Sunday, March 28, 2010

Di Sebalik Semangat Rock Anak Muda Kuantan (Behind The Spirit of Rock)




Melihat gambar di atas, pasti anda berkata “..macam pernah ku lihat gambar ini, tapi di mana ya…”

Ya, gambar ini pernah menghiasi sebuah akhbar tempatan yang memaparkan sekumpulan remaja Kuantan yang menghabiskan masa cuti sekolah mereka di tempat-tempat awam dengan mengenakan pakaian era Rock Kapak 80an. Sekali pandang, mereka seperti mat-mat Rock singgah berehat selepas penat berjalan. Walaupun tidak disukai oleh sesetengah pihak, namun sekumpulan remaja ini telah berjaya menghidupkan suasana zaman Rock dan berjaya menarik perhatian ramai termasuklah wartawan yang merakam gambar mereka dari jarak jauh ini.

Gua rasa kesemua remaja dalam kumpulan ini meminati muzik Rock. Dan gua amat pasti idola mereka adalah artis-artis zaman Rock kapak dan Battle Of The Bands. Seperti yang kita tahu dressing mat-mat rock pada zaman itu kebanyakannya sering mengenakan seluar pvc, jeans, jeans lusuh dan berkulit ketat, kasut hitop especially jenama Aliph, apparel bercorak belang rimau, bandana (key) dan rambut panjang berketak. Lihat saja filem ROCK arahan Mamat Khalid. Rata-rata anak muda dalam filem itu mempunyai attitude pemakaian yang menyamai kumpulan SYJ, Search dan band rock Singapore, Rockers. Masing-masing memakai seluar slim fit dan membela rambut panjang. Cita-cita nak jadi artis Rock. Sanggup koyak kulit seat bas semata-mata nak buat seluar untuk masuk pertandingan antara band. Waaa... memang dahsyat semangat mat-mat Rock zaman tu. Masing-masing ada misi untuk merubah kehidupan sekaligus menjadikan semangat mereka sebagai nadi bagi memantapkan arena muzik Rock tanahair.

Namun di tengah kepopularan muzik jenis ini, suatu masa dulu Rock sering dicaci dan dibantah oleh sebilangan masyarakat yang lain. Segala macam anggapan buruk, tuduhan dan tohmahan dilemparkan ke arahnya. Sehingga ada yang mengatakankan kaki Rock tiada masa depan. Namun begitu, semangat Rocker-rocker dalam memantapkan muzik Rock negara tidak pernah goyah.

Sehingga kini walaupun zaman telah berubah, lagu-lagu Rock masih mekar dalam hati rakyat Malaysia. Ternyata usaha Rocker-rocker kita berbaloi kerana membuatkan muzik Rock berjaya menjajah jiwa-jiwa masyarakat Malaysia dari segenap lapisan termasuklah golongan seperti remaja-remaja Kuantan tadi. Minat dan ingin merasai suasana keunggulan zaman Rock Kapak membuatkan remaja-remaja Kuantan ini berpakaian seperti rocker-rocker era Rock dahulu. Selain itu mungkin mereka juga berasa bangga kerana kebanyakan Rockers seperti Teras, Massa dan Kafilah berasal dari bumi Pahang. Tapi tak bleh challenge tempat asal gua, Perak - tempat kelahiran beratus-ratus Mat Rock..heh..heh..heh... Apa pun, gua respek remaja-remaja Kuantan tu kerana memeriahkan suasana dengan dressing Rock Kapak walaupun tidak disukai sesetengah pihak. Wa caya lu dik !!

Kenangan yang terukir dari kehangatan fenomena Rock tanahair dahulu membuatkan ramai penulis-penulis blog menceritakan kembali pengalaman manis mereka ketika membesar di zaman itu. Malah ada juga webmaster dan Otai-otai Rock menerbitkan forum-forum berkaitan muzik Rock di internet bagi mengumpulkan peminat-peminat Rock dan membincangkan segala perkara berkaitan isu Rock tanahair. Di corong-corong radio sering diputarkan lagu-lagu Rock Kapak dan Rock Leleh atas permintaan ramai. Kebanyakan production selalu mengitarkan semula lagu-lagu lama untuk jualan album dalam bentuk gabungan kumpulan-kumpulan Rock lama bagi melariskan jualan. Konsert-konsert Rock semakin berkurang. Di televisyen pula seringkali diadakan siaran langsung persembahan artis-artis Rock. Antara mereka yang dijemput membuat persembahan adalah wajah-wajah yang sama, yang seringkali muncul di layar TV iaitu Amy Search, Awie Wings, Nash, Joey BPR, Saleem dan Ella.

...Wahai Malaysian, sampai bila kita harus bergantung kepada mereka yang telah hampir berusia ini...?

Sampai bila kita nak dengar lagu-lagu yang tidak habis-habis dikitar semula..?


Tak adakah anak-anak muda yang mahu meneruskan perjuangan muzik Rock yang pernah gemilang ini?
Tiada siapakah antara anak muda kita yang memiliki semangat Mat Rock yang suatu ketika dulu pernah memartabatkan arena muzik tempatan..?
Apa yang telah terjadi kepada peserta-peserta BOTB Rhtym Of Champion yang dikendalikan RTM? Di mana mereka?
Muzik Rock kita seolah-olah sedang tandus...

Ayuh, kembalilah berkarya dengan mengekalkan kualiti. Muzik kita mampu memecah tembok dunia. Tiada yang mustahil dalam dunia ini. Semuanya terletak pada keyakinan...


p/s - maaf andai ada sesiapa yang x senang dengan entri ini. Ini cuma luahan dari gua, seorang peminat muzik Rock tanahair. Apa-apa pun wa caya sama lu sekalian yang sentiasa menyokong gua dan setia bersama CROMIRAMA

\m/

31 comments:

mr.kordes said...

beb!gua sokong!apsal malysia klu bab rock,metal..lgsung tk sapot..sebb dressing mungkin?

tp amboi,,,klu bdk2 hip hop,pop,dressing pun mmc hram juga..blh plk..cis...

hidup kembali zaman kegemilangan rock!bdk2 kuantan mmg best!dkt je dgn pakcik kordi...temrloh..hehe..=)

Unknown said...

Rock terus rock! biar org ckp rosk kapak tangkap leleh.. makbapak diorang dulu idup serupa tu gak.. wa caya lu!

Kaizen Shinobi.com said...

hidup rock kapak...

x sangka ada lagi follow trend nih...

aq dressup trend nih mase darjah enam and form1...

lalalalalala~

sampai penah kejar polis sebab lepak tengah2 malam kat town sambil men gitar kapok...

hahaha

terokai seni said...

haaa rock semayang takpe jangan buat keja yang tak bagus tu yang dorang tak suka, paling bagus ingat untuk kebaikan diri buat baut untuk orang lain... aku pon dulu rock juga kira macam amy la rock dah tinggal jauh tapi tetap ingat

errr.. rock tak isap dadah tak rock ke

Relevan said...

Roger..itu tahun 1988 kawan ada pergi konsert rUsty Blade kat stadium negara sana..time tu Wings jadi band undangan saja..Yantzen dan Rusty blade kasi gegar itu stadium negara..perghh!

Singapore punya band tuu..macam rockerz,unwanted,sweet charity pun hebat juga..

soffya cik bulan said...

tahukah kamu, daku minta rock yg amat...mahu jadi seperti ella bila berkarok.hoho...

tp syg, terlepas menonton amy di IB sebab silap tarikh.adoi...



daku cikgu.tapi masih bisa berock!hehh

::alifdalmim:: said...

tak salah meluahkan perasaan dlm blog sendiri..teruskan menyokong industri rock tanah air..yeah! ;D

MiloMasihPanas said...

salute la kat diorang.. gua mmg mnt rock kapak nih.. ok la dari dak2 indi tuh!

hans said...

gua suka rock kapak

Nizam Awang Brahim said...

Rock..rock..Yey..yey..

Boku no Blog said...

Salam Ziarah..
Sukses selalu...

NAJ HEBAT said...

hidup harus ditruskan!
janji rock!!!!!!!!!!!!!!

[sorry, tersemangat sekejap]

uncle said...

aduhhh terkenang nostalgia rock kapak ..kalau ada yg nak menghidupkan kembali uncle sokong jerr hahaha...bukan rock zaman sekarang jerit jer lebih tapi penghayatan kurang..tgk twisties bingit tu..siapa yg menang..rock kapak jugak !!!!!

uncle said...

gua caya salam lu beb !!!!

Cromirama Elcy said...

yearghhh...machih..machih...suma...wa sama lu smua..... hidup rock!!

cik.pija said...

kadang2 lagu rock ni pun wa layannn!!!huhuhu

Anonymous said...

masa dok kuantan dulu mmg selalu jumpe bdk2 yg fesyen pelik2...sume bdk2 sekolah kalau ari sbtu tu penuh la kt megamall mcm2 fesyen...

SkreMpes! said...

Keep on rollin Bebeh! Rockin is fragin world! Caya sama lu!

Db Cooper said...

hidup rock lagend

Nerzhul said...

\m/ rock the world

berteromber said...

kunjungan balas.

Tq.

iidyll iceness said...

sy n family sy minat rock...hihihi
ley kt tiap2 hari dengar lagu rock jer kat umah...dlm kete...

mb sb abh dulu pnh men band polis n ms 2 genre rock tgh naik..

n adk2 skrg nie pn xhbs2 dgn lagu may,search,wings,lefthanded...hbs dgn2 sy tsesat minat rock..xpdn dgn ppuan..ngee...

hans said...

huhuhu
ramai peminat rock rupanya

Afzainizam said...

http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

Terimakasih atas respon baik dari blog anda..... kami amat teruja dengan sokongan anda....

Aku rasa betul tu kata kordi... zaman aku dulu Rock gak... Tapi rock sekarang ni dah lain macam sikit....

Sorry aku katakan sekarang mmg dia semua main hip hop.... but aku sendiri tak berapa berkenan ngan muzik mereka...

But Still Rock.... Hidup kembali Rock ok... kau aje harapan yang ade... mari sama-sama terus menyokong anda..ayuhhh semua...

shameel Iskandar said...

zaman rock kapak gua masih kat sekolah rendah, tapi pengaruh rock tetap menrjah jiwa. cayalah

mazru said...

sokong,..gua dah lama tinggalkan alam rockers tp lagu2 rock ttp di hati gua,,


gua harap pakcik kordie akan menjadi pelapis satu hari nanti..

ASSOYFINGER67 said...

Salm..bagus Aku sokong kao...aku nie rock dah karat sikit tapi kadang2 kat KOK tu aku bantai juga KEJORA...aku minat habih..rock aku zaman...Ekspo2 dulu..tang bab lepak tu aku bagi kao 100 markah...macam proff. kao nie...salam sahabat..T/K Follow aku!

C++ said...

Bhai...

Lu dulu jamming kat mana... gua selalu pi Pasar Bulat kat Ipoh tue.. jamming kat studio SYJ... hahaha

Unknown said...

Gua rock..

Mieza S said...

aku sokong! kadang - kadang aku lebih banyak mendengar lagu rock dulu2 daripada lagu sampah zaman sekarang

Unknown said...

rock selamanya......terus hidup di hati peminat-peminat setia rock dari dulu kini dan selamanya. zaman rock dulu zaman wa.....