Tuesday, May 4, 2010

REVENGE - Rockstar Generasi Baru




Sempena Tribute To Rock Kangkang, gua ingin memperkenalkan sebuah kumpulan Rock hebat era millenium yang tidak asing lagi – REVENGE. Ramai antara kalian yang telahpun mengenali Revenge. Anggotanya terdiri daripada 5 orang anak muda iaitu Buset (gitar), Apple(gitar), Arul(bass),Wak Pankreasdeth(drum) dan Ayid (Farith Jamal) selaku vokalis. Masing-masing mempunyai semangat Rock yang kuat dan kental bagi berjuang meneruskan kegemilangan muzik rock yang masih membahang di hati setiap pecinta Rock tanahair.


Membawakan irama Rock Kapak dan Heavy Metal, kemunculan Revenge memang tepat pada masanya di kala industri muzik negara kini sedang sesak dengan lagu-lagu berentak pop dan juga kelahiran berpuluh-puluh band indie tempatan. Masyarakat Malaysia sedang kehausan muzik rock dan rata-ratanya masih lagi merindui suasana fenomena Rock di awal 90an. Dari itu Revenge mengambil kesempatan ini bagi mengubati kerinduan peminat Rock dan cuba mewujudkan kembali suasana Rock 80an dan 90an yang gilang- gemilang dengan membawakan imej Rock Kapak @ Rock Kangkang.



Revenge telah mengeluarkan EP nya yang berjudul “Legends Of Rock & Roll” yang terkandung lagu-lagu gempak seperti Rockku Japarena, Wild…Wild…Wild… , Emily 2008 dan lagu yang mempunyai lirik kontroversi – Bukak Api. Nama Revenge semakin meniti di bibir pecinta Rock apabila seringkali dipilih sebagai pembuka tirai konsert-konsert besar seperti konsert Wings, XPDC dan Konsert Search Di Awan Biru. Bukan saja mempunyai vokal dan permainan muzik yang mantap, malah Revenge bisa menggegarkan tangkai jantung penonton dengan aksi-aksi yang gempak dan penuh energi ketika di pentas. Penampilan Revenge memang cukup power!!

Kini, di mana-mana pun kita lihat barangan-barangan berlogo Revenge sepert T-shirt dan beg semakin laris terjual di kalangan muda mudi khasnya pengikut setia Revenge – Revenge Army. Ini bererti masih ramai muda-mudi yang meminati dan menghargai muzik Rock. Mereka menyandarkan harapan agar Revenge setia meneruskan keunggulan muzik Rock agar tidak terkubur suatu hari nanti.
Sesuatu yang perlu kita tahu, keseluruhan anggota Revenge tidak sombong dan sentiasa ingin mendekatkan diri dengan peminat.

Ikuti Temubual gua bersama Ayid (vokalis Revenge) pada petang 27 April 2010 yang lepas..


Gua:
Boleh bro terangkan bagaimana tertubuhnya kumpulan Revenge ni? Semuanya dari satu sekolah ke?

Ayid:
Terima kasih...
Revenge tertubuh daripada gua dan Arul pada tahun 2005..
Masa tu Arul nak buat band.. Dia ajak gua..
Gua tak pernah ada band.. So gua ckp kat dia, kalau nak gua main.. gua nak main rock kapak..
And then baru kitaorang cari line-up yang nak main rock kapak je..

Gua:
Kenapa memilih muzik Rock Kapak?

Ayid:
Dulu kami tak berpeluang merasai era Rock waktu itu sebab masing-masing kecil lagi. Jadi sekarang kami nak wujudkan semula kehangatan Rock seperti waktu itu kepada generasi muda kini..

Gua:
Kenapa pilih nama Revenge? Ramai peminat yang nak tahu..

Ayid:
Nama Revenge diambil dari watak Mark Wahlberg, Izzi Revenge dalam filem Rockstar. Tiba-tiba je teringat nama tu then terus jadikan nama Revenge sebagai nama kumpulan.


Gua:
Siapa idola Revenge? Band-band Rock Kapak juga?

Ayid:
Search...
band lain2 seperti Iron Maiden dan Loudness sebagai influence muzik je..
Apa-apa pun Search tetap menjadi idola kepada perjalanan Revenge..

Gua:
Siapa yang memberikan galakan kepada Revenge?

Ayid:
Galakan paling kuat dari mat-mat rock...
We started this band without knowing any mat-mat rock..
then we start meet ppl...
and most of them yg support is from generations...
Selain itu majalah R.O.T.T.W selalu membuat liputan tentang perkembangan Revenge.
Kami juga mendapat sokongan daripada orang-orang lama yang masih sayang akan muzik ini..

Gua:
Pengalaman manis Revenge setakat ini?

Ayid:
Pengalaman manis… Yang pertama, Menjadi band Rock Kapak pertama yang perform di Rock The World dan yang kedua, menjadi opening act untuk idola kami Search di konsert Search Di Awan Biru.

Gua:
Pengalaman pahit?
Ayid
Bila org cakap muzik Rock Kapak dah mati. Tapi, generasi sekarang ni yang tak minat akan jadi minat kalau kita berjaya buat rock kapak jadi trend..

Gua:
Apa cabaran yang Revenge hadapi kini bagi membuatkan masyarakat menerima Revenge?
Ayid:
Cabaran memang banyak.. Antara nya media dan trend masa kini.. Tapi kami akan sedaya upaya memuaskan hati setiap pihak supaya kami dapat diterima oleh seluruh masyarakat.

Gua:
Ada cadang nak terjah Singapore?? Brunei?? Indon??

Ayid:
Kami mungkin akan perform di IICA Fest di Stadium Senayan, Jakarta pada 3 Julai ini.

Gua:
So, di mana peminat-peminat boleh dapatkan EP u alls?
Ayid:
Sekarang ni maybe boleh dapatkan di Pertama Complex dan Campbell..

Gua:
Lastly, apa pesanan yang Revenge nak sampaikan kepada peminat di luar sana....?
Ayid:
JOM KASI PECAHHH 30 Mei ini !!
Rock and Heavy Metal metal is a way of life... Keep believing and unite as one scene..
Bang ur head till dawn..!!




Kepada anda semua, marilah kita support perjuangan Revenge dalam mengembalikan kegemilangan muzik Rock Kapak yang pernah unggul ini. Ingatkah anda apa yang berlaku terhadap Search dan XPDC di awal kemunculan mereka dulu sebelum mereka popular? Itulah juga yang sedang berlaku terhadap Revenge… Dan gua pasti Revenge akan menjadi Rockstar terkenal sedikit masa lagi…

Revenge akan beraksi di "Tribute To Rock Kangkang" pada 30 Mei ini… Jadi tunggu apa lagi… Dapatkan tiket segera sebelum kehabisan.. Tak mahal pun, RM 25 je.. Harga Pra-Jualan kini RM 20..
Hubungi 019-2632518 ..
JOM KASI PECAH!!!


SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA UNTUK TATAPAN REVENGE !!

74 comments:

Butik Bella said...

Woww.. semoga sukses yah.. Buat Revenge.. Keep Spirit.. ! :D

KuBi said...

kalo ada masa korang leh kontek aku kt ym aku kubiseman@yahoo.com nanti aku ajak ko jadik tetamu aku masa aku mendj kt frenzy fm dgn mengguna kan kemudahan skype. kalo guna hp, kejap jer la aku call korang pasal aku mukan ada byk kedit pon.hahahhaa apo pon slsmt maju jaya..

ShiELa ZakarIah said...

all d best revenge...teruskan perjuangan rock2 kapak.............

+qasih nadira+ said...

selamat maju jaya gak~all the best k~

Nerzhul said...

yeah!keep rocking to revenge

Kechik said...

hrp revenge m'bt muzk rock kmbali spt mzk rock dl..yeah!!yeah!!

Elly Emmy said...

semoga sukses yer.. Revenge.. rockk

tot tot kecik said...

salam..

hehe npe xnah tau kump ni yek..?

pape pn skang da tau..so smoga berjaya tuk tribute rock kangkang nnt..eh btol ke eja tu..?

erm pape jela..gud luck ye..!!

qellissa said...

salam, tak tau plak kumpulan revenge ni...pape pon semoga suksess lah. =)

rAy jR...@...Aliff said...

o yeahhh....REVENGE terbaekkk...keep it up...ini la dia rockers msia...

ROCK Kapak....hehehee

mR.yaZoO® said...

ROCK TERUS ROCK , kita kasih pecah gigs , yeaahh!!

Anonymous said...

wah2...bertambh lg rockers tnh air..yeayeah!!!

hentakbelipat said...

perghh!!!revenge!!!!aku 2 kali da tgk diorg main..mmg pegi!!!!!!

scya lollita said...

wuu~
all d best ^^

Puput. said...

janji rock...!!smoga berjaya salu..^_^

deaf-angel said...

tak pernah nengok revenge lagik

tapi pernah tengok setlist dorang
( I hope I'm not wrong )

- living after midnite judas priest
dan
- endless rain x japan

buat aku tertarik ni band..

they got taste haha

shameel Iskandar said...

selamat maju jaya revenge.All the best

NH said...

perhhh. lazat.

Patu said...

hebat! teroskan usaha !

AeMcSketch said...

hoho..1st time dengo ttg Revenge ni :P

papepun teruskan perjuangan dalam arena seni musik!

assoyfinger67 said...

Salam..bro..memang bagus ada kumpulan macam nie...moga berjaya...Revenge!Wah...akupun minat loudness ..lagu heavy chain...wa caya amy search bawa heavy chain ..powerrrr!Apapun yang penting revenge mesti jaga imej rock kapak yang..bersih...sopan..heavy metal angguk2...tiada unsur syirik...dan mesti benci dadah...all the best!!!!

SLOW ROCK MELAYU said...

HIDUP ROCK KAPAK...!!!!
kumpulan Revenge kalau bisa berkunjung juga di Banjarmasin, Kalimantan Selatan. Tempat saya tinggal ni banyak orang peminat ROCK KAPAK. Saya juga rindu bro....

kumpulan Revenge dah keluar album ke?

zulkbo said...

salam..
tak tahu apa yang buat
saya ketinggalan..mungkin
saya tak berapa mengenali
band ni..jadi tak leh nak komen
nanti saya google youtube dulu
apapun tahniah buat band rock
melayu yang baru ni..
ROCK TERUS ROCK!!

Afzainizam said...

Salam dari kami sebuah ikatan persahabatan
Salam dari kami…
http://firestartingautomobil.blogspot.com
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

buat revenge ko menghidupkan kembali rock .... rockstar generasi baru....

moga berjaya dengan rock kamu...jaga imej supaya bersih... kurangkan kontraversi tingkatkan prestasi...

hidupkan kembali muzik terus berjuang rock2 dulu-dulu
. 80's rock
•Speed Metal
•power metal
•Heavy metal
•thrash metal
•hard rock
•death metal
•punk rock(80&90's)

Belalang hijau Perisik said...

kenal revenge walaupun tak pernah tgk diorang perform...
gud luck revenge!

mazru said...

Salam..

all the best buat revenge!!

Walaupun baru kali pertama koi mendengar nama group ni,koi harap mrk berjaya satu masa nanti!

mazru said...

BTW bro..

iklan tu agak menutup perenggan dan agak sukar utk membaca.

sekadar bgtahu ajer bro,jgn marah.

=)

Minie Mickey said...

gud luck revenge..;)

Zazachan said...

revenge...gud luck!

mr kay said...

oh..korang ke? ada kat rock the world kan? huhu

Unknown said...

fuwoo.... dasat giler kumpulan revenge ni yer.

sarah shafie said...

mcm prnah dgr je name revenge..tp bru first time tgk gmbr nya..ape2 pun gud luck k..=)

Unknown said...

band diorang ni mcm band KISS. pernah tengok diorang perform kat rottw soundstage 2006 dlu. sebijik mcm KISS.

HaiDa HiDa said...

salam..
satu info tntng dunia seni..
sebelum ni mmg tak pernah kenal REVENGE.. apa2 pn terima kasih.. :)

Izyan Mashrom said...

keep rocking!! yeyeh!!
good luck!

gooseberries said...
This comment has been removed by the author.
gooseberries said...

gud luck revenge!! all the best. semoga berjaya ngan lagu2 yg best =))

uncle said...

uncle rasa seronok bila nama revenge di angkat kembali memecah kembali dominasi indie yg bercambah...sampaikan salam kepada mereka..dan tanyakan kepada mereka EP ada lagi tak..kalau ada antar kat uncle..boleh uncle tolong support mereka dengan mmeberi publisiti dalam blog..

nidus2 said...

Nanti search youtube dulu baru boleh komen. x tahu ada kumpulan ini sbb dah lama tak ikut perkembangan rock era millineum.

jAck ALvin buKAn suPErpoRnstAR said...

penampilan sungguh nostalgia..
teringat pada kumpulan sofea..

mr.kordes said...

cANTIKKK!!!!semoga success!

- zuriey - said...

gudluck 2 u revenge..rock abes

Anonymous said...

Thanks....

Spallan said...

gua dah lama tak dengar bunyi metal, gua dah lama tak dapat rasa goreng yang baikkk dan tangkap syahdu punya, gua dah lama tak kena hambat dengan FRU (dan gas pemedih mata) sebab dok banging kat row depan sekali, hahaha...
come on REVENGE, kasi performance power punya, worthy of all rockers lapanpuluhan. kembalikan semangat konsert rock Stadium Indera Mulia Ipoh, Stadium Negara KL, Dewan Jubli Intan JB dan Hard Rock KL Taman Tun. ROCK ON!!!

nany said...

bestofluck rvenge. smga trus btahan. yeahhhh

record12inci said...

Masa tgk Revenge live kat late8 TV (Jason Lo) dressing 80an abis...memang dasssat.Vokalis dh cam Rob Halford(Judas Priest). Yearggghhhh.....

Aidi-Safuan said...

adeih, serius tak perasan dengan kehadiran band revenge nih! sorry! :(

btw, revenge nih bergerak secara indiependent atau under kontrak syarikat rakaman?

Cenderawasih ii said...

memang setai... cam petai... kapak mari... memang bes besss...

ILA HonEyBuNNy said...

Wow...memang Rock la...ngeh3

bofoyengfeng said...

revenge. gua rasa ada pernah keluar sikit review pasal band ni dalam t.v. cerita pasal jamming actually. terselit interview sama vox revenge.
keep on rockin' revenge!

terokai seni said...

aku ingat kat rock kapak aje.. tu on yang slalu layan abisss.. dah tua gini lupa la dahhh

etam grecek said...

wah moga bs di kenal luas....sukses...

record12inci said...

Terimbau kenangan Revenge live at Late8(Jason Lo)...memang dasat beb!
Memang 80an abis-abisan...yearghhhhh

Afzainizam said...

Ucapan khas ~~Selamat hari ibu~~

..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥
♥..♥  ╔══╦══╗╔╦══╗  ♥..♥
♥..♥  ╚═╗║╔╗║║║╔╗║  ♥..♥
♥..♥  ╔═╝║║║║║║║║║  ♥..♥
♥..♥  ║╔═╣║║║║║║║║  ♥..♥
♥..♥  ║╚═╣╚╝║║║╚╝║  ♥..♥
♥..♥  ╚══╩══╝╚╩══╝  ♥..♥
..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥

salam penghormatan pada Ibu ratu hati kamu...tak kira sesapa aje bergelar mummy
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

salam buat Revenge keep rock spirit... moga berjaya

Nur Fannun said...

sy suka lagu rock, kmpln rock, tp sy plg xska klu kump rock tnjukkn rock dgn gaya horn hand..imej & lagu sudh memadai..

suka_haha said...

wahh!!! wartawan terglamour hihihi...

Balqish said...

Revenge!
more loud with ur mucis. :)

Fontonk said...

terbaiklaa revenge

kak cabai said...

salam rockers, kak cabai minat juga rock ni sampai sekarang kak cabai kalau bosan suka nyanyi lagu aku dah bosan.. aku dah bosan.. aku dah bosannnn..... selamat maju jaya..

Relevan said...

Yes yes..bakal mengegar ke ni? keep rockin the revenge \0/..

SUHAIDA said...

gud luck!!!!!!!!!!!!!

Sang Harima said...

Lu orang memang rock Revenge..!

takde lagi rock sejati selain rock n roll! gua sokong perjuangan lu..

sf said...

ada dengar pesal band ni ... emmm mana album dia ada jual?

REMEDY KARUNG GUNI said...

memang mantap rockers revenge ni...tapi zaman pakcik membesar zaman pop yeh yeh...tapi Tuan Tanah punye pasal...pakcik layan jugak...hidup rockers

iidyll iceness said...

huhuhu
rock kapak xpnh mati lar..
ley kt evriday dgr lgu yg sm..
4 revenge,kip it up..
jgn mudah ngalah..
bgun kn kmbali zmn rock nie..
ngee~~~

NAJ HEBAT said...

aduh.. aku tak tau sgt pasal rock..

yg aku tau batu aje..

and "janji rock"

hehe.. babai..

najihah said...

gua bukan rockers n gua bukan peminat lagu2 rock tp gua suke blog lu..

unik bro..

moga sukses la buat revenge ea..name pun da mantap..hehe

bulatkocik said...

bgs lar blog nie..mningkatkan taraf rOx kapak..waa penah dgr gitaris revenge nie antara yg terbek..

betui kan..

Frodo Baggins said...

hiidooopppp rox kangkang!!!
kasi kapak!!!!


hail!! wooohaaaa


>>___<<

Afzainizam said...

Keluk kemudi tidak dilupa,
Baru seimbang pelayaran kita;
Para Guru amat berjasa,
Bakti Guru disanjung mulia.
~~~@@@~~~
Selamat Menyambut Hari Guru
”Guru itu bukan lagi lilin yang menyuluh sedang diri sendiri dibiar terbunuh”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

Beb ko mmg rock beb.... beb aku nak tanya sape sifu rock ko ni....
ape pun sifu tetap sifu... dia terhebat... sukses Revenge

Cromirama Elcy said...

Korang memang best... Kepada pengomen2 entri Revenge, Ayid mewakili Revenge mengucapkan ribuan terima kasih kepada sesiapa yang menyokong perjuangan Revenge..
Hidup Rock!!!

Teruskan menyokong kumpulan Rock Kapak Singapore, ROCKERS pada entri yamg akan datang...

PERCAYA SAMA LU!!!

soffya cik bulan said...

fuyohhh,
mmg bergegar lah...
rock uu....:D

hope kumpulan ni terus suksess dan tk berkubur mcm tu je...

ayie said...

aq mat rock mude.......18 thon

Anonymous said...

aku setuju dgn korang..ak pencinta muzik rock.srta imej rock lantak apa org nk kata.