Thursday, November 11, 2010

Shamrin Fotograf Meninggal Dunia (Shamrin Fotograf Dies)




Al - Fatihah..


Ketika entri ini ditulis, Shamrin Fotograf atau nama sebenarnya Shamrin Abdul Samad, 43, baru saja menghembuskan nafas terakhirnya semalam (11 November 2010) pada jam 6.40 petang

Arwah dilaporkan jatuh rebah ketika bermain bola sepak di padang bola Kelab Sultan Sulaiman, kawasan Kampung Baru, Kuala Lumpur. Beliau disahkan meninggal dunia di Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru.

Arwah yang merupakan vokalis kumpulan rock terkenal, Fotograf telah berjinak-jinak dengan dunia muzik komersial bersama Fotograf seawal tahun 1987.
Fotograf dianggotai Ringgo (Drum), Amran (Gitar Bass), Abol (Gitar Utama) dan Shamrin (Vokal)
Arwah bersama anggota Fotograf pernah terkenal dengan lagu 'Di Alam Fana Cinta, Luka Seribu Rindu, Korban Cinta dan Nafas Kekasih'.
Lagu Di Alam Fana Cintamu (duet bersama Sharifah Aini) pernah memenangi lagu terbaik kategori Rock di Juara Lagu 1992 dan juga anugerah khas Muzik-Muzik.

Arwah Shamrin yang juga pemegang Sarjana Muda Kejuruteraan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) mempunyai kebolehan mencipta lagu.
Arwahyarham meninggalkan seorang balu yang sedang sarat mengandung ketika ini bersama 2 orang anak iaitu Akmal Danish (5 tahun), Akmal Shamim (setahun setengah) dan juga Siti Najwa (17 tahun) hasil perkahwinan pertama.

Al-fatihah buat arwah Shamrin..

13 comments:

Nerzhul said...

al-fatihah. takziah kepada keluarga arwah.

Kerajaan Rock said...

iramanya masih lagi menggetar..

deaf-angel said...

lama tak updat beb. welcome back.

Jenonymous said...

al-fatihah.

Nizam Awang Brahim said...

Al-Fatihah.

cLina BeLedZa said...

al fatehah...

oranglidi said...

takziahh buat skeluarga arwah shamrin..

lagu2 nya akan menjadi ingatan sepanjang zaman..

beliau adlh antara rocker yang hebat..

Muhammad Husnun Nashar said...

Al-Fatihah kepada beliau...
Lagu-lagu beliau akan selalu dikenang...

cerpelai said...

Al Fatihah..

broken_nigina said...

memang terkejut dan sedih masa dengar berita pemergian shamrin.al-fatihah.

Anonymous said...

Al-fatehah.

Aisdol said...

Ktk hidup lagu2nya menghiburkanku
Ktk mati hanya alfatih mampu kusedekahkan buat beliau. Semoga beliau bersama org2 yg soleh

sillysally said...

Alfatihah buat semua muslimin muslimat yg telah pergi...semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan roh2 mereka yg beriman Dan beramal soleh...amin