Friday, August 10, 2012

Kumpulan Skala


Memang tak boleh dinafikan lagi, kebanyakan kumpulan rock Malaysia adalah berasal dari Perak termasuklah kumpulan Skala. Skala ditubuhkan pada tahun 1986 sejak di bangku sekolah. Semua mereka berasal dari Kampung Manjoi , Ipoh. Sebelum menjadi artis rakaman lagi, Skala telah pun popular di kampung dan sekitar Ipoh. Malah mereka mempunyai studio jamming sendiri kepunyaan gitarisnya di Ipoh. Skala telah mula memperlihatkan kebolehan mereka sebagai kumpulan rock melalui Pertandingan Juara Rock Kawasan Utara 1988 anjuran SYJ. Dalam pertandingan itu Skala memenangi tempat kelima.



Skala dari kiri: Yan, Boy, Jaka dan Nan


Nama Skala diambil dari perkataan Skill yang bermaksud untuk mengukur sejauh mana kemampuan mereka dalam bermuzik. Salah seorang anggotanya, Yan selalu mengikuti show May sebagai gitaris jemputan. Dari situ Yan berkenalan dengan ramai komposer dan penerbit album lalu Yan pun menggunakan kesempatan itu menghantar demo rakaman mereka untuk dinilaikan. Tuah menyebelahi mereka apabila berjaya ditawarkan untuk rakaman album.

Album Skala dirakamkan di Sound Studio dan memakan masa rakaman selama sebulan. Album yang berkonsepkan rock & roll ini mengandungi beberapa buah lagu ciptaan Skala sendiri termasuklah lagu ciptaan dari rakan-akan sekampung.



Album Skala diterbitkan pada 1992 oleh N&N Production dan diedarkan oleh Denoris Record. foto:wiraaz


Album yang mendapat sambutan hangat ini terjual melebihi 100,000 unit lalu menjadikan Skala sebagai sebuah kumpulan rock yang begitu diminati ramai dan anak emas syarikat rakaman. 


Di kala itu banyak show dan konsert terbesar disertai mereka termasuk Pentas RTM dan roadtour show di seluruh Malaysia. Skala turut ditaja oleh syarikat Kingsway. Lagu hits Skala ketika itu adalah 'Pengertian Cinta' dan 'Menggenggam Janji'.

Dalam pertandingan akhir Carta Dataran Merdeka, Skala berjaya menang di tempat kedua di samping juaranya Nash.

Kepopularitian Skala mengundang minat syarikat perfileman yang menawarkan Skala berlakon dalam filem usahasama Malaysia dengan sebuah syarikat perfileman Indonesia yang berjudul Rintik-rintik Hujan. Malangnya rancangan itu tidak menjadi.






Tiada artis yang terlepas daripada menghadapi cabaran dalam industri hiburan. Begitu juga dengan Skala yang pernah ditipu oleh penganjur pertunjukan pentas. Malah album mereka juga berhadapan denganmasalah cetak rompak yang berleluasa tanpa halangan khususnya di pasar malam.

 
Di samping itu timbul sangsi dan ketidakpuasan hati terhadap syarikat rakaman yang mengatakan pengeluaran album masih di satu tahap dan tidak berganjak. Setelah membuat siasatan sendiri barulah mereka tahu bahawa jualan album Skala telahpun mencapai tahap melebihi 100 ribu unit ke atas. Mereka berhenti daripada syarikat rakaman tanpa berkata apa-apa. Tiada tuntutan yang dilakukan dan syarikat rakaman tersebut telahpun ditutup.



Kumpulan Skala foto:bud flowerchild


Sehingga kini Skala masih lagi on. Tetapi tiada peluang untuk menonjol seperti dahulu. Ahli-ahlinya telahpun mempunyai pekerjaan tetap dan ada juga yang berniaga. Di waktu lapang mereka masih jamming sekadar untuk suka-suka. 

Bagi yang merindui Skala bolehlah membeli DVD konsert-konsert mereka dengan menghubungi Brader Yan. Semoga muzik rock Melayu tak akan luput ditelan zaman. Owraitttee…!!

5 comments:

C++ said...

DeeDee Cromirama...

Pergh... geng Manjoi tue... hahaha... 1986 .. gua kat tingkatan 3 ... hehehe... masa tue pon dah start pi jamming kat Pasar Bulat ... kat studio SYJ...

munir ardi said...

senang je dapat info band rock dari negeri Jiran Salam Ziarah

Anonymous said...

SJ sudah mariii

Anonymous said...

SJ sudah mariii

Mencak kelambit said...

Yes gua ( bahasa rock lah sikit hahaha) masih sempat simpan kaset kumpulan Skala yg terjual 100000 unit tu. Gua cakap lu..kaset gua NOS baiii....tak koyak plastik lagi...ada beran? Gua mau jual Rm500. Wakakakakaka...