Wednesday, March 3, 2010

Kumpulan Rock Dari Singapore (Singapore Rock Bands)

Salam sejahtera buat semua jiwa-jiwa Rock. Di entri ini gua senaraikan kumpulan - kumpulan Rock yang berasal dari Singapore atau ditubuhkan di sana. Lagu-lagu mereka boleh dikatakan dikenali di seluruh nusantara.Band2 tersebut adalah...


ACES
Pernah menyertai 'Juara Kumpulan Muzik Tenggara' 1988 dan mula dikenali selepas itu.
Lagu hits Aces - Mengapa, Nenekku dan Secebis Hasrat
Gitaris kumpulan ini, Malik menganggotai Malex. Malex juga merakamkan lagu-lagu Aces dalam album mereka seperti Mengapa dan Siksa.


MALEX


ROCKERS

Yearghh.. Siapa tak kenal kumpulan Rock popular Singpore ini Anggotanya terdiri daripada Johan, Aziz, Hamzah, Irman dan Rashid. Gua pernah rembat kaset dari album Kekejaman dari rumah jiran gua. Tapi jiran gua tau yang gua minat Rock, dia pun bagi ajelah. Yelah, masa tu gua kecik lagi, nak beli kaset belum mampu bro..
Lagu hits Rockers - Harakah, Zaileha Kekejaman dan Kenangan Cinta Pertama



RUSTYBLADE
Kumpulan ni memang top dengan muzik Rock hingga kini. Ramai anggota kumpulan ini yang dikenali ramai seperti Yantzen, Khalid Mubin, Man Karen, Md Noor Hendrix dan Azizan. Lagu hits mereka adalah Tercipta kasihku, Penantian, Tiada Lagi Aku dan Ikrar Perwira.
Gua tujukan lagu Ikrar Perwira ini untuk abang2 askar yang sedang bertugas di perbatasan. (foto: man karen)

LOVEHUNTERS
Lagu hits - Rindu Masih Membara

HELTER SKELTER
Kumpulan ini itubuhkan Pada 1985. Lagu hits mereka- Memori Mardiana
(foto: muzikrock)

LAST MINUTE
Lagu hits - Kau Kusayangi. Vokalis kumpulan ini adalah wanita / minah rockers, Manisah Amat


ODYSSEY
Kumpulan ini pernah menyertai pertandingan Muzik-muzik 1990. Lagu hits mereka - Lukisan Cinta dan Hamparan Sutera Cinta


THE UNWANTED
Hanafie Warren yang pernah popular dengan lagu Terperangkap Dalam Sinaran merupakan vokalis dalam kumpulan ini.
Lagu hits The Unwanted - Masih Ada Rindu
(foto: muzikrock)

OBLIVION
Lagu hits - Api Sengsara

TEACHER'S PETS
Lagu hits - Warisan Wanita Terakhir. Lagu ni pernah jadi lagu tema bagi sebuah drama Melayu suatu ketika dulu. Suara Maman memang best.



CRADLE
Bermaksud Ciri Rock Alternatif Dalam Laungan Ekspresif.
Adik gua pernah berlagak dengan gua lepas dia beli kaset band ni. Dua minggu lepas tu baru dia bagi gua dengar.


VOICEOUT
Kebanyakan lagu-lagu band ni adalah dalam bahasa Inggeris. Lagu hits - Times
(foto: muzikrock)

JUSTICE
Lagu hits - Anggerik Impianku

INSPIRASI
Nama asal adalah Blue Steel. Mereka pernah memenangi tempat kedua dalam 'Clash of The Bands 1990' daripada 124 band yang bertanding. Lagu hits Inspirasi - Bidadari di Hujung Pelangi dan Terkuburlah Sebuah Impian.
(foto: muzikrock)


SELSIUS
Nama asal bagi kumpulan ini ialah Victim. Lagu hits - Sejarah Sebuah Cinta

TWILIGHT ZONE @ T.Z
Daripada sumber yang gua temui, mereka dipercayai menggunakan nama singkatan T.Z kerana ahli kumpulan mereka terdiri daripada ahli motor TZR
Lagu hits - Pemuzik Jalanan dan Cinta palsu.
(foto: muzikrock)


SWEET CHARITY
Ni kalau sapa2 tak kenal ni tak tau la gua nak cakap apa. Senang cerita la, lu sekalian selalu tak dengar nama Ramli Sarip ? Ha... dia la vokalis Sweet Charity. Ramai anggota Sweet Charity yang dikenali ramai seperti Rosli Mohalim, Rahman Sarbani dan M.Jaffar.
Mereka antara barisan awal yang mempopularkan muzik Rock Melayu.
Mak gua pernah dodoikan lagu-lagu Sweet Charity masa gua dua tahun dalam buai dulu.
Sweet Charity juga pernah membintangi sebuah filem pecah panggung suatu ketika dulu iaitu Kembara Seniman Jalanan. Filem ini akan gua ceritakan dengan detail dalam entri akan datang.
Lagu hits Sweet Charity - Teratai, Kamelia, Batu dan Sejuta Wajah.



Tak kira dari mana kalian berasal dan berada, kita adalah saudara. Salah satu penghubung jiwa kita adalah muzik Rock. Hidup Rock dalam keamanan. Sekian...

18 comments:

Nigina said...

cayalah awek rockers.. bila disenaraikan balik baru boleh ingat balik...

TokNabe said...

Huhu.. tu semua kumpulan zaman rock kapak. Walaupun kumpulan rock tapi banyak lagu2nya tangkap leleh.....

deaf-angel said...

osairis fren osairis tak mau lupa

aku suka sangat style dorang, very maiden haha

Nigina said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

and Roll

REGI said...

salam rock nusantara....
silakan mampir ke site rock indonesia di http://regiweking.multiply.com

rock on.......

MALEX Malmsteen....

Anonymous said...

bro...kumpulan yess pun best...lagu bicara rindu

Anonymous said...

Kumpulan2 rock sgpore yg lain yg tak disenaraikn : kingdom in rock(mann), yezz(shakilla), 2nd faces, matahari(joe salim), point blank, tribe(man toyak), rx, d'episode(othman), kalahari(bob), les mayor, reeha, krax, eazy, mesej, steel fingers, status(why), black dog bone(jatt), varna(mansur), trust(mamat), jaybon(man), screamer(ibrahim), bojavibe(salamah), medusa, trashed(faizal), kick(jai), atmosphere(mac), hurricane(jeff), halilintar(othman). Setakat ini je yg wa dpt carikan utk pengetahuan lu all. Dlm bracket adelah vokalis nye. Yg lain wa terlupe. Sekian. Rock terus....

Anonymous said...

Gua one of screamer band member. nak gambar nanti gua post

Anonymous said...

bRO, YANG TAK'ADA FOTO BAND SINGAPORE DISINI.ialah:-
Band kumpulan TRUSTS.
kUMPULAN d'Episodes.
kumpulan Huricanes.

Anonymous said...

Wa yg taip msj tggl 10hb jan 2013 lalu. Nanti wa sambung lagi.Sekian, rock terus.....

Anonymous said...

Rock terus....

Anonymous said...

(Zek rockerz,sgpore) Wa sambung 10hb jan lalu.Dlm kotak(...) tu adelah vokalis utamanya. Ade lg kump2 rock 70an 80an 90an dari negri wa spt:the goodman brothers(arwah abang mokhtar),flying funeral(maman teachers pet),kembara(m. nasir),hard attack(jatt bdb),ministry of rock(jatt bdb). Yg lain kat atas tggl 10jan:kingdom in rock (aliq)-bukan mann,2nd faces(hamdan),point blank(sahar),medusa(selamat),les mayor(murni),fx bukan rx(bj). Bro dari screamer on 12 march, sape lu nye name? Ibrahim(yem) vokal,boy gitar, rom gitar,zack bes atau eki drum? Sekian. Rock terus......!

Anonymous said...

rock rock rock.......

Anonymous said...

(Zek rockerz,sgpore) Bro screamer,wa mau tau lu vokalis ke gitaris ke bassis ke atau drummer? Tks.

Anonymous said...

(Zek rockerz,sgporeAliff, penyanyi kumpulan Melissa utk album ke-3 adalah dari singapura.

Anonymous said...

(Zek Rockerz) Kumpulan Slam pulak......ade 2 anggotanya adalah dari negara singapura. Iaitu pemain bes, lilik & juga pemain gitarnya, ajak. Sekian.

Anonymous said...

Gua minat juga band rock dari Jepun..ada info tak