Thursday, April 8, 2010

Port Lepak Kutu-kutu Rock (Hang Out Port for Mat Rock)

mat rock zaman dulu


Simpang Masuk Kampung @ Kepala Kampung

Kat sini ramai kutu-kutu rock lepak konon-kononnya nak mengawasi orang luar keluar masuk kampung sekaligus bertindak kepada bodyguard terhadap kampung tercinta.
Port ini juga adalah port yang strategik untuk mengorat minah-minah kilang yang baru balik dari bekerja.


Tepi Padang Bola @ Gelanggang Takraw

Tak dinafikan, kutu-kutu rock memang aktif dalam sukan baik sukan bola sepak, sepak takraw, badminton dan lari dalam guni.
Setelah penat bermain, biasanya kutu-kutu rock akan lepak di tepi padang atau gelanggang sambil berborak dan bermain gitar sebelum balik mandi.
Bagus kutu-kutu rock ni. Rock tetap rock. Kesihatan mesti dijaga.


Depan Surau

Port ini adalah port wajib yang harus kutu-kutu rock berkumpul selepas sembahyang berjemaah di surau. Rock, rock jugak.. Solat tak tinggal beb!!
Di sini kutu-kutu rock boleh membuat temujanji dan plan bersama untuk aktiviti pada keesokan harinya. Nak turun town kena plan betul-betul beb.. Silap-silap salah sorang terlambat, nanti tertinggal bas. Bas pulak tiga jam sekali baru ada. Tak ke haru..
Selain itu, port depan surau juga menjadi laluan kepada pakcik-pakcik, makcik-makcik dan mak bapak awek melintas selepas habis solat berjemaah. Sejuk mata diaorang tengok mat-mat rock ni rajin sembahyang. Berjemaah pulak tu. Yeargghhh...ada can jadi menantu !!


Bawah Pokok

Ni port lepak yang cool bagi kutu-kutu rock sebab kebanyakan pokok yang menjadi pilihan adalah pokok-pokok rendang seperti pokok ceri dan ketapang. Bawahnya pulak mesti ada pangkin dan tempat duduk. Kat sinilah kutu-kutu rock bermain gitar, cari kod lagu dan berborak tentang masa depan. Budak-budak tak boleh join.
Tak pernah pulak dengar kutu-kutu rock lepak bawah pokok durian. Ini bermakna kutu-kutu rock mengamalkan sikap safety first..


Stesen Bas

Setelah sampai town, lepas turun dari bas, mat-mat rock akan lepak sebentar di kerusi-kerusi dan tangga-tangga di stesen bas sebelum merayau. Ini bagi merehatkan otot-otot badan yang lenguh akibat terlalu lama duduk di dalam bas (ini kes kampung-kampung yang terletak jauh dari town).
Di sinilah tempatnya untuk melihat ragam-ragam manusia di samping boleh mencuci mata kerana terdapat ramai awek-awek bandar dan kampung yang menggunakan perkhidmatan bas.
Port ni juga adalah tempat pertemuan pertama kutu-kutu rock dari seluruh pelosok negeri sebelum bersama-sama menuju ke pasaraya, pusat snooker dan lain-lain.


Pusat Snooker

Port ni selalu dituju oleh kutu-kutu rock bagi menghilangkan bosan dan meluangkan masa yang terluang. Biasanya siapa yang kalah main, dia yang kena bayar. Kadang-kadang kat sini pun boleh cari duit. Tapi kutu-kutu rock jarang buat keje haram tu. Betul tak otai-otai..??


Depan Pasaraya

Yearghhh... inilah tempat paling famous bagi kutu-kutu rock dulu. Selepas penat merayau, main snooker, jamming dan tengok wayang kebiasaannya diaorang akan duduk dan bersidai di tangga depan pasaraya. Sambil duduk, sambil berborak, boleh ngorat awek-awek yang lalu lalang. Fuhhh.. Memang nikmat. Time ni la kutu-kutu rock nak serlahkan penampilan dan dressing rock di khalayak ramai. Biar semua orang tau betapa rock nya diaorang. Tak kisah apa orang nak kata.. yang penting hati rasa bangga. Bangga kerana menghangatkan suasana rock.
Antara kompleks pasaraya yang selalu diterjah oleh kutu-kutu rock ketika itu adalah Kompleks Wilayah, Kompleks Dayabumi, Kompleks Pertama, Kompleks PuncaMas Seremban dan Kompleks pasaraya Yik Foong, Ipoh.


Depan Kedai Kaset

Bila dengar je ada album Rock baru keluar di pasaran maka berduyun-duyunlah kutu-kutu rock dari segenap pelosok turun ke pekan dan town untuk membeli album yang dinantikan. Lepas beli kaset, lepak pulak depan kedai jumpa kawan-kawan lama yang seangkatan. Tokeh kedai kaset pun tak kisah sebab kerana merekalah kaset-kaset di kedainya terjual dengan laris.
Kutu-kutu rock dulu beli kaset sendiri-sendiri, tak mainlah pinjam-pinjam macam orang-orang zaman sekarang. Duit beli kaset pulak pakai duit hasil menoreh, upah berkebun dan duit gaji sendiri.. Apa barang mintak dengan mak. Memang tak syak lagi, semangat kutu-kutu rock inilah yang membuatkan album-album Rock suatu waktu dulu laris di pasaran sekaligus menyumpang kepada perkembangan arena seni tanahair. Berikan tabik spring kepada mereka!!


Tepi Jalan @ Tepi Longkang

Port ini amat disukai kutu-kutu rock kerana terletak di tepi jalan dan menjadi tumpuan kepada orang-orang yang lalu lalang. Kebiasaannya mereka lepak di waktu petang dan malam. Dua bijik gitar kapok mesti ada. Nyamuk banyak pun tak kisah asalkan boleh lepaskan tension dengan kawan-kawan. Di sini mereka akan berborak, menyanyi dan menegur orang-orang yang lalu lalang termasuk mak-mak dara dan awek cun. Ini menunjukkan kutu-kutu rock tidak sombong dan menghormati masyarakat sekeliling.
Kalau awek cun yang melintas tu bernama Ana, maka kutu-kutu rock akan mainkan lagu Rozana-Search. Kalau nama Ila, mereka nyanyi lagu Dalila-Kejora. Kalau nama Mira, nyanyi lagu Mira Edora-Wicitra dan kalau awek Cina yang lalu pulak mereka akan nyanyikan lagu Mei Hua-Evolusi. Awek yang terperasan akan menunduk malu (cover cun) dan jalan dengan perlahan sambil buat-buat berborak dengan kawan.


Gerai Makan

Port ni pun selalu jugak kutu-kutu rock datang lepak sebab kat sini boleh minum kopi, makan-makan, borak-borak, hisap rokok dan boleh mengorat awek-awek cun yang bekerja di gerai tersebut. Selalunya kedai yang menjadi pilihan adalah kedai mamak dan mana-mana kedai yang pakai buku 555 (boleh hutang). Di sini juga kutu-kutu rock boleh menjalinkan hubungan yang baik dengan orang-orang tua termasuk ketua kampung dan tok imam sambil sama-sama minum kopi dan mendengar nasihat mereka.
Gerai makan juga menjadi pilhan kepada kumpulan-kumpulan mat rock yang bermotosikal besar untuk lepak sebentar sebelum meneruskan konvoi.


Perjumpaan Belia

Tak dinafikan, sesetengah kutu rock memang aktif dalam persatuan belia. Tapi kebanyakannya aktif dalam peringkat kampung je. Pun begitu kutu-kutu rock tak akan terlepas untuk mengikuti aktiviti-aktiviti kemasyarakatan kampung dan daerah. Mereka sedar bahawa tenaga muda mereka amat diperlukan.
Walaupun rock, tapi bila tiba time pilihanraya, mereka tak akan lupa untuk mengundi. Tanggungjawab mesti ditunaikan.


Funfair @ Konsert

Kutu-kutu rock memang pantang dengar kalau ada funfair atau konsert tak kira dekat mana pun. Nilah masanya nak berhibur dengan sepuas-puasnya. Dressing mesti Rock. Time ni ramai artis-artis datang buat persembahan. Kalau nasib bertuah malam tu, kutu rock akan dijemput oleh artis yang membuat persembahan untuk sama-sama menyanyi dan bergoyang di atas pentas. Tambah-tambah pulak artis yang menjemput tu terdiri dari kumpulan BPR dan MAY. Perghhh..bangga beb! Pengalaman yang tak akan dilupakan sampai tua. Ada juga kutu-kutu rock yang turun ke funfair semata-mata nak main game tuju tin dan bingo selain nak test mengorat awek-awek cun.


Rumah Sewa Kawan-kawan

Port ni amat popular di kalangan kutu-kutu rock yang tension akibat selalu kena leter dengan mak bapak (kes rambut panjang atau malas bagi ayam makan). Biasalah, orang muda-muda ni jiwa panas. Oleh itu, untuk menenangkan jiwa, rumah sewa kawan-kawan akan dijadikan port untuk lepak. Di sini kutu rock boleh buat macam rumah sendiri seperti melalak, merokok, layan gitar, mendengar radio dan baca majalah. Takde siapa yang marah. Majalah yang popular dibaca oleh kutu-kutu rock ketika itu adalah Gila-Gila, Batu Api dan URTV.


Gerai Burger

Kat sini pun ada la beberapa kutu rock yang suka lepak-lepak. Sambil lepak sambil makan.
Apa nak kata brader, bajet lari. Soru burger aje lah… Janji boleh terus hidup. Yang membuat burger juga terdiri daripada kaki rock. Sambil meniaga sambil tu boleh main gitar. Secara tak lengsung dapat menarik customer untuk datang beli burger di gerai mereka. Biasanya kalau ada gerai burger mesti ada telefon awam dekat-dekat situ. Maka ramai lah kutu-kutu rock yang berkumpul di situ menunggu giliran untuk menelefon awek. Yelah, dulu mana ada telefon bimbit macam sekarang. Pakai public phone aje lah. Sambil tunggu giliran boleh makan burger.



Kelab Malam

Kebanyakan kutu rock datang ke sini untuk enjoy dan berhibur dengan menyaksikan persembahan artis-artis kelab. Kat sini kutu-kutu rock boleh jumpa geng-geng yang satu kepala dengan mereka. Duit masuk kelab tak payah risau. Kalau tak cukup kawan-kawan boleh topup kan. Yang penting dapat enjoy dan cuci mata puas-puas sebab esok nak kerja.
Ada juga kutu-kutu rock yang masuk kelab malam dengan menggunakan kabel (orang dalam), free of charge. Jadi kena rajin-rajin lah bodek bouncer.


Panggung Wayang

Antara filem-filem famous yang ditonton oleh kutu rock suatu ketika dulu adalah Kembara Seniman Jalanan, Fenomena, Rozana cInta dan Awang Spanar. Ada juga kutu rock yang tersesat layan filem hindustan (ni kes silap beli tiket wayang). Panggung-panggung yang gah pada masa itu pula adalah seperti Cathay, Lido, Rex dan Colisseum.
Kutu-kutu rock biasanya menonton wayang secara berkumpulan. Bagi yang dah ada awek biasanya mereka memilih untuk menonton wayang bersama awek sahaja. Bukan apa, takut kawan-kawan kacau daun dan terpegang lengan awek masa tengah syok layan panggung.



Studio Jamming

Kutu-kutu rock kalau tak pegi sini maka dia bukan seratus peratus rock. Kat sinilah tempatnya untuk mengasah bakat terpendam di samping menguji skill vokal dan mutu permainan muzik. Drumstick biasanya dibawa sendiri. Yang lain-lain cuma bawa badan je. Kat sini sapa-sapa pun boleh melalak dan bikin balun muzik dengan sesuka hati sebab kawasan ni adalah kawasan tertutup. Yang menjadi audiens pun cuma kengkawan saja. Kebanyakan lagu yang dibawa adalah lagu-lagu berentak deras dan lagu -lagu yang telah digubah sendiri. Studio jamming juga menjadi tempat pertemuan dengan otai-otai rock. Ramai antara otai-otai datang untuk bertemu kawan-kawan lama sambil memberi tunjuk ajar kepada rocker-rocker yang baru bermula.


Kenduri Kahwin

Biasanya kalau ada kenduri kahwin, belia-belia akan dipanggil untuk bermain kompang dan mempersembahkan bunga silat. Kutu-kutu rock tidak ketinggalan. Eleh…main kompang dengan silat.. peti jari je.. Ada juga kutu-kutu rock yang ditugaskan pada hari itu untuk basuh pinggan dan menghidang makanan. Tapi dressing kana smart la. Rambut kena ikat. Time ni lah dapat tengok anak-anak dara berhias cantik. Klaau kena cara mengorat, boleh buat bini.
Kadang-kadang band rock kampung dipanggil untuk membuat persembahan bagi menghiburkan tetamu-tetamu yang hadir. Seperti yang kita sedia tahu, kebanyakan kumpulan-kumpulan rock popular bermula dari membuat persembahan di kenduri-kenduri kahwin.



Kawasan Perkelahan- Air Terjun, Sungai dan Pantai

Kawasan-kawasan ni menjadi tumpuan kutu-kutu rock untuk bersantai melepaskan penat selepas seminggu bekerja. Lepas mandi, boleh lepak-lepak sambil main gitar. Di sini lah tempat yang terbaik untuk mencari ilham bagi mencipta lagu dan lirik lagu. Memang tangkap syahdu lah lepak kat sini. Mencurah-curah idea datang. Bagi kutu rock yang baru frust bercinta, kawasan ini memang sesuai untuk melepaskan tekanan dan mencipta impian yang baru.


Tak salah melepak ni. Kita boleh luahkan segala perasaan yang terbuku dalam hati pada kengkawan samaada perasaan kecewa dan suka. Dengan berkumpul beramai-ramailah pendapat dan buah fikiran masing-masing dapat dikongsi bersama. Dunia pun jadi luas, tak macam katak bawah tempurung.
Jiwa yang kacau boleh menjejaskan kesihatan dan menyebabkan seseorang itu bersikap murung. Kemurungan ni memang berbahaya… silap-silap boleh membunuh.
Jadi, brader-brader dan sisi-sis sekalian, marilah kita luangkan masa untuk bersantai. Eratkanlah perhubungan kita dengan sahabat-sahabat dan masyarakat sekitar. Jangan asyik terperap je depan komputer sampai lupa sembahyang… ROCK dalam SANTAI…!!

“… PORT LEPAK ANDA DI MANA...???”



gaya mat rock

37 comments:

terokai seni said...

kitorang lepak kat tandas aje time skuloh

Nesa Wazir said...

ah..mase skolah dulu slalu lepak kt kedai burger dpn stesen bas. bile bas lalu, lintang pukang kejar smbil bwk burger ngan milo ais bgkus=D

Spallan said...

bila naik bas, lepak belakang sekali...

acap said...

lepak kat tandas gak terbaik

Cromirama Elcy said...

Hehehhe... Lepak kat tandas....Sempoi.... Korang memang best...!!! caya sama lu... Lain-lain ??

mr.kordes said...

pakcik kordi lepak tepi sungai..chanteek!!!!!!rocker memang lepak pasaraya!!!kah kahg kah!!!yeah!

zulkbo said...

salam bro..
mengingatkan koi
zaman remaja 2o tahun dulu..

IDEAlogyc Admin:Al-Hadi said...

koi lepak tepi longkang kt padang je...

Afzainizam said...

"Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama" ....

begitu gak ngan mat rockes ni.... jangan lah pandang sinis pada kutu lepak rockers ni..... kangkadang fikiran dia lebih normal dari mata -mata yang sakit mata memandang diorang lepak...

aku sukaa lepak ngan rockers kat kedai burger sambil petik gitar bincang hal bisnes...

pandangan diaorang pun kira intelektual gak...

Ainisha ali said...

nice post :0

ZaridaIshak said...

lepak tu lepak lahh... jangan nak usik anak dara orang ke bini orang ke sudah... silap-silap benjol kat dahi... huhuhu

bofoyengfeng said...

hahaha...memang best la entri ni. terkenang zaman dulu.

MineMixs said...

Perghh..byk betui tmpt melepak ea..
haku ske tgk org lepak..
pastue join lepak..
maen sepak2 xdela.
sume geng.. :)

arizWanmerahs said...

Salam saudaraku,

artikel ini benar2 telah mengembalikan memori hidupku dimasa nan laluu... Lama dah, pelbagai port jadi tempat santai aku dan teman2ku bergantung pada masa yang sesuai.. Kini dah lanjut usia itu suma jadi kenangan silam.. Mekasih bro...

p[A]n[A]d[O]L said...

slalunya kat bustop.
den kalo naek bus, for sure pok yg blkg skali.
ihih

qellissa said...

i lepak kat umah je...tp klu nak abiskan duit, lepak kat shopping complex..leh jln2 beli barang....eeee...sukeeeerrrr....=)

¶A.K.I¶ said...

aku lepak depan tb! tdo.. aktiviti yg bes!!




































Zzzzzzzzzz.....

Melz said...

wakakaka aku ada 2 port yang aku lepak..


studio jamming ( tempat nie tiap2 sabtu ngan rabu )

lagi satu gerai burger.. alang2 dapat makan free burger :) tapi kena buat la ahahaha

Haffiz Al-Banna said...

bnyk tul tempat lepak..haha

Ayue Aishah said...

sgt best la entry kamoo... heheheh...

yeah.. love rock n battle of da band..
n suke tgok org jamming!
huhuhu..

skrang nasyid! wawawawa...
ayue follow blog nih.... hehehe

irwanmiswan said...

aku selalu lepak kat kdai beger...leh makan2.....hahaha...sambil tu pau org hahaha.....main karem...uno.....hik4

noorafzan.blogspot.com said...

best2..
abg saya dulupun bisnes burger..
ada je mat2 rock layan lagu kat gerai..
yang x bestnye awek2 takut lak nak gi beli burger pastuh.

scya lollita said...

ira lpak dpan pc je
hehehe

sugar2 kapas strawberry said...

sy suke rock depan surau ;)

Nand Nasyari said...

byk gile..kesimpulannye cm dorg lepak semua tmpt kot...~ :D

Amit said...

stesen bas!! haha

Nerzhul said...

saya lepak umah je..hahahaha

Syafiq Kadiran said...

wkkak....
byk tol tempat lepak...
bese lepak tepi longkang and kedai makn je...

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

ko memang rock ma salam dari gua

deaf-angel said...

those were the days eh..

memories sey

annaz.hamirzul said...

lepak depan balai polis wat bising la..
bru ROCK!! hahaha..:P

Hairi Hassan said...

lepak kat blog bleh kire x?

hehe~

Penyulawa (Kak Anim) said...

hahaha... gua suka entry ni... teringat waktu zaman rockers gua dulu... lepak kat Dorai depan Wilayah Kompleks. Mmg port baik punya untuk rockers zaman tu... sekali lepak buleh habis 3 bungkus nasik lemak mamak Ali tu. wooo... nostalgia betul la Jalan Dorai tu.

ASSOYFINGER67 said...

Salam..dulu..masa seolah aku kat kg lepak kat bas stand...masa tu zaman Rxs...bila budak2 rempit tu lalu buat bingit kitaorang balik dgn putik kelapa seblah bas stand tuu..masa tu ustaz akil..masih rockers lagi....apapun....rock sampai tua...sembahyang dari muda heheh...chaos...vrommmmm!

Anonymous said...

chitt!!!!!

bagos ah artikel lu bro!!!!!

terbaeeekkkkkkk!!!!!!

tapi.....bdk2 skrg x gini dh...dok melepak dpn PS, PC, TV.....
maen mesej xkire jam.
bgus la zaman2 kt dlu ek. huhuuuu

Anonymous said...

Dudok umah karaoke lg beeeeeeest.........!

Anonymous said...

Dudok kat umah kalaoke lg beeeeeeeeest........... Layan....