Wednesday, November 24, 2010

Gitaris Rock Terhebat Malaysia



Klik untuk mengetahui pemain bass terbaik era rock hingga kini


Kembali berkhidmat untuk Rockers. Kali ni kita sembang pasal gitaris-gitaris Rock yang terhebat di Malaysia. Semua yang gua senaraikan adalah melalui pengamatan gua. Komen dan pembetulan amatlah dialu-alukan.
Antara yang hebat...





rosli mohalim
Rosli Mohalim
Otai ni. Umur beliau pun dah 56 tahun. Berasal dari Singapore, beliau merupakan pemain gitar popular kumpulan rock Sweet Charity. Kini beliau menjadi pemuzik bebas dan juga sessionist bagi album artis-artis di studio Singapore mahupun di KL. Rosli Mohalim juga pernah dinobatkan antara gitaris terbaik di dunia era 80an.




lan gamma
Lan Hashim
Dikenali juga dengan panggilan Lan Gamma dan Lan Ambong. Pernah bersama dengan kumpulan rock Urgent dalam album Wajah Mistikal (1988) dan kemudian menyertai Gamma dalam album Suara Pasrah (1989).
.




man kidal
Abdul Rahman B. Mahmood 

Glamer dengan nama Man Kidal kerana cekap bermain dengan tangan kiri. Man Kidal mula bermain gitar pada umurnya 10 tahun. Sekarang umur beliau 47 tahun. Memang otai. Kerana itu beliau menjadi rujukan bagi kebanyakan gitaris junior atas sebab pengalaman, feel dan komitmen yang beliau miliki. Seperti umum ketahui, anak kelahiran Johor ini pernah menyertai kumpulan Search suatu ketika dahulu sebelum menjadi gitaris utama kumpulan Lefthanded. Foto credit to shw.minaq.jinggo.fotopages.





samad lefthanded
Abdul Samad Mian
Pasti ramai masih ingat lagi akan pemergian arwah Samad Lefthanded ke rahmatullah pada tahun 2008. Arwah yang berasal dari Johor merupakan gitaris kedua kumpulan rock Lefthanded dan pernah bersama kumpulan itu sejak dari awal penubuhannya iaitu pada tahun 1985 lagi. Arwah pernah menghasilkan album solo yang berjudul “Kenangan Bersamamu” pada tahun 1994.





kiya vagrant
Kiya Vagrant
 Berasal dari bumi kenyalang, Sarawak. Sebelum menyertai Vagrant, Kiya menganggotai band Heavy Duty yang boleh dikatakan terkenal di sana. Pernah juga menganggotai kumpulan Keno dengan nama Yaki. Mempunyai permainan gitar yang cukup power. Foto credit to jasmihusni.blogspot.com






hamdan bloodshed
Hamdan Bloodshed
Hamdan Bloodshed ataupun nama lainnya Hamdan Reko adalah antara gitaris yang hebat sekitar zaman Battle Of The Band. Beliau pernah memenangi gitaris terbaik dalam Battle Of The Band pada tahun 1985. Semasa gitaris lain pada zaman itu masih tercari-cari identiti dan terikut-ikut stail Steve Murray, Malmsteen dan Akira Takasaki, Hamdan sudah ada identitinya yang tersendiri. Beliau memiliki gorengan gitar yang bervariasi dan permainan gitar yang terbaik gua rasa dari segi riff dan solo. Try dengar lagu ‘Manusia & Janji’ dan ‘Ilusi Sebuah Mimpi’, rasakan feel dari solo beliau..






opie bloodshed
Saufi Ghazalie
Nama glamernya Opie Bloodshed. Opie ni anak didik kepada Hamdan semasa beliau (Opie) bersama band Scandals. Beliau jugalah yang menggantikan tempat Hamdan dalam Bloodshed.
Seorang pemain gitar yang amat kreatif dan bagus dari segi arranggement. Selamilah ‘power’ nya beliau dalam album Bloodshed – SAMARKAND (1987)





hillary ang
Hillary Ang
Hillary, seorang pemain gitar terkemuka negara, merupakan pengasas dan anggota asal bagi kumpulan rock terkenal Seacrh. Kehebatan beliau tidak dapat dipertikaikan lagi. Ramai artis-artis popular yang menggunakan khidmat beliau sebagai sessionist dalam rakaman album seperti Hattan, Ella juga Amuk. Gitaris-gitaris baru menjadikan Hillary sebagai idola dan rujukan dalam mencipta corak permainan gitar yang mantap. Anak kelahiran Johor ini juga mempunyai album solonya sendiri iaitu “Rock Dalam Dilema (1990)” dan “ZZ (1994)”. foto credit to
rizmum.blogspot.com





joe wings
Abdul Zamin B. Abd Kadir 
Gitaris yang terkenal dengan panggilan Joe Wings ini pernah menganggotai kumpulan rock Scandals. Orang Johor juga. Umur beliau sekarang ni 41 tahun. Hensem lagi. Beliau menyertai kumpulan Wings menggantikan Sham sebagai gitaris utama bermula dari album Hukum Karma (1988). Foto credit to http://www.bruneiphotojournalism.com/






zulkif
Zulkifli Kassim @ Zulkif
Pernah menjadi gitaris Meet Group dan Headwind. Kini berusia 52 tahun. Album solo beliau – Misteri Api, Air dan Angin (1990). Foto credit to
http://www.muzikrock.com/






kid search
Kid & Din 
Dua beradik ni memang terkenal. Kehebatan mereka tak boleh disangkal lagi. Berasal dari Johor, kedua-duanya merupakan gitaris terhebat yang bersama-sama menaikkan nama Search sehingga Search menjadi kumpulan rock paling terkenal di Malaysia.
Nordin B. Mohd Taib (Din) adalah pemain gitar kedua Search manakala adiknya Kid (Hamzah B. Mohd Taib) pula pernah menjadi gitaris bagi kumpulan rock Gersang. Kid menggantikan tempat Hillary dalam Search sebagai gitaris utama. Tak silap gua time ni berlakunya perbalahan antara Search dengan syarikat Polygram.
Bassist kumpulan Kris iaitu Musa merupakan saudara kandung mereka. Dari segi permainan, Kid lebih mantap ke arah solo manakala Din memiliki Rhythm yang terbaik







kid search
Kid
din search
Din





umarul iklim
Umarul Mahdzar Embong
Umarul Iklim. Selain bermain gitar elektrik dan akustik dalam kumpulan Iklim, beliau juga amat berbakat dalam mencipta lagu. Lagu-lagu Iklim, Gerhana Cinta Luka dan Blues Terengganu Kita adalah ciptaan beliau.







shahrul ekamatra
Shahrulhadi Bin SallehudinBerasal dari Batu Pahat, Shahrul pernah membarisi kumpulan rock Eka dan Ekamatra bersama adiknya, Nurul. Seawal 17 tahun beliau sudah boleh membuat solo lagu-lagu balada lentok Ekamatra. Foto credit to bro Nordin Othman






karl cromok
Khairul Anuar Shariff
Karl Cromok. Gitaris band thrash metal terunggul Malaysia, Cromok. Foto credit to bro Karl cromok.






zainal rampa
Zainal RampaBeliau individu yang bertanggungjawab menubuhkan Search. Sekarang beliau kurang aktif atas sebab kesihatan yang tidak mengizinkan. Foto credit to Ende







boy kris
Mukhlis
Juga dikenali dengan panggiilan Boy. Gitaris utama kumpulan Kris. Foto credit to Ende







joe burnmark
Zulkifle Abdullah
Sebut pasal pemain gitar terhebat, nama Joe Burnmark atau Joe Jasad Liar memang wajib ada dalam senarai.. kalau tak nanti otai-otai bengang. Hehehe.. Joe terkenal bersama Burnmark sekitar tahun berlangsungnya Juara-juara Rock. Berasal dari Johor jugak ni. Beliau seorang yang sempoi dan cool juga memiliki identiti dan skill yang tersendiri dalam permainan gitar. Album ‘Joe Jasad Liar (1991)’ menaikkan nama Joe sebagai gitaris pertama yang membuat rakaman album secara solo dengan instrumen gitar. Joe juga adalah komposer, penerbit album dan menjadi sessionis bagi artis lain. Foto credit to
Ende







awang bpr
Norzaini MohdIni la dia Awang BPR, gitaris kumpulan Bumiputra Rockers. Beliau lebih terkenal sebagai komposer dan penerbit album. Lagu-lagu ciptaan beliau telah banyak dipertandingkan di Anugerah Muzik-Muzik.





sham left right
Hisham Mahdin
Tak ramai yang kenal gitaris ni. Nama glamernya Sham Left Right / Sham Kiri Kanan dan G-Man. Beliau antara gitaris yang boleh bermain dua gitar dengan kedua belah tangan dalam satu masa. Tu pasal orang panggil dia Sham Left Right.
Gitaris ni juga berasal dari Johor. Korang perasan ke dari tadi ramai gitaris yang asal dari Johor. Jari gua pun dah kebas taip perkataan Johor ni..ekekekek.. Cayalah orang2 Johor.. lu orang rock..






ija medicine
Rohaizar Ramli
Ija – gitaris utama kumpulan Medicine. Asal Negeri Sembilan. foto credit to
http://www.rockapak.org/






razli desire
Razli Hussain
Gitaris kumpulan rock Desire dari Kelantan. foto dr lie desire






aziz febians
Aziz Febians
Pernah juga menumpaskan gitaris-gitaris lain dalam Juara-juara Rock 80an.






abu may
Abu 
Gitaris kumpulan May. foto credit to kumpulanmay.webs.com





hassan babylon
Hassan Babylon 
Cari maut sapa tiru style dia. Klik untuk membaca Perjalanan Babylon
  foto credit to bro Hassan






izo xpdcIzo XPDC 
Gitaris XPDC yang masih bertahan sehingga kini. Juga pernah menganggotai Tragedy.

  


sham kamikaze
Shamril Bin Mohd Salleh
Sham Kamikaze juga selalu menjadi sessionis untuk artis-artis popular seperti Siti Nurhaliza dan Amy Mastura. Bukan setakat gitar je, malah Sham juga terror bermain keyboard, bass dan dram. Start belajar muzik sejak usia 5 tahun dan pernah menjadi tenaga pengajar di Guitar Institute of Malaysia. foto credit to
eykatikie.blogspot.com




edrie hashim
Edrie Hashim
Gua rasa rata-rata rakyat Malaysia mengenali gitaris ni. Mana tak nya, asal ada konsert Jom Heboh je mesti ada muka brader ni sebab dialah pengarah muzik dalam konsert Jom Heboh tv3. Bekas gitaris kumpulan Chapters ini juga terkenal sebagai sessionis, penerbit album dan pencipta lagu.Selain pernah menerbitkan beberapa album Search, beliau juga berbakat mencipta lagu. Antara lagu ciptaan beliau ialah Akan Ku Tunggu-Candy dan Ampunkan Aku-DefGabC.






gitaris metalasia
Ritz & King Shah
Dua orang gitaris hebat metalasia ini membawakan lagu-lagu yang setanding dengan kumpulan heavy metal barat. Bukan sahaja cekap di studio malahan secara live.





harry khalifah
Harry
Merupakan gitaris utama bagi kumpulan rock Khalifah. Sebelum itu bersama dengan Jinbara. Dahsyat gak brader ni. Dia punya solo, perghhh.. buat gua jadi angau dengan lagu-lagu Khalifah.







Abu Bakar Bonsol
Ni brader gua ni. Asal dari Sarawak. Juga merupakan pemain gitar terbaik yang ada di sekitar daerahnya dahulu. Pada zaman kehangatan rock beliau tidak ketinggalan join pertandingan-pertandingan antara band dan juga mengadakan persembahan-persembahan di acara keramaian. Jangan marah haaa bro..







Kordes
Ni pun boleh tahan dia punya skill. Fingering dia gempak. Ada pengaruh Kid Search lagi..hehehe.. Nama glamer dia Kordes @ Pakcik Kordi. Beliau antara pelawat setia blog ni selain rakan-rakan beliau yang rock. Wa caya sama lu Kordes..!






Hairey Yahaya @ Papa Hero
Brader ni juga sessionis dulu. Gua respek dia sebab pernah tunaikan request gua tentang entri dia di zaman rock. Gambar ni gua culik dari blog dia gak..hehehe.. Terjah beliau di
SINI





Jom usha bassist rock terbaik!!
 

48 comments:

Nerzhul said...

fuhh memang rare..jarang dengar kisah diornag ni...kordi pun ada ka...kahkahkah!!!

bayu timur said...

memang rare abiss....gua penah dgr kordi bt live konsert ngan man kidal kt singapore,khas tuk jenn jenab..kuikuikui

al-sebahui said...

Wow..Mereka ni aku minat semua.
Masing-masing punyai TEKNIK sendiri.

Papa Hero said...

Gitaris2 malaysia bg aku sebenarnya lebih handal dari gitaris barat sbb mereka semua mempunyai tone dan melodi kemelyuan, that means banyak menggunakan pentatonic dan harmonic minor....gitaris barat banyak blues dan funky yg telah diubahsuai...best tu best tp tak ori...

dalam ramai2 gambar gitaris, gua paling minat Zainal Rampa dgn Rosli Mohalim....Rakan seperjuangan Rosli Mohalim bernama Fadil@ Yop pun hebat..studio beliau terletak di danau kota setapak ( DOUBLE NECK STUDIO )

P/S :
adesss...tgh khusyuk layan tetiber plak ada gambar gua...he he he ...thx bro....

pakcik kordi said...

wow!tq beb!gua pun ada sekali!

tq cromirama!gua tak layak sebaris dengan diorg ni..malu gua tau...hahaha...

ape2 pun,terima kasih yek!

rock terus rock!

Jejaka Desa said...

Lame tak dengor cerite2 otai ni weh...

deaf-angel said...

lama tunggu ko update benda2 gini.
very informatif

Afzainizam said...

♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kami DAtang Ziarah Blog Anda
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫

woooo kordi pun ade gak tuuuu....

yupppp gitaris malaya apa kurangnya kehebatannya tak dapat disangkal gakkkkk.... hebat bro....

aku minat semua bro.... minat sesangat..Salah seorang gitaris yang dianggap terbaik yang pernah dilahirkan di negara ini
iaitu Man Kidal selain itu arwah samad banyak lagi beb... best aku suka baca nya

cLinaku said...

best!

Afzainizam said...

♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kami DAtang Ziarah Blog Anda
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫

mmg rare gitaris tuuuu.... best sesangat lahhhh

qellissa said...

dalam ramai2 tu saya minat edrie ler..coz yg tu je yg saya kenal..hahaha..

Afzainizam said...

♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Salam Maal Hijrah" 1432H/2010M.
MEMANTAP UKHUWAH, MEMPEKASA UMMAH.
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
Bentangkan ku permaidani
Dari baldu berwarna putih
Moga tak ku terasakan
Cubaan yang ku galas ini
Kepada Mu titianku
Hijrahkanlah diri ini

Abu Luqman said...

salam ziarah ..bro lama hilang ye

zulkbo said...

salam..
kajian dan study
yang menarik..popaleh
bro kordes kita pun
ande yak..he he

gayour said...

dulu tahun 80an, semua nak jadi gitar hero!
inilah antara gitar hero kita. wohoooo!

Afzainizam said...

Welcome..Happy..New..Year
╔══╦══╗╔╦╗  
╚═╗║╔╗║║║║ 
╔═╝║║║║║║║ 
║╔═╣║║║║║║    
║╚═╣╚╝║║║║    
╚══╩══╝╚╩╝
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selamat Tahun Baru Dengan Azam Baru
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Selamat Maju Jaya... Di harapkan Tahun ini adalah terbaik dari sebelumnya...

Bulatkan tekad mencapai impian ... Bukan sekadar manis dimulut.. Bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam

Naz said...

pokcik kordi pun tersenarai!!! hebat beb!!!

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selamat Tahun Baru Dengan Azam Baru
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara
Salam Sebuah persahabatan....
Terima kasih atas kembara ziarah maya”

Halamak sebenarnya lama sangat lahhh tak ziarah kat sini.... banyak sangat yang tertinggal lahhh...

adoiiii maaf sorry ampun yerrrr

aku harap lepas ni dapat merapatkan kembali jalinan blog kita...

Black Hell said...

Gua bangga sebab bapa kesayangan gua iaitu Aziz Febians pun tersenarai kat sini! tQ CROMIRAMA!

Cekodok said...

perghhh.. semua otai2 ni...

Anonymous said...

ada lagi bro..gitaris bernama Jaya Sapetar..

Anonymous said...

wan ahmad - sweet charity
lord - ella & the boys
khalid mobin - rusty blade
mat nor hendrix - rusty blade
zam & fancy - sofea
harun - bumiputa rockers
shah - slam
along - exist
kombat - the pilgrims
jemboo - def gab c
jac - FTG
max hafiz - ACAB
ARU - koffin kanser


...sepatutnye ade dlm list

Anonymous said...

aku tmbh siket lagi..

rithan-deja voodoo spells
duan- seven collar t shirt..(handal gler mamat ni... aku da tgk da... beliau juge merupekn seorang guru guitar at guitar collection..)
rody-kristal
hanafi-spider
taja-meet uncle hussein
ag coco-hujan (mamat ni session jgk)
bon-real xpdc
nan-guitarist mnasir

bnyyk lg laaa

Anonymous said...

ade lg 2 hero yg aku lupa...

arwah m.sharif - the zurah
julian mokhtar - blues gang

nan tu ade band gk, saturnine namenya,1 album je klu x slh aku

ade lg x?...add2...

Anonymous said...

klu gua ada tiga saje yg terbaik 1.man kidal 2.hillary ang 3.julian mokhtar

Anonymous said...

aku plih top 10 as follows :-

1. karl cromok
2. rosli mohalim
3. julian mokhtar
4. wan ahmad
5. hillary ang
6. samad lefthanded
7. man kidal
8. khalid mobin
9. nordin taib
10. shahrul ekamatra

Anonymous said...

profile Shahrul Ekamatra takde pun..
mungkin dia telah dilupakan tapi pada penggemar petikan solo era 80'an pasti sentiasa merindui petikan² yang bisa menusuk kalbu jiwa remaja satu masa dulu...

mamat said...

fancy sofea mane...??? shahrul ekamatra....??? tapi harry khalifah mmg best.. dlu slalu dtg kmpung aku wat joget lambak... die pon pnh aja aku arpeggios.. dan bagi aku gitar sbijik... tp,gtar tu dah patah.. aku ank murid satu mase dulu..

steadycool said...

Menggamit kenangan silam gua dahulu...
zaman 80 an dan awal 90 an....
Rock terus rock...

steadycool said...

Menggamit kenangan silam gua dahulu...
zaman 80 an dan awal 90 an....
Rock terus rock...

eirk said...

gua salute all members here. jiwa kreatif pencetus bakat2 terhandal. UAI pun main gitar. cayalah org kita.

Lan said...

Tak sangka ado lak namo dalam ni- Sayo baru yo abis buwek album solo- Lan Gamma and The Supermen- Semuo lagu ado dalam theambong (You tube)

Guest Artist:
Bass - Madi Masa Scarecrow
Drum - Black Wings / Daus Lela

Guitar - Lan Hassim
Piano / Keyboard - Lan Hassim
Vocal - Lan Hassim

Anonymous said...

bro...ade x tab as sahar...mitak tolom sgt nim...

Terbakor said...

beb terbaik la entry ni.. tak sia2 aku klik baca tanpa skip pun.. aku suka tgk rosli mohalim main. terbaik xD

Anonymous said...

trbaik bro,dsnilh kta lbih mgenali gitaris2 tanahair kta..i like it!

Anonymous said...

slash bro??

esz jujut said...

Terbaik lah broo...ikutan gtaris mlaysia kite khatamkan dlu..rockkkkk!!

Anonymous said...

Bro ada tertinggal sorang lagi bro, cuba search kat FB nama dia Sham Sutera. Dulu dia pernah anggotai kumpulan dR Sam Musafir. Kemudia kumpulan Sutera. walau sutera tak ada album tapi mereka agak terkenal dengan opening act utk kumpulan yg ada nama.

Anonymous said...

bro,pemain gitar kumpulan ariwatan nama apa ye.best dengar solo dikala asmara tu

Anonymous said...

Sakit mata mak baca ni nyah!auw!

Anonymous said...

Karl Cromok Punya Solo mmg terbaik bro! Lagu Misty,Metallurgical,Another You,Misery dan bnyk lgi smua ny ada mlodi kemelayuan...Hidup CROMOK!

Adin 68 said...

Zaman rock kapak telah byk melahirkan gitaris2 handal.Jgn lupa pd Sham gitarist Wings dlm album Belenggu Irama.Albm Kristal dr Rahim Maarof byk solo yg Opie Bloodshed main.Tangkap lentuk&gua angkat topi pd hero2 gitar yg still rocking.Rock will never die.

Dino Prasetyo said...

Peerth, jarang dapat profile die org, best lah, thanks...

Anonymous said...

Gak ada yang setara / selevel dengan rama satria, wayan balawan & ian antono from indonesia

TweZaidi said...

Aku try jugak nak jadi hero gitar dulu.... Tapi tak berjaya... So kepada yg berjaya dalam list tu...CONGRATS!!!

Aku paling minat Karl Cromok and Joe Wings

Anonymous said...

Zam Stone xde ke bro..sensionis gk tu..

Anonymous said...

Zam Stone xde ke..sension gk tu..

Anonymous said...

Mat yankee?