Salam Rock buat semua. Seperti entri-entri sebelum ini, gua nak bawakan kalian menjelajah semula ke era rock 80an dan 90an yang memang hangat dan menjadi fenomena pada ketika itu.
Korang masih ingat lagi kumpulan Desire? Yeah..korang memang truly rock. Kumpulan rock ini berasal dari negeri Kelantan, ditubuhkan pada tahun 1985 dan amat terkenal di Kelantan era pertengahan 80an.
Mereka terdiri daripada anak-anak Kelantan yang saling mengenali iaitu Razli Hussain (gitar utama), Ranzmie @ Nasran Nordin (vokalis), Saiful Yazan Zainal (Rhytmn), Zuki Abdullah (bass) dan pemain drum terhandal, Ali Sulong.
Walaupun berlainan kampung, itu tidak menjadi penghalang untuk mereka bertemu dan jamming bersama. Selalunya port mereka adalah di Kota Bharu Kelantan.
Dan seperti band-band yang lain pada mulanya, mereka pernah bermain muzik di majlis-majlis kahwin, ekspo dan funfair. Bukan hanya di sekitar Kelantan sahaja malah mereka pernah bergiat aktif di Terengganu dan Siam (Thailand). Setakat lagu-lagu siam, petik jari je beb..
Selain itu mereka handal membawakan lagu-lagu berentak Heavy Metal. Jangan tak percaya, orang Kelantan masa tu memang sukakan Heavy Metal.
Pada asalnya nama Desire dikenali sebagai D’Zai yang diambil sempena nama manager mereka iaitu Puan Zaitun yang merupakan kakak kepada penyanyi Sheeda. Untuk pengetahuan kalian Sheeda dan Ogy Ahmad Daud pernah bersama Desire sebagai penyanyi undangan dalam kumpulan itu. Nama D’Zai mula ditukar kepada Desire bagi mereka memasuki Battle Of The Bands 1987.
Sebelum menyertai Battle Of The Bands 87, Desire pernah menjadi juara dalam pertandingan Juara Rock Kelantan pada 1985. Dalam JJR 1986 pula Desire hanya menggondol tempat ke-4. Namun itu tidak mematahkan semangat Desire untuk beraksi ke BOTB 1987. Mereka memantapkan skill dan semangat untuk kembali beraksi mencipta kejayaan.
Dalam perjalanan untuk menyertai BOTB 87 di KL, mereka telah menghadapi kemalangan. Van yang dinaiki mereka telah bertembung dengan sebuah treler di Raub, Pahang. Pemandu van putus telinga. Gitar Fender Razli pula terputus dua (patah). Semasa kemalangan itu berlaku, semua anggota Desire sedang nyenyak tidur. Nasib baik tidak berlaku apa-apa kepada ahli-ahli Desire. Itulah pengalaman ngeri yang tak mungkin dilupakan oleh Desire sampai bila-bila.
Dalam pertandingan itu Desire membawakan lagu Metallica, Master Of Puppets dengan sebuah lagu Iron Maiden. Penampilan Desire amat memberikan kejutan pada masa itu kerana muzik yang dibawakan mereka tidak pernah dimainkan oleh band-band lain sebelum itu. Lagipun masyarakat masih kurang pendedahan dengan muzik Heavy Metal.
Salah seorang juri dalam pertandingan berprestij itu ialah pemudik terkenal, Hillary Ang. Hari itu menjadi hari yang amat bermakna buat Desire apabila nama mereka dijulang sebagai juara BOTB 1987. Semenjak itu Desire menjadi sebuah band rock yang terkenal. Sambuatan orang ramai sangat-sangat memuaskan. Mereka pernah mengadakan konsert terbesar di Stadium Negara bersama Wings pada tahun 1988.
Pada tahun yang sama Desire telah mengeluarkan album pertama bersama Polygram iaitu Sumpitan Senja ‘ 88. Album ini berentak heavy, speed dan slowrock di mana lagu Dian Cinta menjadi killer song dalam album ini. Vokal Nasran memang tidak dapat ditandingi. Rosdi Radzillah (abang penyanyi Ramziela) menjadi drummer dalam album ini menggantikan Ali Sulong yang telah berhijrah ke New Zealand setelah berkahwin dengan warga negara sana.
Album ke-2, ‘ - + x ÷ ‘ (1989) pula menampilkan muzik hardrock dan bluesrock yang mana lagu Bias Cinta menjadi lagu hits. Ketika ini Johan menjadi vokalis menggantikan Nasran atas sebab tertentu. Album ini sangat laris, menjangkau jualan sebanyak 25,000 unit dan menaikkan nama Desire ke tahap yang lebih tinggi. Mereka dianugerahkan gold disc daripada syarikat Polygram.
Kata Kata Kata (1990) merupakan album ketiga Desire bersama Polygram dengan Eury Khan sebagai vokalis dan Bidin sebagai drummer. Sambutan album ini sekadar memuaskan berbanding sambutan yang hebat daripada album sebelumnya.
Hampir kesemua lagu dan lirik dalam tiap-tiap album Desire merupakan ciptaan mereka sendiri. Hebat bukan. Tidak seperti kumpulan-kumpulan rock lain pada waktu itu yang kebanyakan bergantung kepada komposer-komposer terkenal sedia ada.
Di sebalik kejayaan dan kegemilangan yang dikecapi Desire, kumpulan rock popular ini tidak terlepas dari diterjah gosip-gosip dan dianiayai pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Kena tipu show, itu perkara biasa yang dihadapi oleh Desire di mana mereka tidak dibayar oleh pengendali show selepas penat membuat persembahan.
Desire pernah dilemparkan gosip liar apabila mereka dikatakan menjual perempuan sehingga terpapar di dada akhbar. Penyebaran fitnah itu dipercayai dilakukan oleh peminat Desire yang tidak bertanggungjawab.
Ada juga pihak-pihak tertentu yang menyamar sebagai anggota kumpulan Desire bertujuan untuk mencari keuntungan dengan menjual tiket penerbangan kepada orang ramai, menjual baju dan menjual barangan-barangan Desire kononnya di sekitar supermarket. Ramai yang telah tertipu. Seperti kita ketahui masyarakat pada masa itu mengagungkan artis-artis popular. Kalau artis popular yang datang offer barang, mesti la tertarik ye tak? Nak-nak lagi bila artis hensem macam bro Razli Desire waktu tu datang nak mengorat, sapa tak nak kan.. (ni bagi kaum perempuan). Kerja-kerja yang tidak bertanggungjawab ini sedikit sebanyak menjatuhkan nama dan maruah Desire. Namun itulah cabaran yang perlu dihadapi apabila sesebuah kumpulan muzik itu telah terkenal.
Berikutan konsert rock yang telah diharamkan oleh kerajaan Kelantan, penglibatan seni Desire ketika itu semakin slow. Nama Desire sepi seketika. Mereka tidak mahu berhijrah ke KL. Antara sebabnya kerana jauh dan tidak selesa dengan kesibukan bandar. Tambahan pula waktu itu mereka mulai sibuk dengan kerja masing-masing.
Pada tahun 2007 mereka bersatu kembali bersama album ke-4, Puteri Saadong. Nama Puteri Saadong tidak asing lagi dalam sejarah Kelantan, tanah kelahiran Desire. Album kali ini diproduce oleh mereka sendiri. Lirik dan lagu hampir kesemua dicipta oleh Desire. Album ini memakan masa rakaman yang paling lama berbanding 3 album terdahulu yang hanya memakan masa seminggu sahaja di Studio Singapore bersama Polygram. Namun itu dahulu.
Kini Desire kembali semula menggegarkan dunia hiburan tanahair bersama lineup Lie, Johan, Zuki, Aziz dan Saiful. Pada Disember tahun lepas mereka telah menghiburkan peminat selepas 20 tahun tidak beraksi di konsert secara live bersama peminat.
Album ke-5 Desire, Ular VS Naga dijangka akan menemui peminat pada penghujung tahun ini dengan masih lagi menampilkan konsep rock seperti dulu. Gua diberitahu album baru ini bakal mengandungi 5 buah lagu lama dan 5 buah lagu baru Desire. Pergh.. ni yang tak sabar tunggu ni..
Baru-baru ini gua dapat tahu Bro Saiful Desire sedang sakit dan menjalani rawatan. Sama-sama kita doakan agar beliau kembali sihat.
Pesanan Desire buat semua peminat, teruskan menyokong perjuangan Desire dan terima kasih kepada semua yang masih setia bersama Desire dari dulu hingga kini. Kembalikan kehangatan muzik rock tanahair.
Semoga Desire terus success!
Sumber: temubual bersama bro Razli Desire.
24 comments:
Lame weh tak dengor cerite Desire ni.Patut semua band2 lame ni bergabung balik macam Desire.Mesti bergegor punye...
Salam Bro;
Lama tak dengar cerita Desire, Bias Cinta antara peberet gua...
Thx 4 the info... rock 4ever...
yang selalu keluor radio lagi bias cinta tu je....
lagu bias cinta memang yg paling saya suka massa tu... jarang ada kat radio sekarang. tapi bila sinaran putar lagu ni, cepat2 kuatkan lagu ni.
aku suka lagu Sentuhan. :) best!
teringat waktu kecik2 dulu.
chantiekkksss!!cayalah beb!info menarik!!!
Otak Ular best..
first time aku tahu Desire ialah Muzik Muzik TV3 dorang bawak lagu Sentuhan tak salah aku
terusssss beli kaset plus minus times divide tu
Memori sudah tumpul...tapi semua konsert rock di KB aku wajib gi. Seingat aku OGY juga datang ketika Blues Gang buat show.
Info nostalgia.
thanks for sharing....
blog nie wat teman terkenang taim tu... peh.....
great effort!!
http://www.facebook.com/#!/pages/Joe-EX-Desire-Fan-Club-JDFC/192922854068737
bias cinta - lagu yg sll nyanyi time karok bile da xlarat nk bwk lagu tarik2... heehehehe...
Cikalin..
cikalin ke yang inteview bro Nazli ni?
miss u cikalin.
kata kata kata (1990)..
sy baru lahir taun nihh.. ;)
pegh,teringat zaman sekolah dulu,masa tu aku sekolah rendah lagi,abang aku tg 4 mmg minat gila ngan cromok.hahaha
pegh,teringat zaman sekolah dulu,masa tu aku sekolah rendah lagi,abang aku tg 4 mmg minat gila ngan cromok.hahaha
aku pulak layan desire je sebab nak layan cromok tak faham inglish haha
•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*.¸.•*´¨`*•.¸¸.•*'
(\_(\ ...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*
(=' ;') •::::::::HI….. :::::::::::•
(,('')('')¤...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“tali timba ditarik perlahan
terasa sejuk air perigi
Ziarah blog tanda persahabatan
insyaAllah hamba datang lagi”
uihhhh lama tak nampak kelibat blog ko....
kenangan rock dulu dulu beb.... fuyooo....
lagu desire kekejaman perggggggg metal punye
lagu bias cinta memang yg paling saya suka massa tu... jarang ada kat radio sekarang. tapi bila sinaran putar lagu ni, cepat2 kuatkan lagu ni.
Al-Fatihah untuk arwah Saiful Yazan yang telah kembali ke rahmatullah semalam.
Hidup 90an lagi mantap dari sekarang..
Rockers selamanya
Hidup di era 90an lagi mantap dari sekarang..rockers selamannya..
Memang tulisan warna kuning ke siak?
Post a Comment