Entri kali ini berkisarkan tentang sebuah kumpulan Rock Kapak yang unggul dan terkemuka Singapore. Siapa lagi kalau bukan ROCKERS. Nama ROCKERS pernah berada di puncak kejayaan pada lewat 80an dan awal 90an. Kumpulan ini mempunyai begitu ramai peminat bukan sahaja di negara sendiri, tetapi di Malaysia. Populariti ROCKERS menyamai populariti Search dan ROCKERS adalah kumpulan Rock terbaik Asean pada era Rock.

Terdiri daripada 5 orang anggota berdarah Melayu dan Singapore, kumpulan ini membawakan lagu-lagu berentak Hard Rock dan Heavy Metal. Kesemua lagu ROCKERS adalah bertemakan perjuangan, pergolakan dan percintaan.
Album pertama ROCKERS yang diterbitkan pada 1988 telah mendapat sambutan hangat dan terjual melebihi 25,000 unit. Lagu Kekejaman dari album ini juga pernah menjadi lagu terbaik Singapore pada tahun 1988. Begitu juga dengan album kedua ROCKERS, Harakah (1989) yang telah mencatatkan jualan sebanyak 21,000 unit hanya selepas 2 minggu diedarkan. Dengan kejayaan jualan 2 buah album ini, ROCKERS telah dianugerahkan cakera emas oleh Life Record. Dalam album kedua ini Hamzah, pemain bass telah menggantikan tempat Leman Karen yang telah menyertai Rusty Blade.

Mengenai album ketiga ROCKERS – Andalusia (1990), album ini berkonsepkan speed metal di mana kebanyakan lagu-lagunya berunsurkan ragam Rock yang lebih berat, yang menjadi kegilaan mat-mat rock pada ketika tu. Album ini merupakan album terbaik bagi ROCKERS. Brader Nas Ahmad (wartawan rambut ketak) telah menyumbangkan beberapa buah lagu dalam album ini antaranya Kehancuran, Kau Mentari dan Bunga Bumi.Hampir kesemua album Rockers diterbitkan oleh Razzi M yang juga merupakan anggota kumpulan Black Dog Bone.
Biarpun nama ROCKERS begitu gah pada era Rock, namun kumpulan ini tidak terlepas dari menghadapi cabaran dalam industri muzik. Populariti mereka seakan kabur di Malaysia. Ini kerana kurangnya promosi dan peluang beraksi di pertunjukan pentas di sini. Tiada promoter yang sanggup menawarkan mereka untuk mengadakan pertunjukan pentas di Malaysia pada ketika itu biarpun mereka terlalu ghairah untuk beraksi di sini. Malaysia hanya memberi tumpuan kepada artis tanahair sendiri. RTM pula tidak pernah mengundang mereka muncul di kaca televisyen. Ini kerana muzik heavy metal dan speed metal yang dibawakan ROCKERS tidak menepati kehendak dan piawaian muzik yang dialukan olah pihak RTM. Biarpun begitu, peminat-peminat di Malaysia tetap menyanjung ROCKERS sebagai sebuah kumpulan Rock yang hebat. Album-album ROCKERS tetap mendapat sambutan hangat dan ROCKERS menjadi idola kepada kebanyakan kugiran Rock Malaysia ketika itu.

Apakah kelebihan ROCKERS sehingga membuatkan kumpulan ini pernah digilai ramai? Kelebihan ROCKERS tak lain dan tak bukan ialah kelainan muzik yang dibawa oleh ROCKERS sendiri. Selain ROCKERS, belum banyak kumpulan Rock tempatan yang memperjuangkan muzik deras dan heavy metal ketika itu. Sedangkan muzik-muzik seperti itu amat didahagakan oleh kebanyakan mat-mat rock yang telah ditempiasi oleh muzik-muzik keras dari barat. Tambahan pula lagu-lagu ROCKERS begitu bermutu dan sesuai dengan selera pendengar. ROCKERS sentiasa bekerjasama meningkatkan prestasi dan merancang strategi bagi mengekalkan identity dan populariti. Mereka sentiasa bersemangat terhadap apa jua yang dilakukan. Konsentrasi dan usaha gigih ROCKERS dalam mencari idea yang kreatif dan bermutu telah membuahkan kejayaan di mana setiap lagu-lagu dan persembahan ROCKERS berjaya menakluki hati masyarakat. Peminat-peminat juga tidak ketinggalan berkarya menerusi nyanyian ROCKERS dengan menyumbangkan lirik-lirik lagu serta gubahan lagu untuk ROCKERS.
Setiap persembahan ROCKERS amat bertenaga. ROCKERS sentiasa menampilkan aksi-aksi yang hangat dan mantap ketika di pentas sehingga Berjaya membuatkan penonton-penonton terpukau dan tidak berganjak walaupun sesaat.. Pernah pada suatu ketika, Joe (vokalis ROCKERS) sedang seronok menyanyi dan secara tidak sedar dia mengundurkan dirinya ke belakang sehingga melanggar angota-angota ROCKERS yang sedang bermain muzik sehingga semuanya jatuh terbalik. Di waktu yang lain, ROCKERS pernah berhadapan dengan kehadiran lebih 17,000 hadirin yang membanjiri konsert mereka di Sentosa Heavy Metal Fest. Suatu sambutan hebat dari peminat yang tidak disangka-sangka oleh mereka.
Sesuatu yang istimewa bagi kumpulan ini ialah ketiga-tiga pemain gitarnya mempunyai gitar wireless iaitu gitar tanpa wayar yang menghubungkan terus dengan soundbox. Oleh itu, pemain-pemain gitar ROCKERS bebas merayau dalam jarak 100 meter sambil bermain. Masa itu belum ada lagi kugiran lain yang menggunakan gitar seperti ini.

Persembahan Rockers sering mendapat perhatian ramai
Semua anggota ROCKERS mempunyai kelebihan masing-masing. Joe mempunyai gaya tarikan suara yang serak, lantang dan bertenaga tanpa meniru gaya artis-artis lain. Vokalis hebat ini telah mula menyanyi sejak di bangku sekolah lagi.
Irman, pemain dram pula berlatarbelakangkan keluarga yang rata-ratanya ahli muzik. Beliau telah mula bermain dram sejak berusia 14 tahun dan semasa menyertai ROCKERS, Irman masih lagi bersekolah. Waktu siang ditumpukan dengan pelajaran manakala waktu malam dipenuhi dengan latihan muzik bersama ROCKERS.
Begitu juga dengan barisan pemain gitar yang kesemuanya memiliki skill permainan yang handal dan bertenaga. Semua angota ROCKERS handsome dan menjadi kegilaan wanita ketika itu. Sekarang pun still handsome lagi.. Heh..Heh..
Kelebihan serta kecintaan mereka yang mendalam pada muzik telah membawakan nama ROCKERS di puncak kejayaan.

Kumpulan ROCKERS telah berpecah pada tahun 1993. Kebubaran berlaku adalah normal kerana di waktu itu, masing-masing telah mempunyai kehidupan berkeluarga dan komitmen yang lain. Namun nama ROCKERS tidak pernah sekalipun luntur dari hati dan ingatan peminat. ROCKERS menjadi lambang keunggulan Rock yang tak akan ditelan kemarau walau panas berpanjangan.
Bila ditanya tentang pengalaman manis ROCKERS, brader Rashid mengatakan saat yang paling manis ialah apabila mendengar lagu-lagu ROCKERS popular di radio.
Soalan yang sama juga gua ajukan kepada Brader Joe dan beliau menjawab…“Pengalaman manis ialah apabila ROCKERS menjulang piala X Discovery pada tahun 1986 di Hotel Mandarin Singapore. Pada masa itu pemain ROCKERS ialah Joe, Man Karen, Aziz, Juma’an dan Rashid. Sejak dari mula ROCKERS ditubuhkan Brader sangat berterima kasih kepada peminat kerana menerima kami sebagai kumpulan Heavy Metal yang lain dari yang lain dari segi muzik. Pada kami promosi di Malaysia pun sudah mencukupi kerana masing-masing mempunyai kerja tetap. Pada kami Singapore dan Malaysia adalah adik beradik yang dahulunya dipanggil Malaya.”

Kepada anda semua yang meminati dan merindui ROCKERS, mereka akan kembali beraksi sempena “Tribute To Rock Kangkang 2010” pada 30 Mei ini di One Café Jalan TAR, Kuala Lumpur. Gua rasa mesti ramai antara kalian yang dah dapatkan tiket. Jom kita kasi gegar di sana. Pada yang belum lagi mendapatkan tiket, jangan risau, tiket masih ada lagi. Hubungi talian 019-2632518. Rugi wooo sapa tak pegi. Time ni lah nak tengok ROCKERS perform. Kumpulan Rock Jucntion, Sons Of Adam dan Meditasi pun ada. Otai-otai ni beb…!! Sape yang tak pegi menyesal. Ape-ape hal, sebelum konsert sembahyang dulu. Ok… Chow… Wa caya sama lu!!
SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA UNTUK TATAPAN ROCKERS !!
104 comments:
Rockers rock the world! \m/
salam saudara ku..
ROCKERS..yeahhh!!
memang kegemaranku
main gitar tepi longkang
nyanyi lagu Rockers
yang paling popular
seingatku lagu KEKEJAMAN..MANuSIA..OOOO..OOOO
ha ha..
selalu jamm lgu kekejaman dan harakah.
ko ni mmg berjiwe rock la.....bkn senang nk jmpe blog cmni...nk kene byk wat researc lorhhh...anywayyy tabik spring sama luu
Kumpulan Rocker ni memang mantap gila ah... walaupun kumpulan rock singapore,tapi di malaysia diorang suma ni tetap famous.. lagu2 diaorang memang killer wa cakap lu.. gua dulu tiga pat kali beli album Rockers ni. Rashid, kalo kau masih ingat aku lagi, aku pernah bergambar dengan kau lepas konsert kat jb dulu.. gambar masih lagi aku simpan.
Buat Rockers, kami menanti kedatangan u all. kasi gempak itu konsert!!!- Zul Carma.
alamak deknon.. kaknon tak kenal pun kumpulan rockers ni.. huhuhu.. tak penah dengar pun.. heee.. awie kaknon kenal la.. heee
Bhai...
Wahlauwei.... rock kapak tetap unggul.... gua caya sama lu...
C++
CipanTapirTenuk.Blogspot
first time dengar nama kumpulan ni
Hidup rockers hidup!!!!! teruskan lah perjuangan.....
wahh...gila details.mana dapat ni bro?
fuhh, bergetar jiwa rock gue.haha hidup rockers!
:)
jones
you rock...i rock..
lu rock...gua po rock...
so hidup rock buat rockerss terunggull..hehehhee
ROCKERS..yeahhh!!
Salam sahabat!!
Rockers!!!
datang sini komen.. yeyeaayy!!!!!
ROCKERS tetap unggul....
hidup ROCKERS!!!!!
tunggu lu di onecafe
salam.
kumpulan ini antara grup yang aku minati. tapi aku semacam ada sedikit minat yang lebih pada grup Handy Black terutama lagu 'Hanya Dalam Lagu'. membangkit bara cinta rasanya...
Best..info kat blog lu ni memang tip top!!
apa agaknye perasaan rockers zaman dulu, bila skg ni tgk blik gmbr merka di kala itu? mesti rasa kelakar & tak sngka bleh berpakaian begitu kn..
a few things about Rockers
1) sebelum sign ngan Life dorang dah famous sampai masuk paper pasal menang one of the BOTB competitions
tak salah aku final dorang bawak Scorpions Blackout ngan Maiden nye Rime of Ancient Mariner
2) lepas konsert Loudness kat Pulau Sentosa, DJ Arwah Adnan Maswan interview rockers2 Spore dan smua puji2 abis Loudness
tapi Joe Rockers cakap something like kalo kasi Rockers the right equipments, they can be as good as Loudness
3) masa 2002 nye reunion gig, Rockers reunited since andalusia.. lawak siot, dorang ada problem masa set up stage la,
audience smua dah bingit dah, tak sabar dah..
Joe rockers cakap berapa belas tahun boleh tunggu, takkan lagi 10 minit tak boleh haha, cute siol
4) ni show jugak, memang klassik dia punye band rotation
banyak bands la dari siang hari
tapi malam main event
Wings lepas tu Rusty Blade, last baru Rockers
so aku pun unexpected Rockers kira lagi last dari Rusty Blade yang malam tu pun kira reunion balik
nanti la ingat cerita lain
Rockers? ... yup, one of the best in our region. search ,wings? bah Rockers have more attitude and they sound great.
if they make a comeback then this is something rock fanatic should not let go....
go Rockers or Rockerz
rockers!!!
andai tiada apa2 halangan ingin sekali menyaksikan persembahan anda nanti...
rock terus rock!!!
as-salam..
tq atas ziarah cromirama ke blog saya..truskan ziarah..
pjuangan islam jgn dlupakan..janji ROCK..yeah2..
Layan lagu rock nie memang best, tak kira lama ke baru..feel tue lebih hehehe
Alahai..masa ni aku dah nak pencen ngan rock. Apapun kau punya info, detail, mantap...hidup rock..hidup Cromirama!!!
pencapaian ROCKER yang sangat mengagumkan..
semoga berjaya membuat persembahan dengan gemilang nyer pada 30 MEI nie
kumpulan terbaik asia?! gler arh! come on rockerS!
aliran rock akhir2 ini mungkin di pasaran idonesia hampir kalah bersaing dengan aliran2 sendu berthemakan cinta...tapi aq tetap suka rock apalgi Jamrud....
hee harakah tu sama ke cam akhbar tabloid pas... rock jugak la gitu
rock yeah
wah..jumpa org rock kat sini..hehe
Aku membesar dengan lagu-lagu ROCKERS ni. yang aku tak puas hati kenapa RTM tak bagi pelepasan kat ROCKERS muncul di tv masa tu sedangkan diaorang pun berketurunan melayu.. Kalaulah ROCKERS diberi promosi yang mantap di malaysia time tu aku pasti ROCKERS akan bertahan dan boleh belasah sama itu pioneer search..
Memandangkan ROCKERS akan baca entri ini, kalau boleh aku nak request Joe belasah lagu zaileha dgn Kehancuran.. Lagu nostalgia rakyat malaysia keseluruhannya...
Hidup ROCKERS!!!
-peminat setia-
salam,
Tidak membesar dengan lagu2 daripada Rockers..andainya ada lagu yang boleh didownload dari blog cromirama mungkin boleh dengar
gudluck utk persembahan di tar 30 mei
mengomen ngan smangat rock yeahhh!!!
semua lagu-lagu kumpulan Rockers sedap.... tak akan mati kemana lagu-lagunya...dan akan terus melegenda hingga akhir zaman.
erk.. tak kenal sangat pasal kumpulan Rockers ni. tapi bf suka la layan lagu2 zaman ni. ;)
rugi tol xleh g Tribute To Rock Kangkang
Banyak yang di kenang bila buka blog ni, segala kenangan lama dtg kembali. Aku doakan semoga ko jangan jemu menulis pasal rock ni kerana kami sentiasa saport ko. ingat tu, segala kenangan bermula disini..hidup rock kapak...
aku dtg ni weh..
hahahaha..
aku x knal la kumpulan ni..
tp, lu mmg kapak abes ah bro..
pertama kali aku jatuh cinta... diwaktu itu ku rasa bahgia.. bintang bercahaya menyinari malam.... bulan seakan tersenyum pada ku.... ROCKERS.. MELETOP BEB, kirim salam ngan depa semua bro...terutama pada ZAILEHA.. PENGGODA SETIAP JEJAKA.. !!!!
rockuuu...!
hehhehee..mmg smgt rockers btoi..nge3
I loike...!
Mantap Bro Infonya.... Piss Keep Rock n'Roll Yeahhhhhhhhhh....
korang nih...mentang2 depa panggil aku komeng...korang suruh komeng2 plaks...er...no komen.....
http://amirkomeng.blogspot.com/
Yah, penggemar ROCKERS ya? Nice posting, thanks juga udah main ke blogku, salam ya.. :)
AKU SOKONG ROCKERS DARI DULU LAGI... GUA PERCAYA SAMA ROCKERS. AKU SUKA ALL THE MUSICIAN ROCKERS ESPECIALLY IRMAN DAN RASHID DAN BJ DAN HAMZAH. PERMAINAN DEORANG TETAP MANTAP HINGGA KINI.
ROK TERUS ROK!!!
Ngeh3..bila ila masuk blog neh..rasa terock kapak jugak..ehheh
saya cadangkan supaya anak2 ahli kumpulan rockers bergabung menjadi rockers jonior.. hallamak, boleh jadi gempak nusantara macam ni.
amacam cadangan saya? ki..ki..ki..
syabas saudaraku , coz memberi info yg amat menarik ttg rock. saya remaja era rock melanda negara. Hingga kini istilah rock tak pernah padam dlm ingatan saya.
Cuma saya berharap agar difilemkan ttg kisah kembara seni artis rock di malaysia( boleh juga dari s,pore).
Setakat ini hanya filem ROCK arahan Mamat khalid yg difilemkan. Filem tu berkesan di hati saya. Teringat era kegemilangan Lefthanded, Search, wings, dll.
ROCK DULU, KINI DAN SELAMANYA.
kumpulan ini wa minta dulu,wa membesar zaman seacrh,may,wings tengah naik..tahun 1986...wa caya sama lu rockers..rock is back..nanti wa turun sama dgn anak bini wa..lu org layan lagu kekejaman,tapi wa layan lagu memori
salm...apapunrockers tetap unggul dalam kelasnya yg tersendyere.....yeyeahhhhh!!!!!!!
(goyang kepala)......
salam..wa caya ama lu huhu
orang sekarang dengar lagu memilih
semua nak lagu baru je
lagu lama tak suka dengar
dorang cakap lagu lama buat sakit telinga jje
padahal lagu lama mempunyai kuliti tersendiri.
First album kumpulan nie tahun saya lahir. Dah nak masuk 22 tahun lew hehe
gua suka lagu "kekejaman".....sangat suka..
Rock2 dulu koi rase banyok mende yang disampeikan.Jiwang2 juge tapi maklumat tu yang penting.Rock2 juge solat jangan lupe...
A'kum... dulu Mama paling minat gila dengan Joe & Hamzah...
Bila beli majalah URTV kalau ada gambar mereka, Mama akan gunting kasi lekat kat dinding..
Berangan nak kawin dengan diaorang.
Tapi sapa la Mama.. mereka handsome, glamer..
Mama pulak jelita masa tu.. :D
Tapi Mama dapat jugak kawin dengan suami Mama, seorang rocker juga..
Syabas Rockers..
Kalau boleh, bikin album lagi.
Mama dan rakyat Malaysia akan support Rockers..
Ya....
kami semua rakyat M'sia mahu Rockers bikin album terbaru dengan lagu-lagu best seperti album kekejaman dulu.
Buat album baru!
Buat album baru!
Buat album baru!
Rok Terus Rok!
From Brunei Darussalam,
We support ROCKERS.
We want the new album.
Rock never die
salam rockers, kak cabai sokong apa saja yang berkaitan rock cuma jagn melampaui batas dah.. aku dah bosan.. aku dah bosan.. aku dah bosan..
Dah lama aku cari info pasal kumpulan hebat ni. tak jumpa..
Lastly aku jumpa juga di blog creshk ni.
Aku akan turun 30 mei ni dengan 20 orang lagi bebudak kampung batu 9, Jeniang. Kami nak tengok otai2 rock. Termasuk Rockers. Nak bergambar sekali dgn Irman & BJ.
Kita kasi pecah!!
band creshk lu tu turun ke?
satu yg respek band2 Singapura masa tu dorang mesti buat lagu sendiri...tak kisah la kalau ada ciplak sana sini sikit kan...yang penting main lagu sendiri...
aku suka lagu Zaileha...
rockers wif ratu kebaya cak lempong.. mmg manthops n gorjes..
tapi ni mmg nostalgic betullah.. HiDup RocKErs..
Ingat rock
Ingat Rockers...yeah
rockers? huh..
cite pun x guna bader..
mmg gua layan..
br tau kekejaman zaileha dlm kisah cinta dua insan..
kah kah kah
teruskan bro! bukan senang nk bikin cam lu bikin..
=).
best!
Gua pun membesar dengan lagu2 ROCKERS.
Masa tinggal di sg. petani kedah dulu gua sanggup pegi jauh ke selatan semata-mata nak tengok show rockers di JB. Masa tu tahun 1990.
Sekarang gua dah 42. Lama masa berlalu but Rockers tetap gua sanjung.. Gua comfirm turun nanti.
Rockers, nantikan kedatangan gua.. hah..hah..
Majid legenda rock online
sy x tau sgt psl kumpulan rockers ni... sy kenal irama rock sejak 3 tahun... lagu pertama yg sy dengar adalah isabella... tu adalah band rock yg mmg sy suka smpai skang....
tapi sy mmg sgt minat muzik rock... terutama petikan gitar mereka & pukulan drum... jiwa begar punya =)
nk carik ar gak lagu kekejaman ni cam ne... okay by =)
yg best tu,dulu2 dh pakai seluar skiny tu,tp skrg dh mula blk bdk2 cr seluar skiny tu kan..aizat tu pun pakai..
anak2 sis mmg suke pakai seluar skiny rocker tu,tp x le rock nya dia...hehehe
hidup rock!!!!!!!!!!!!!
kita suke rockers otai sekali bkk mulut..haaa tangkap lentok..x sama rockers skrg,nk kata rock mcm x rock..lg best rock rambut sarang tebuan tu kan..bru nmpk rockk...yeahhhh yeahhhh
Rockers,
kami menantikan anda beraksi.
bawa ajizz perform sekali.
Yeah ! brader Rockers..kirim salam gua sama Zaileha..orait !
aiseh!!..info psl rockers memang gua tunggu!..zaman diorang tgh naik gua masih bebudak lagi haha..anyway band punk rock kl 'dirty dogs' time perform dekat gig musti bwk cover kekejaman versi punk!..sempoi gak~
Sejarah kumpulan Rock Malaysia bermula secara meluas pada akhir tahun 1980-an.Ini adalah bahang dari budaya muzik rock barat yang mendorong kemunculan kumpulan rock tempatan. Kemunculan kumpulan rock tempatan menjadi semakin galak berkembang dengan terdapatnya pertandingan peringkat kebangsaan seperti Juara Rock, Festival Rock dan Battle Of The Bands 1 & 2.
Kini, berada di era millenium, muzik rock terus bertahan walaupun perubahan aliran muzik ini begitu ketara dari segi lagu dan liriknya. Banyak band indie (bebas) yang tumbuh seperti cendawan. Ada yang sudah berjaya dilamar syarikat rakaman dan ada yang masih berjuang di bawah tanah (underground).
Pertandingan kumpulan rock kebangsaan yang pertama diadakan di Malaysia adalah pertandingan Juara Rock 1983. Dalam pertandingan ini, ia telah dimenangi oleh D'Febians dan The Lefthanded. Berikutan dengan sambutan hangat oleh golongan pemuda, pada tahun berikutnya, ia diikuti dengan pertandingan Juara Rock 1984. Dalam pertandingan Juara Rock 1984, The Burnmarks menggondol tempat pertama, Hurricane dari Johor Bahru menggondol tempat kedua, dan tempat ketiga oleh kumpulan Gersang.
Berikut dengan sambutan hangat dari pertandingan Juara Rock ini turut menggalakkan pertandingan rock lain diadakan seperti Festival Rock 1984 yang diadakan di Dewan Jubli Intan, Johor Bahru. Gagasan Juara-Juara Rock ini secara langsung telah menggalakkan semakin banyak kumpulan pemuzik rock ditubuhkan. Bidang muzik rock di Malaysia semakin hebat dan memuncak dengan kehadiran Gagasan Battle Of The Bands 1 & 2 (1986-1987).
Perkembangan muzik rock yang semakin hebat mencetuskan beberapa siri pertandingan rock seperti Clash Of The Bands, War Rock 1 hingga 4, Gagasan Batu-Batu Perjuangan, Gagasan Hikayat Rok (yang di anjur oleh papa Ali (Ali Bakar ')), Juara Kumpulan Muzik Tenggara 88, Juara Rock Galactica, dan Pesta Hiburan Kingsway. Bagaimanapun imej rock tercalar dengan kejadian mengamuk di tapak pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang pada 1986 semasa Battle Of The Bands.
Penampilan kumpulan-kumpulan rock yang berambut panjang mencetuskan bantahan daripada masyarakat umum dan mendorong kepada pihak kerajaan menghadkan penampilan imej yang dianggap tidak sesuai daripada saluran media kerajaan bermula pada tahun 1988. Langkah ini termasuk tidak membenarkan kumpulan yang berpakaian tidak rapi atau berambut panjang ditonjolkan dalam media kerajaan seperti Radio & TV RTM, kecuali sekiranya mereka bersedia memotong rambut dan berpakaian kemas. Langkah ini dikenali sebagai digam RTM oleh masyarakat umum.
Bagaimanapun, saluran media swasta tidak dihalang daripada menyiarkan dengan kumpulan muzik ini. Ini adalah kerana kerajaan berpendapat, media kerajaan tidak seharusnya terbabit atau digunakan bagi menggalak unsur-unsur negetif. Sehubung dengan itu, media swasta seperti TV 3 menjadi saluran utama bagi pemuzik rock untuk mengasah bakat. Sebagai contoh kumpulan seperti Search, MAY dan Mega muncul di peringkat akhir Juara Lagu anjuran TV3.
Di samping itu, ramai pemuzik rock Malaysia bertukar ke arena "underground". Tanpa siaran TV ataupun radio, kumpulan rock seperti Cromok, FTG dll masih berjaya mengumpul peminat.
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
rOwk!!!!!hee
wah..mmg lu peminat setia larh kan..
semua lu tahu..
yg gua tahu..kumpln SEARCH je..
ia isabella..
lambang cinta yg lara..lalalaa~
anyway..keep it up! rOWK!!!!^_^
Nampak gaya Afzanizam punya komen/info..fuh, hebat sehebat Cromirama. Aku tak tahu banyak tentang kumpulan ni, bagi aku no. 1 tetap S/Charity. Kekejaman dan Illusi Mimpi ada kelas tersendiri. Mungkin rock aku hanya sederhana...anywayyy up to you.
Alolo abg rockers, i x kenal lah kump ni.. Mayb masa dia popular dulu i lum lahir kot.. Neway nice en3 coz perkenal kan blk kump rockers yg fofular satu masa dulu..supaya generasi skunk kenal gak rockers2 malaya yg fofular dolu2.;)
i love rock..
Teruskan lagi...cari artikel2 rock kapak yang best2
Rockerz r back? YeaRghhh..
Mawnya kuar air mata darah kalau dpt tgk rockerz live in acti0n nanti..
Gud inf0.. Keep it up bra.. ErR.. Bro..
rockers membawa sesuatu pembaharuan dalam detiap album....muzik padat/..dan satu g vokal brader joe sempoi...memang sesuai ngan konsep..teruskan perjuangan....
salam brader rockers semua..muzik rockers sentiasa membawa kemajuan dalam setiap album...vocal brader joe sempoi...1 in a milion..teruskan perjuangan rockers....
salam brader rockers semua..muzik rockers sentiasa membawa kemajuan dalam setiap album...vocal brader joe sempoi...1 in a milion..teruskan perjuangan rockers....
┌─┐ ─┐
│▒│ /▒/
│▒│/▒/
│▒ /▒/─┬─┐
│▒│▒|▒│▒│
┌┴─┴─┐-┘─┘
│▒┌──┘▒▒▒│
└┐▒▒▒▒▒▒
└┐▒▒▒▒┌
Peace no war...
Selamatkan Palestin.. Tanggungjawab Yang Wajib Ditunaikan ... Selamatkan Gaza!
Ratusan ribu rakyat Palestin berada di ambang kebuluran..
Misi KeAmanan dari kami…
http://firestartingautomobil.blogspot.com
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
Sorry bebanyak agak ketinggalan lah banyak entry kamu... coz banyak hal sibuk ngan bagai-bagai urusan lah... Sorry...
bila nak update citer rock kapak baru boh?
First class info.... Semua rockers wajib tau info ni. Sedikit info tambahan, pada tahun 1991 Rockers telah menukarkan nama kepada Rockerz dan muncul dengan sebuah lagi album berjudul 'Dukun'. masih mengekalkan anggota lama kecuali vocalist dan second guitarist digantikan oleh brader Jumat dan BJ.
....Brader Nas Ahmad (wartawan rambut ketak) telah menyumbangkan beberapa buah lagu dalam album ini antaranya Kehancuran, Kau Mentari dan Bunga Bumi.
....bro aku rasa info kat atas tu ada sedikit tambahan,, bro kalau tak salah... lagu Bunga Bumi ialah dari album ROCKERZ 1991... time nie jumat vocal... sorry kalau silap
salam...
rock jiwa...saya..
* folo ur blog..
wah, ramai gak yang minat rock ni ;) im one of them.. terpengaruh dengan pkcik + my dad.. abah NS suke rock dulu especially = Alleycats..
yuhuu slm perkenalan ye!tadi tengah bosan kat office buat invois..apalagi kite ngan officemate ber 'u tube' ler buka lagu rock he3...barulah semangat sikit buat keje..asyik dgr lagu meliang lentok jiwang2..lagi lemah nak buat keje he3...
salam brader rockers semua..muzik rockers sentiasa membawa kemajuan dalam setiap album...vocal brader joe sempoi...1 in a milion..teruskan perjuangan rockers....
salam..kepada peminat rockerz, anda boleh menyaksikan persembahan rockerz di stadium tertutup mbjb johor pada 22 december 2012. maklumat lanjut di http://www.facebook.com/events/249492838512258/249500365178172/
terima kasih.
Bergoyang jiwa gua baca kisah kisah rockers ni. Rasa macamgua kembali pada zaman gua dulu..terbaik la braderr!!!
Mentari....kau bagai mentari.....sinari hidup ini...penuh beerti oooo...selalu disisi...mulanya xingin kubrcinta lg tapi keranamu kucubaaaa...
My all time favorite Singapore rock band!! Yeah!!
Macam mana nk follow band Rockers punya perkembangan terkini? The best Singaporean rock band!
Besi beracun ....
Sekarang ni aku masih melayan lagu2 rock,walaupun aku dan sedikit berumur,lagu2 rockers adalah sebahangian dari seni yang aku minati,biarkan tahun bergantian,rock tetap diminati dan aku terus menjadi pendengar yg setia.
Tak jemu layan lagu2 band Rockers ni!
Tak jemu layan lagu2 band Rockers ni!
Kehancuran di hati..aku sendiri..kini telah terjadi..takkan ku sesali..
nostalgia lagu “Kehancuran” ni..
Kalau jaming lagu kekejaman dengan memori lagu wajib
gua layan lagu memori...walaupun gua tau lagu tu copy band sinner..
Post a Comment