utama kump Crosstown. Arwah meninggal dlm perjlnan ke hospital setelah rebah selepas mengiringi Awie Wings dlm persembahan di PP sane pd tahun 2016. Arwah adalah adik-beradik arwah Mohd Izzuddin, Din Bas Crosstown pemain gitar bes yg telah meninggal dahulu pd tahun 2012.
Salam takziah buat arwah2 sume.

Anonymous said...

Saya pun mengamati punca yg lazim ni. Mungkin kerana merokok. Mungkin. Tuhan yg Lebih Tahu.

Anonymous said...

Saya pun mengamati punca yg lazim ni. Mungkin kerana merokok. Mungkin. Tuhan yg Lebih Tahu.

Anonymous said...

Al-fatehah untuk pejuang rock kapak yang telah gugur.

Anonymous said...

Al-fatehah.....