Wednesday, April 21, 2010

Awek - awek Rockers (Malaysia Female Rock Stars)

Jom kita layan info tentang awek-awek Rockers..

Boleh dikatakan semua rockers wanita mempunyai suara serak-serak basah..
Dan hampir semuanya bermula sebagai penyanyi @ pemuzik di kelab malam..
Walaupun hampir berumur.. tapi rockers - rockers wanita kita maintain cun!!

Mereka adalah...


Roxa
Nama sebenarnya Rosalwa Saleh. Asal Segamat, Johor. Selalu menjuarai Adu Bakat di sekitar KL dan JB


 
Y
 Awek Rock dari Singapura??



Shima

Ku Nazhatulshima Kamarazzaman @ Shima terkenal dengan lagu-lagu Rock Balada di sekitar awal 90an seperti Di Sebalik Sejuta Wajah, Teringin dan Setelah Aku Kau Miliki. Berasal dari Banting Selangor, Shima pernah menganggotai kumpulan Shima And The Boys sebelum menyanyi secara solo. Setakat ini Shima telah merakamkan 7 buah album solo. Selain menyanyi, Shima pernah menjadi model iklan dan pernah juga berlakon. Usia Shima kini menggapai 41 tahun tapi masih lagi cun.




Rozanna
Mempunyai satu album. Lagu best Rozanna adalah Nyata atau Khayalan dan Pelamin Mimpi. (foto: muzikrock.com)
 




Kumpulan Puteri
Kumpulan Rock wanita yang berasal dari Singapore

 


Abot
Ni orang Nogori Smilan ni. Narimah Mohamad nama sebenar dia. Abot merupakan isteri kepada Jack FTG. Lagu popular Abot, Camar dicipta oleh Abot sendiri ketika dia berusia 13 tahun. Usia Abot kini ialah 35 tahun



Ruhil Amani Hussein
Ruhil adalah antara penyanyi Rock wanita yang termuda sekitar tahun 90an. Pernah menganggotai kumpulan Metal Child. Penyanyi yang popular dengan lagu Kawan ini menetap di luar negara selepas berkahwin. (foto: muzikrock.com)




Tila 
Nama sebenar Fathilah Intan. Pernah popular dengan lagu Rela. Hingga sekarang lagu Rela sering diputarkan di stesen-stesen radio


Elia  
Lagu hits - Biar (foto: muzikrock.com)

 



Vokalis Last Minutes (duduk paling kanan)

Tak silap gua, nama vokalis kumpulan ini ialah Manisah Amat. Last Minutes juga mempunyai bassist wanita iaitu Syakila





Dilla Hussein

Nama sebenar Dilla ialah Fadila Bt Husin. Merupakan anak kepada pelakon veteran terkenal, Hussein Abu Hassan dan kakak kepada pelakon terkenal, Faizal Hussein. Pernah menganggotai kumpulan Sons Of Adam. Di Tabir Suria adalah lagu gempak yang pernah dinyanyikan Dilla. Selain menyanyi, Dilla juga merupakan seorang pelakon.
(foto: www.sinemamalaysia.com.my)



 

Yati @ Moshek
Nama sebenarnya ialah Haryati Mohamad. Berasal dari Batu Gajah dan kini berusia 41 tahun. Pernah menganggotai kumpulan Lord Justice dan selepas itu menjadi penyanyi solo. Lagu hits – Pesanan Tok Moyok. (foto: muzikrock.com)


 

Lyana
Lagu hits - Hangatnya Cinta




Idda 
Idda cuma ada 1 album sahaja dan lagu popularnya ialah Oasis Sahara. Idda juga adalah artis naungan Warnada Record.


 
Candy
Terdiri daripada 4 wanita yang berasal dari bumi Sarawak. Lagu popular Candy ialah Akan Ku Tunggu. Vokalis Candy, Patricia telah berkahwin dengan pemain gitar terkenal, Edrie Hashim.



Wohnen

Berimej ala-ala koboi dan membawakan konsep country dan western dalam lagu-lagunya. Lagu Madah Terakhir dan Gugur Sebelum Layu merupakan lagu hits kepada penyanyi yang bersuara amat serak ini. Wohnen adalah anak kepada M.Y Shamsuddin, penyanyi lagu-lagu asli. 





Sheeda
Siapa tak kenal Sheeda, penyanyi dangdut yang popular dengan lagu Angkat Kaki.. he..he..he.. Sheeda pernah menganggotai D’zai @ Desire, sebuah kumpulan Rock dari Kelantan.Hasil perkongsian hidup dengan Roslee pemain gitar Desire, maka lahirlah Bienda..



 

Sahara Yaacob
Ini dia Mama Rock kita yang sentiasa ‘hangat’ suatu ketika dulu. Pernah dipanggil Tina Turner Malaysia… mungkin kerana fesyen rambutnya yang amat kebaratan. Nama sebenar Sahara Yaacob ialah Zaharah Bt Mohd Yaacob. Kini berusia 53 tahun. Lagu terkenal Sahara Yaacob adalah
Tangisan Marhain.





Puteri Hamsiah 
Pernah menjadi vokalis jemputan kumpulan rock Hydra dalam album Pancakara di Cakrawala. Lagu hits – Ilusi Fenomena Cinta.



Haleeda
 Haleeda terkenal dengan lagu Setia Kasih dan Terkilan. Pernah berkahwin dengan pemain bolasepak terkenal, Azman Adnan.






Leez 
Cuma satu je lagu Leez yang hits hingga kini iaitu EL. Leez ni memang mantap dan happening dalam show.





Emma 
Pernah menganggotai kumpulan Revolusi. Mempunyai 1 album bersama Revolusi dan 2 album solo. Lagu hits - Dadah Durjana. (foto: muzikrock.com)


 
Suraya 
Nama penuhnya ialah Rozila Yeop dan berasal dari Kajang. Dulu bersekolah di SMK Engku Hussain, Semenyih dekat dengan tempat gua. Asalnya Suraya adalah seorang pelukis sambilan di Central Market dan melukis selama 3 tahun. Awek ni suka menyanyi lagu rock yang bernada tinggi. Suraya Cuma ada 1 album je dan album itu diterbitkan oleh Khalid Mobin (Rusty Blade)


 

Sherox
Malaysian Sherock adalah nama asal bagi Sherox yang diberikan oleh penganjur pertunjukan pentas, Lokman Joned. Band ini didatangkan dari Perak. Kumpulan Sherox pada asalnya terdiri daripada semua anggota wanita. Liey Handyblack menganggotai Sherox ketika rakaman album Awek Rockers. Antara lagu popular Sherox ialah Sentuhan Luka dan Biarpun Apa Terjadi.




Nike Ardilla

Digelar ratu Rock Indonesia. Lagu Ku Tak Akan Bersuara dendangannya famous sehingga di Malaysia, Brunei dan Singapore. Pemilik nama Raden Rara Nike Ratnadilla Kusnadi ini telah meninggal dunia pada umur 19 tahun di kala popularitinya sedang memuncak. Punca kematian adalah kemalangan kereta.







Nadia
Berasal dari Sabah dan popular dengan lagu Salam Untuk Kekasih





Wann
Wann adalah antara penyanyi yang terkenal hingga kini. Suaranya yang serak dan seakan meneran membuatkan lagu-lagunya diingati selalu. Antara lagu-lagu hits Wann ialah Lamunan Hati dan Aku Dalam Teka Teki. Dalam filem Pelumba Malam, Wann pernah berlakon sebagai penyanyi kelab malam dengan membawakan lagu Jawapan Yang Kelabu.




Tania 
Dulunya seorang model, pelakon dan penyanyi. Tania Cuma ada 1 album sahaja yang dikeluarkan oleh Happy Record. Tania juga merupakan salah seorang anak didik kepada Adnan Abu Hassan. Lagu popular Tania ialah Memulih Semangatku dan Terbuka Kamar Hati.



Ella
Yearghhh..ini dia ratu rock Malaysia yang masih cun dan glamer. Saja je gua letakkan info ni di list yang paling bawah. Gua rasa takde awek-awek rockers lain yang mantap dan bertahan dengan jiwa Rock macam Ella. Nama penuh Ella ialah Nor Zila Bt Hj Aminuddin. Kini berusia 44 tahun. Dulu Ella menganggotai The Boys semasa giat menyanyi di kelab malam. Banyak jugak album Ella ni. Salah satu album Ella dirakamkan penuh di USA. Antara lagu-lagu Ella yang masih popular ialah Sepi Sekuntum Mawar Merah, Pengemis Cinta, Gemilang dan Sembilu. Selain menyanyi Ella juga terlibat dalam lakonan. Antara filem yang dilakonkan Ella ketika zaman kegemilangan rock ialah Bayangan Maut dan Pemburu Bayang.



"Ha.... Cepat... Cepat Komen....Kasi Pecah Entri Awek2 Rockers..!!!"

91 comments:

terokai seni said...

rock jangan lupa semayangggg.. rock untuk hiburkan ati

muor76 said...

soalan dj radio melaka, oa (osman ali kalo tak silap) pade haleeda
'mak tak marah ke amek gambo camnih?'
jaleeda jawab... 'errr aaa errr.... tak..'

Syafiq Kadiran said...

fuh....
xpernah kenal kebanyakan dalam gambar ni...
tapi rambut banyak yg sepesen..

deaf-angel said...

again
a fantastic post

blog ko camgini... 10 tahun dari skarang pun orang akan google dan masuk sini untuk carik information..

gerek sey

Afzainizam said...

Aku Suka Ella, imej rock itu melayakkannya digelar 'Ratu Rock Malaysia'.Sekalipun 'rock' itu melambangkan muzik berat,

Bermula dengan menganggotai kumpulan The Boys, bergerak solo pada 1989. Ternyata, mmg rock habis apabila album solonya, Pengemis Kita yang menampilkan lagu Pengemis Cinta dan Permata Biru....

Antara lagu evergreen dinyanyi oleh Ella seperti Layar Impian, Permata Biru, Gemilang, Pengemis Cinta, Kesal, Sepi Sekuntum Mawar Merah, Cinta Selembut Sutera, Kasih dan Esok, Lusa Selamanya termasuk yang terbaru seperti Puisi Hamba dan Rama-Rama. best-best

tapi yang paling aku suka tentang ella ni yang patut di gelar ratu rock
REVOLUSI fesyen Ella sejak zaman The Boys sehingga kini selalu menjadi ikutan. Yang pasti, biar tampil ranggi, dia tetap kelihatan menawan.

aku suka sore Ella utk rock rancak
Shima utk ala ala ballad
Wohnen utk serak2 kering
dan Wann utk serak2 gersang...zaman2 tu, sume penyanyi pop pompan mostly mmg nyanyi style2 rock. lagu pon mcm rock, sore msti serak2sket.
sbb zaman tu mmg pengaruh rock kuat.

tapi bagi aku lagenda rock ialah nike adila

ramai lg penyanyi rock pompan dulu2... mcm sahara yaakob, ramziela, wohnen, abot, samirah(adik wann)
kalo skang ni...maybe ezlynn je kot ada rock sket2. tp nampaknya mesia masih ketandusan penyanyi rock wanita. takde pelapis pun

lagi satu yang aku hampir lupa dia ni pun rock yang aku gilai...nadia bestla... maybe sbb dia plg talented antara reramai tu, sbb dia byk cipta lagu sendiri, selain vokal rock dia yg agak kasar.
selain nadia, abot pon cipta lagu sndiri gaks

terlupa pasal pat kumpulan candy tu. akan ku tungggggguuuuuu... camtu lah agaknya bunyinya tu orang sarawak punya band...

ruhil dulu ada band gak...apa nama band dia tu...ruhil & ...child?
album ruhil dgn ambang klasik dlu pon pd aku ok... ada 2-3 lagu yg mmg bebetul rock.

Tu la psl.. tahun 80an , 90an belambak artis rock.. mcm cendawan tumbuh lepas hujan..
Skrg ni ada la artis reality show nk jadi rocker.. still tak jumpa lagi.. sekurang2nya tak jumpa rocker mcm ella..
tapi jumpa rocker mcm shima, nadia, wann pun jadi lah.. meriah la sikit.. ada persaingan mcm dulu2..
ni pun 10 tahun kebelakangan ni nama ella slalu bersaingan ngan rocker lelaki je..
mcm tak fair... tapi nk buat cemana.. takde rocker pompuan lagi.. saing ngan rocker lelaki pun jadi lah..

caya lah broooo... lu mmg rock mania.... aku suka entry ko ni.....
banyak yang aku baru belajar dari blog ko.... aku yang begitu naif dalam industri muzik.... tak tau ape-ape....

suka_haha said...

lawa kucing kat sebelah hehe...

Jo Qusary said...

Yep, wanita pon mampu gegarkan dunia rock... sgt minat Ella ngan Candy!

uncle said...

uncle minat ella dan ruhil.. rock jgn lupa sembayang..? aiiii hip hop..RNB... Jazz... Klasik...Orkestra...tak nak cakap suruh sembahyang jugak ker?? nampak sangat bila ada jenama rock semuanya pandangan negatif aduhh!!

mr.kordes said...

gua cr awek rocker sabtu nie!hehehe...

Nerzhul said...

awek rocker susah nak cari skang ni. awek indie ngan shuffle ramai la. hahaha.

bofoyengfeng said...

peeeewwwwwitttt... memang ada muka-muka yang hampir gua lupa..tapi bila baca entri lu ni..teringat balik kat awek-awek rockers ni yang dah pun jadi makcik-makcik rockers...hehehe...

Abu Aiman said...

Cayalah, sumber maklumat utk kaki2 rock! Dah terlupa pun sesetengah aweks2 rockcers neh...

zulkbo said...

salam..
wah benar2 rock blog nie
mengimbau zaman muda koi
20 tahun dulu..ruhil amani hussin
kegilaan koi remaja dulu..kabor dah
kawin mat saleh..terus hilang..

zW said...

Suka post ni.. ada hit button 'like' tak? ehhehe apa pun I Love ELLA 4ever....~~~ rock on \m/

ApekxHensem™ said...
This comment has been removed by the author.
ApekxHensem™ said...

waaa...rokerzz abis awek2 nih...hehehe

saye ade contest ni...mane tau menang dapat RM 100..xsusah pun just bg 10 sebab je guna tenet..hehehe join la..sebelom tarikh tuTop

ade contestt!

slamat mencuba!

Owner P.M.T.A said...

Bagus info ni awek rockers..hehe Kamezaim nak curi sikit2 info blh ye,.. hehe

Semua dijemput dtg untk melawat blog muzik kamezaim ye..

http://www.persadamuziktanahair.kamezaim.com/

Afzainizam said...

Salam ziarah salam muhibbah dari
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

Penyanyi yang mendapat jolokan Ratu Rock, Ella.

Selepas tiga dekad berkecimpung dalam dunia nyanyian, sehingga kini masih belum ada penyanyi yang mampu menggantikan tempatnya berbanding penyanyi genre muzik lain yang saban tahun ada saja penyanyi klon yang muncul. Bukan tidak ada yang cuba menandingi penyanyi ini, tetapi malangnya mereka hanya mampu bertahan sekejap saja. Ada yang baru muncul dengan sebuah album rock tetapi tiba-tiba senyap begitu saja. Sukar untuk kekal lama. Sebagai penyanyi wanita yang mempelopori muzik rock iaitu sekitar era penghujung tahun 90-an,nama penuh Norzila Aminuddin ini sendiri mengakui bahawa dia sendiri masih belum nampak siapakah yang layak untuk menggantikannya sebagai penyanyi rock wanita.

eeeemmm kemana agaknya pelapis penyanyi rock wanita ni ye.... merindui lagu Standing In The Eyes of The World best sangat

Penyulawa (Kak Anim) said...

salam...

2 thumbs up untuk blog lu ni beb. gua pun salah sorang awek rocker yg dah jadi makcik2... tak lama lagi gua jd nenek la pulak... tp gua salute usaha murni lu nih. Gua pun banyak yg dah lupa... Keep it up!

Cromirama Elcy said...

hallamak... penyu lawa...wa tabik akhirnya lu lawat gak blog rockers ni... caya sama lu!!!!!
kepada kalian juga... trimakasey...
wa caya lu smua...!! hidup ROCK!!!

rizal jabai said...

ella dihatiku..makin tua makin cun...yeahhh

soffya cik bulan said...

olorr...ini entry yg ditunggu2..
lama dah mancari2...thnks en rockers.hehh...


nk baut preview ttg ella lah...sbb minat terlajak (gara2 emak minat rock.pnh ms kecik mak nak pnggil saya ella, dan adik shima.haha)

noorafzan.blogspot.com said...

mengimbau kenangan beb..

Jenonymous said...

Dah agak dah mesti ella last sekali. ingat x tadi hehe. Ella the best!

nich said...

hahahaa ramai tak kenal la..
hehehee tibe2 ase syukur sebab lahir zaman skang.. ehehehhe

TeRRoRRiZZ said...

nadia dan shima!!!!!!!!!!!!1
terbaik.........
lagu diorang wajib mase karok!!!!!!!!!!

Unknown said...

wow mmg mengimbau kngn lama

2R said...

hehe..br kenal rockers wanita yg dolu3 dlm byk3 pic tu kenal baper kerat sgt je..ella, nike ardilla shima wann zman hehe nice info

Sesopie said...

Kenal ella je kot..Hhehehe

eLQirani BizZ said...

huiiyyo, rockers tegar..
=)

elya said...

rockers, oh rockers, rmbut sama, gerak tari nya, posing nya.. =)

MiJiE BLoG said...

wa..bgs nye entry nie..dpt jgk informtiion yg ttg artis rock ppuan nie..aku suka..skrg pun tgh layan lgu diaorang..lagu shima-teringin bez..nike adila bez..ella..sume bez kan..:)

Dee said...

ramainya aweks..ROCKsss :)

Penyapu said...

Roccck ~

Zikri Husaini said...

the legend... one..

Aidi-Safuan said...

abot pon rockers jugak?

mazru said...

Ella ttp unggul...huhuhu

yg len2 tu semua da jd bini org kot,duk umoh jg anok...

hehehehe =)

iidyll iceness said...

huhuhu
start bc entri ini,ttgu2 mn la cite psl ella nie..
tp bc gak satu2..
akhirnyer di penghujungnyer..
xsgka rmi gak artis rock wanita..
brtau..
ngee~~

MofizPutra.com said...

wah baguslah info nih nice2

Afzainizam said...

Salam ziarah salam muhibbah dari
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

ko gi tak double trouble ni.... aku tak dapat gi lah.... tak dapat tiket lah... hampeh tul lah

Nizam Awang Brahim said...

Lame koi tak dengor name Wohnen ter wei...

Cromirama Elcy said...

ha..ha... wa tak dapat pegi la bro... ade kenduri keluarga... tapi rock tetap rock!!!!

Ayue Aishah said...

hebat la! blog ni mmg sgt byk info psl pockers2 nih.. smpai bile2 pon org akn google utk dptkn info cmnih..
hehehehe.. btw, ayue lahir hujung 80'an. kenal la ckit2.. the most popular bg kitorg mestilah ella.. maintain smpai skarang.. huhuhu

Kniedaz said...

kdg2 layan gak lagu rock ni..rock lama2 best!

Ezad said...

h0h.. ramainye awek2 r0ck upenye ek...yg ak kenal xramai.. cam yg aku dpt tau kat sini... nway keep on r0ck'in baby.....

enyheartsdiamond said...

kenapa nama i takde? :p haha

Anonymous said...

siyes la..
na tau..
ella tuh bile la nak kawen..
hehehe~~
lalalal~

wokuuuuuuuuu~

p/s: perkataan diatas versi adi wardah umur 6 thn..=rocktuuu~hehes

mizzura said...

gua layan semua..tapi paling layan ella, walaupun manja tetap ROCKKKKKK!..did u smellllll what the rock is cooking..hehe..

WieyaRaudzi ♡ said...

Salam..

waa..mmg peminat setia rock niey..
tapi tabik kat awk sebab kenali semua artis tue..

C++ said...

Bhai...

Ader satu lu miss la... hahaha... Ramlah Ram... hahahahaha....

Adios... hahaha

akuzle ayu said...

mmg komen n3 neh dh pecah, bro...eheheeh

ramei juger rockers kt msia/asia neh yea? kiter dok ingat ella, shima, abot n wohnen ajer....

Rocker Lama said...

Check out Norrye dengan lagu nya Aku adalah Aku di Youtube.

Anonymous said...

kalau pasal rock wanita nie....sia rasa ella, shima dan nadia tiada tandingannya...suara paling mantap sia rasa Nadiala..pasal suaranya memang ROck....!!!!

Anonymous said...

http://shima-the-best-singer.blogspot.com

Anonymous said...

this is my personal opinion... yg betul2 layak bergelar ikon cuma Ella, Shima & Wohnen...

Ella kerana dia lah wanita mempelopori muzik rock...

shima mutu vokalnya yg sangat mantap.... satu2 nya rocker yg tercalon & menang dalam AIM bagi kategori vokal terbaik...

wohnen kerana imej & suara rocker sejati...

yg lain2 ok... tapi byk yg bukan rockers in heart...

EKHSAN ERWAN said...

ella pernah berduet dgan slash gun n roses ow!!!1

Anonymous said...

sape kata rockers2 wanita ni semua dok rumah jaga anak jer? ada yg dh berjaya cth mcm bassist sherox tu ada kuar dlm galaksi katanya dh jd pensyarah....memang tabik spring la...

Shani Ahmad said...

Aku minat Abot waktu itu. Suara dia unik macam vokalis band The Cranberries.
ABOT = Alternatif Buat Orang Timur.

roy nilaiNS said...

wa pun smmgnya peminat muzik rock sejak awal kemunculan Search disusuli dgn Battle Of The Bands,Juara-juara Rock dan Clash Of The Bands.Sejak dr itu bermulalah penaklukan genre muzik rock di merata stesen2 radio.Menyebut tentang rockers wanita waktu itu smmgnya Ella merupakan yg paling awal membuat kemunculan setelah bakatnya dihidu oleh Lord The Boys.Bagi saya Ella smmgnya layak digelar DIVA ROCK yg tiada galang gantinya.Ella juga terlalu bnyk kejayaan lain yg tdk mampu digapai org lain..antaranya kejayaan album ELLA USA,kejayaan terpilih utk menyanyikan lagu Standing In The Eyes,kejayaan dlm dunia lakonan(Pemburu Bayang,Bayangan Maut dan Hanya Kawan)..Ella juga merupakan businesswoman yg sukses..salah satu syarikatnya ialah Ombak Warna.Akhirkata Ella adalah seorang yg berwawasan dan tdk pernah jemu mencari kejayaan..mgkn tak lama lagi dpt datuk kot.....

tungkaran hati said...

tahniah diatas paparan yang menarik! -like-

Unknown said...

bro.. tq sbb info lu sgt2 gua cari. gua yakin blog anda akan jd sumber rujukan.

Unknown said...

Salam. .bro tlg aku cari lagu lirik dia (kiniku sendirian tiada berteman nantikan kepulangan dirimu oh sayang...cosrus..pemergianmu membuka mata sesalan yg tak terhingga ku panjatkan doa pada yg esa tuhan ku dengarlah)Dah lma aku cari lagu ni penyanyi rock wanita dlm tahun 90an pls sape yg tau

Revolusi Muzik Rock said...

masih power lg sore sis Rahimah Sukor @ sis Emma x band REVOLUSI berduet gan br0 Mus MAY

Anonymous said...

Grup/solo awek yg lain yg mayor,murni (sgpore); inka christie & poppy mercury (ke2-2 indon); kump freedom,seha (msia). Y mmg berasal dr sgpore. Kaset tahun 1991 wa msh ade beb,di persimpangan abadi...

Anonymous said...

Mata tetido,abis ter-delete 1 line! Geram! SAMBUNG - Grup/solo yg lain yg tak dinyatakn di atas: kump yezz,shakilla (sgpore); kump les mayor,murni (sgpore); ..............sambung di atas.

Anonymous said...

tantri kotak

Anonymous said...

nicky astria

agnes monica

ratu

tantri kotak

Unknown said...

Haram dengar nyayian perempuan,sebab mendatangkan nafsu,fitnah dll..

Anonymous said...

still love nike ardilla lah pasti
best giler sangettt
cantik
bersahaja
dimanapun tak ade lah pnyanyi macem dia.

Anonymous said...

minat dgn leez..ade sape tau profile leez

Anonymous said...

ada tak info pasal ZAITON yg pernah jadi vocalist untuk Sweet Charity 88?

Anonymous said...

Pun ade penyanyi Eisya yg popular dgn lagu Nurani.......

Unknown said...

Ella mmg cun,pehh...dulu bgetah..

Unknown said...

Ella klau mseh muda,pehh...begetah
Btw,vocalis candy auntie kwn aq...

Unknown said...

Elle nape lh canteq tp dh brumut..cyg kan

Abg Zuls said...

Ade 1 lagu rock wanita yg aku cari sampai skrg x jumpe..xtau tajuk n sape nyanyi... lagu die ni femes sllu ade main kt radio...puas aku chek semua lagu2 yg dinyanyikan oleh ella..ruhil...aida agil.. nike ardilla... rima rashidi...shima..tp semua bkn.. mgkin dr senarai penyanyi diatas tu mgkin salah 1 penyanyi die..TQ

Unknown said...

Royce Saayan
Album - Altenatif 1996 - Hari Hari
Album - Yang Lazat 2006 - 2xcinta
Single - Blues Wanita Penggoda
Single - Cinta Kelangit 2012
Single - Sembrani
www.roycesaayan.com
atau google - Royce Sa'ayan

Fiezie Razak said...

Info yg bagus bagi peminat irama rock 80an - 90an..

Unknown said...

Nike ardila,nicky astria,poppy mercury,inka cristy

Rice To Wednesday said...

Aku cuma nk tahu kemana mnghilang nya Rocker Leez jer...dua album(kaset) spai skang msh ada dlm simpanan aku dan aku pun dh lupe nama penuh dia.showmanship Leez mmg best

rampaisari prosa warisan said...

Leh g tau detail tania x, masa video lagu memulih semangatku yg slalu di siarkan waktu petang tahun 1992 dulu eseh skolah memengah, sampai skang x de stesen yg putarkan lagu eh

Unknown said...

Betul Tu. Skrg dah tahun 2018 pun. Hahaha

Pinnacle Outdoor & Travel said...

Serius der... dah 2019 ni...

Anonymous said...

Wohnen tarak..

Roy Fido said...

Sorg lg rasanya Ramziela

Anonymous said...

Kalau perempuan dengar nyanyian lelaki pun boleh mendatangkan nafsu jugak

Unknown said...

aida agil pon best bro

LastNumber999 said...

2021 sudah... jalan2 kat youtube nak cari lagu wanita rock malaysia memang susah, jumpa lak kat sini, info yg aku nak... org muda nak mengenal camni lah haha...|

semoga malaysia selamat dan sembuh dari convid19, aminnn...

kizane cooderz said...

2021 plak dah

mmizziey said...

skrg dah tahun 2021...ambe masih mengoogle...hihihiiii

mmizziey said...

ambe plok minat ella,ruhil,leez & nike adilla.....👍🤘