MASA SCARECROW, suatu nama yang tidak ketinggalan popular sewaktu zaman kemeriahan muzik rock. Nama MASA SCARECROW sebaris dengan kewujudan puluhan kumpulan rock tempatan seperti Gamma dan Laksamana. Berasal dari satu taman perumahan di Taman Sepakat Kuantan, kumpulan yang menggunakan nama asal ‘Scarecrow’ ini pada mulanya aktif dalam persembahan di majlis-majlis kahwin dan pesta-pesta keramaian. Mereka menjadikan artis-artis luar seperti Loudness, Whitesnake dan Mr Big sebagai idola. Lokasi jamming mereka selalunya di Kuantan berdekatan dengan kediaman.

Atas dorongan rakan-rakan disusuli semangat dan usaha, mereka memenangi tempat ketiga dalam pertandingan akhir Muzik Tenggara di Stadium Darul Makmur Kuantan. Waktu itu adalah pada tahun 1988. Bermula dari kemenangan itulah mereka ditawarkan merakamkan album di bawah label syarikat Perdana Muzikal Industri Sdn Bhd (PMI).
Dengan mendiami rumah yang diberikan oleh company, mereka mula menjalani kehidupan sebagai artis rakaman. Album pertama “Masa Scarecow” (1989) dirakamkan di Studio Channel Eleven di Chow Kit. MASA SCARECROW antara kumpulan rock yang bertuah kerana mendapat tajaan daripada jenama rokok terkenal “Kingsway” yang menaja dari segi cover album dan poster. Manakala pakaian pula ditaja oleh King Leather dan Lee.

Album kedua “Doktrin Metos” (1990) dan ketiga “Masa III” (1992) menjalani rakaman di Fantasia Studio Cheras. M.Nasir, Siso, Usop dan Awang BPR adalah antara orang kuat yang menjayakan album MASA SCARECROW. Anggota-anggota MASA tidak ketinggalan mencipta lagu dan lirik dalam album mereka. Antara 3 album, album Doktrin Metos mendapat sambutan hangat yang mencatatkan jualan melebihi 100,000 unit. Ketika itu lagu-lagu MASA kerap kedengaran di corong-corong radio. Nama MASA kian popular meniti di bibir peminat tak kira usia. Gadis-gadis amat menggilai kumpulan rock ini berikutan kehenseman anggota-angotanya. Tak kurang juga ada peminat-peminat yang rajin mengutuskan surat buat MASA SCARECROW.
“Surat dan poskad daripada peminat memang banyak. Ramai peminat yang menulis surat minta kami dijadikan abang angkat dan adik angkat. Kami terima saja. Hadiah pun banyak diterima dari peminat. Ada yang hadiahkan baju, souvenier, gelang, aksesori-aksesori..malah ada yang poskan teddy bear. Tapi teddy bear yang kecil la. Bila show pula kami dapat jambangan-jambangan bunga. Pernah ada peminat yang hadiahkan pada saya cincin emas belah rotan. Tiap-tiap kami dapat hadiah yang sama banyak. Semua hadiah tu termasuk surat dan poskad masih saya simpan hingga kini” cerita Shaiful Bahari, drummer MASA SCARECROW ketika mula mengingati zaman kegemilangan mereka.
Dari segi pertunjukan pentas, MASA tidak kurang hebat. Dalam mana-mana show, sambutan peminat amat meriah tidak kira di bandar mahupun luar bandar. Malah ada antara show yang tidak dapat dilupakan hingga kini.
“Time tu show di Singapore dalam tahun 1991. Sambutan daripada penonton di sana luar biasa. Penonton-penonton Singapore memang best dan sporting. Suasana ketika tu memang happening, betul-betul seperti yang dilihat dalam video konsert band-band terkenal barat. Lepas habis show, beratus-ratus penonton menyerbu kami untuk bergambar dan minta autograf. Masing-masing dikerumun peminat termasuk saya hinggakan saya tak sedar dah jauh terpisah dari rakan-rakan MASA. Keadaan amat sesak hingga saya rasa tak boleh bernafas, macam nak pengsan.”
“Sama juga dengan penonton-penonton di Malaysia, kami pernah diserbu hingga hampir lunyai. Tapi penonton-penonton waktu tu masih lagi sopan.”
“Konsert lain yang masih saya ingat ialah konsert Pujaan 10 Nescafe bersama artis-artis lain yang dianjurkan RTM. Sambutan ketika itu juga meriah dan happening. Siap ada anggota RELA yang bertugas.” Ujarnya

Lagu Amanda Gadisku, Simpul Mati Keindahan Suci dan Patahnya Sayap Malam adalah lagu-lagu MASA Scarecrow yang menjadi siulan ramai hasil sentuhan komposer-komposer terkenal dan lontaran vokal arwah Zul yang unik.
Patahnya Sayap Malam, lagu ciptaan Awang BPR dan lirik oleh Zur’ain bersaing hebat bersama lagu-lagu popular di carta-carta radio. Lagu ini mempunyai kekuatan tersendiri sehingga menjadi juara bulanan pertandingan Muzik-Muzik dan terpilih memasuki Anugerah Juara Lagu TV3 (AJL) pada tahun 1991. Tahun 1991 terpahat sejarah apabila hanya lagu-lagu rock menguasai pentas AJL.
“Waktu tu akhbar-akhbar dan majalah tengah hot menceritakan tentang AJL dan persiapan finalis-finalis. Terlalu banyak band yang bertanding. Saingan agak kuat. Ramai juga yang tak dapat masuk final. Rehearsal dijalankan beberapa hari sebelum pertandingan. Ketika itu arwah Zul mula rasa tak selesa dengan badan. Macam nak demam.”
“Kami tak berharap nak menang. Cuma mahu beri yang terbaik di pentas. Tiba di hari final AJL, semasa giliran kami on stage, masalah yang kami hadapi sewaktu rehearsal dulu telah berlaku kembali. Gitar amplifier problem dan pedal drum tercabut. Kami tak tahu bagaimana boleh jadi begitu. Siapalah kami ketika itu untuk bersuara dengan mana-mana pihak. Kebetulan arwah Zul pun memang demam, tak larat nak nyanyi, terpaksa lompat untuk keluarkan suara time chorus.”
“Media pula selepas itu terus terusan menghentak artis-artis dan band yang perform pada malam itu tanpa berjumpa dan bertanya hal pada kami semua,” Kata Shaiful mengimbau peristiwa ketika AJL 1991 yang dijuarai kumpulan Mega menerusi lagu Takdir dan Waktu.
Nasib tidak dapat diduga. Apatah lagi ianya hanya ketentuan Ilahi. Tragedi malang telah menimpa Roslan Karim (Lan), gitaris MASA SCARECROW apabila terbunuh dalam kemalangan jalan raya di kilometer 32 Jalan Kuantan-Kemaman. Kejadian itu melibatkan kereta dan jip yang dipandu kerabat diraja Pahang.
“Sebelum kejadian, arwah kurang berjumpa dengan rakan-rakan rapat seperti rutin biasa dan banyak buat hal sendiri. Malam itu arwah ke Cherating bersama abangnya dengan menaiki lain-lain kereta. Arwah tak bagi abangnya ikut naik satu kereta dengannya.”
“Selepas settle di Cherating, arwah bersama abangnya gerak pulang ke rumah. Mereka sempat singgah di rumah arwah Zul, bersembang sekejap. Kebetulan arwah Zul memang hendak keluar malam tu. Mereka pun sambung semula perjalanan pulang. Sampai di satu area, entah macammana kenderaan dari arah bertentangan datang dan terus langgar kereta yang dipandu arwah Lan.”
“Kereta remuk teruk hingga tayar depan tercabut dan gelongsor ke belakang lalu melekat di bawah kereta abangnya. Itu lah yang menyelamatkan abangnya dari merempuh kereta Lan di hadapan. Arwah cedera parah di belakang leher. Tapi masih ada respond bila abangnya panggil dan suruh mengucap. Arwah Zul yang kebetulan lalu di situ terkejut sebab baru sebentar tadi mereka berjumpa. Arwah dibawa ambulans ke hospital tetapi meninggal dalam perjalanan.”
“Amat sedih dan terkejut bila saya dapat tahu berita itu. Rasa kehilangan yang amat sangat. Kejadian tu berlaku kira-kira tahun 1995,” cerita Shaiful.
Di waktu yang sama, MASA SCARECROW telah lama berhadapan krisis dengan company mereka, PMI. Syarikat yang menaungi mereka sudah lama tiada hala tuju dan telahpun gulung tikar. Walaupun jualan album MASA agak membanggakan, mereka tidak pernah dianugerahkan gold disc malah tidak mendapat 100% bayaran royalti.
Ekoran daripada penutupan PMI, MASA berada dalam keadaan ‘gantung tak bertali’. Mereka risau jika menandatangani kontrak dengan syarikat rakaman lain, PMI akan mengambil tindakan. Mereka tak tahu bagaimana mahu menghubungi PMI. Puas MASA cuba menjejaki namun tidak berjaya. Akhirnya kesemua ahli mengambil keputusan untuk pulang ke Pahang dan setup semula kumpulan. Media-media pada waktu itu menyatakan MASA sudah berpecah.
Sebenarnya MASA SCARECROW tidak pernah berpecah dan dibubarkan. Untuk mengelak daripada diambil tindakan oleh pihak tertentu, anggota-anggota MASA SCARECROW membuat perancangan merakamkan album solo Zul yang mana mereka juga terlibat sama sebagai pemuzik. Beberapa persediaan dilakukan. Tetapi belum sempat mengadakan rakaman, satu lagi tragedi menyayat hati telah berlaku. Zulkifli Mat Amin (Zul) menjadi mangsa dalam satu pembunuhan di Pantai Balok Kuantan.
“Dalam kes ni arwah dianiaya oleh rakan-rakan yang irihati, berdendam dengannya. Mereka berpakat membawa arwah keluar jauh dari kediaman dengan menggunakan perempuan sebagai umpan. Dan perempuan tu memang arwah kenal. Perempuan tu mendesak arwah keluar dan sanggup cederakan diri sendiri dengan duduk di tengah jalan raya jika arwah tak mahu ikut keluar bersamanya. Sesiapa pun dalam situasi begitu akan terpaksa turutkan."
“Bila dah keluar terus perempuan tu bawa ke salah satu lounge di Pantai Balok Kuantan. Di situ lah arwah terkepung dan tahu dia diumpan. Arwah dibelasah dengan begitu teruk seramai 8 orang. Masih tak puas hati, mereka bawa arwah ke port mereka di Kuala Kemaman. Di situ pun arwah dibelasah lagi hingga lunyai dan pengsan. Bila arwah dah macam tak bernyawa, mereka panik, tak tahu nak buat apa. Arwah disimpan 2,3 hari dalam keadaan kritikal tanpa bantuan dan rawatan apa-apa.”
Keluarga arwah mula mencari di sana-sini. Dengan pertolongan kenalan-kenalan dan orang ramai, arwah ditemui terbaring dan tidak sedar dalam sebuah rumah. Arwah dihantar ke hospital tetapi terlalu lambat untuk dirawat kerana telah beberapa hari terbiar. Mesin pernafasan digunakan tetapi tiada tindakbalas dari badan arwah. Akhirnya arwah tidak dapat diselamatkan lagi.
“Perempuan tu janda sebenarnya dan bukannya isteri orang. Arwah tak ganggu rumahtangga orang seperti yang diheboh-hebohkan akhbar ketika itu. Apa yang diceritakan akhbar tu langsung tak tepat. Hanya sedikit sahaja basic dan banyak ditokok untuk melariskan jualan,” jelas Shaiful yang merasakan kejadian pada tahun 1990 itu baru sahaja berlaku semalam.

Ekoran kematian Zul, 2 ditahan selepas itu. Namun mahkamah tidak pula menjatuhkan hukuman ke atas semua yang terlibat. MASA SCARECROW pula tidak terfikir untuk mencari vokalis lain menggantikan Zul. Kini MASA SCARECROW yang tinggal hanya Shaiful, Madi dan Mazwan. Madi kini masih mencipta lagu. Mazwan pula bekerja sendiri di KL dan dengarnya sudah menjadi imam. Shaiful, bapa kepada dua orang anak kini sedang sibuk dengan rakaman single terbaru MASA.
Menurut Shaiful, MASA kini dalam persediaan untuk muncul dengan 4 orang anggota baru di samping beliau seorang anggota asal. Kembalinya MASA, adalah untuk memikat kembali jiwa pendengar-pendengar baru dan pendengar-pendengar lama agar masyarakat terus mengingati dan mengenali MASA. Sama-sama kita nantikan..











44 comments:
Macam2 dugaan artis dulu kene lalui untuk berjaye.
1988 baru lahir di dunia heheeee
Tak berapa ingatlah kumpulan ini...
tak cam kumpulan ni.dah macam baca biografi band lak.
lagu patah sayap tu tau.. best! tragedi di sebaliknya baru tau ni..
cool!~
really cool!
aku baca start sampai abis, pelan pelan je aku baca.. absorb.
thanks, ko jarang update tapi bila update best giler
oooo.. baru tau... legend ni...
ohhh..gitu kisahnya...mengeluh bila dah baca sampai habis..( cetbox boleh bagi atas sikit tak...yg traffic dan visitor tu letak bawah...)
yeap.. aku ingat kisah ni.masa tu zaman skolah rendah lagi.
rock dulu2..
huhhhhhh
begitu luas pengetahuan
Ok come visit my blog
Yg menariknya~~~
zaty luvlianncezz dh da fb!!
dah lama terlupa akan band2 yang popular tahun 90an nih...tak ramai yang aktif semula...
salam kenal
tak kenal band nie..tapi liku2 artis dulu memang mencabar
moga yang pergi dirahmati Allah
btl2 pnuh dugaan..
lagu2 lame ni mmg menusub
kalau dengar..
tragedi arwah zul tetap takkan dilupakan.
aku pernah ternampak arwah zul kat kompleks teruntum...
ermm camtu rupenye cerite sebenar
al-fatihah untuk mereka yg telah tiada
aku dulu beli kaset dia "doktrin metos" dulu... layan... suara arwah zul mmg power :)
dulu punya geng rock kerja keras beb... main muzik nya hal...minat opunya pasal..sanggup redah je beb...he he he... update slalu beb pasal geng geng kapak ni... layan giler beb... terkenang pulak masa jd geng kapak beb...he he he... seluar getah brand kakaci beb...he he he
rock kapak...
alamakk.. memang minat giler ar ngan lagu patah sayap malam.. time tu dok sek men lagi.. sampai la ni dok minat.. bila tringat kat aruah.. rasa sebak plak ar...
apa nama janda yang jadi punca arwah diperlaku mcm tu
x pernah tau pun group ni...
Sapa tak kenal kumpulan masa ni memg bukan hidup zman rock
Salam,
MASA SCARECROW telahpun melancarkan single terbaru mereka yang berjudul "Imperial", sila lawati laman sosial Facebook dan cari "Masa Digital"..sama-sama kita sokong usaha mereka ini, sila klik link di bawah untuk klip lagu IMPERIAL
http://www.youtube.com/watch?v=HZVzlosoAZw
Al fatihah untuk Allahyarham Zul. Semoda ditmptkan di kalangan yg dikasihiNya. Orang2 yg aniaya tu akan terima pembalasan. Masa je yg tentukan
Very interesting... I really like it... Thank you so much...
Salam,
MASA SCARECROW telahpun melancarkan single terbaru mereka yang berjudul "Imperial", sila lawati laman sosial Facebook dan cari "MASA SCARECROW OFFICIAL"..sama-sama kita sokong usaha mereka ini, sila klik link di bawah untuk klip lagu IMPERIAL
http://www.youtube.com/watch?v=HZVzlosoAZw
kwn aku punye bapak r membelasah dlm arwah zul... skrg bpak die da meringkuk lg...
Al-fathihah buat arwah zul.. semoga rohnya dicucuri rahmat.. Lagu patahnya sayap malam mengimbau kenangan dlu masa tu sekolah rendAh lg.. best song masa tu..
Al fatihah buat arwah zul dan arwah lan. Semoga roh merek dicucuri rahmat. Aku tgh dgr lagu patahnya sayap malam, sayu hati terbayangkan kejadian2 tu..
iblis2 yg belasah arwah tu apa mcm sekarang??gampang betul,x tau hargai nyawa manusia
Masa adalah kumpulan terbaik...lagu patahnya sayap malam mmg lagu piching yg tinggi...aku salute kumpulan masa....takziah tuk arwah....
Aku mmg minat giler kumpulan massa
Masa Scarecrow adalah kumpulan rock yang aku minati dari pahang ni... lagu lagu mcm Patangnya sayap Malam, Amanda cintaku, Rahsia cinta dan yang aku suka sekali lagu Kekasih yang Tersiksa memeang menyentuh hati... sebenarnya banyak lagi lagu yang sedap2.. Apabila dah tau ade dalam kumpulan ni yang dah meninggal.. kalau dengar balik lagu2 dia rasa semacam jee..boleh buat gua nangis ... peh...HIDUP ROCK LELEH
inipun kawan aku bagi tau kumpulan massa ni. lagu2nya masih kedengaran du corong-corong radio...
hukum cinta duniawi & persandingan abadi best...
Dengar cerita dah buat balik band ni, tapi tak payah lah..biarkan saja misteri kumpulan terus jadi legenda...lagu baru pun bukannya sedap...
Aku setuju ngn anon kt atas ni
aku ade kenal drummer die, epol...tapi ntah la, xbleh pkai dah sekarang
Massa memg paling terbaekkkk.. Filem rock 0o ptut kna ltak lgu ptahnya sayap maLam.......
Post a Comment