Ad Hoc.
Kehadirannya pernah menghangatkan lagi persada muzik rock tempatan pada awal
90an.
Ad Hoc
terdiri daripada 5 orang anak muda yang berasal dari Banting Selangor yang pada
mulanya adalah dari band-band yang berlainan. Mereka bergabung atas dasar satu
hati dan semangat demi minat yang mendalam terhadap bidang muzik. Ad Hoc didefinisikan
sebagai satu tindakan yang dilakukan dengan serta-merta.
Ad Hoc - Dari kiri Tutooi (drum), Along (gitar), Lee (vokal), Deen (bass) dan E'pinn (gitar utama) |
Bermula dari satu pertandingan antara band yang berlangsung di Kompleks Pertama Kuala Lumpur, bakat dan kemampuan mereka telah menarik perhatian juri dan pihak penganjur pertandingan. Akhirnya mereka diberi peluang untuk merakamkan album oleh DJ Ainol Jamal yang bertugas di Selangor F.M.
Di bawah
label Suria Records (SRC), Ad Hoc mula menjalani rakaman album sulung
mereka.Antara kumpulan-kumpulan rock yang turut bernaung dibawah Suria Records
ketika itu adalah Keno, Metafora, Menara dan Evolusi. Rakaman album Ad Hoc
menjalani masa rakaman selama 3 bulan di Studio Fantasia.
Berkat usaha keras dan sokongan ramai, akhirnya album ‘Manis’ telah berjaya dihasilkan. Album ini diterbitkan oleh Usop dan Hattan pada tahun 1992. Album yang bergenrekan slow rock dan hard rock ini mengandungi lagu-lagu hits seperti Manis, Berpisah Untuk Bertemu, Di Puncak Takdir dan Menanti Maaf. Ad Hoc sendiri turut menghasilkan dua buah lagu mereka dalam album ini antaranya RnR (Kau Suka) dan Prajudis. Album ini terjual hampir 25,000 unit.
Berkat usaha keras dan sokongan ramai, akhirnya album ‘Manis’ telah berjaya dihasilkan. Album ini diterbitkan oleh Usop dan Hattan pada tahun 1992. Album yang bergenrekan slow rock dan hard rock ini mengandungi lagu-lagu hits seperti Manis, Berpisah Untuk Bertemu, Di Puncak Takdir dan Menanti Maaf. Ad Hoc sendiri turut menghasilkan dua buah lagu mereka dalam album ini antaranya RnR (Kau Suka) dan Prajudis. Album ini terjual hampir 25,000 unit.
'Manis' (1992) - foto:wiraaz |
Lagu Manis
ciptaan Awang BPR pernah dicalonkan dalam Juara Lagu (Muzik-Muzik) TV3. Ad Hoc juga
berjaya menempatkan diri sebagai finalist Malaysian Top Chart selama 2 bulan
berturut-turut. Mereka juga tidak ketinggalan mengadakan konsert terbesar di
Dataran Merdeka. Segala pengalaman yang dilalui Ad Hoc ketika itu amat manis
belaka.
Tahun 1993,
beberapa anggota Ad Hoc pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Van yang
dinaiki mereka untuk promosi album bergolek di atas jalan raya kerana
pemandunya mengantuk. Bersama Ad Hoc, beberapa anggota kumpulan Menara juga turut
terlibat. Mujurlah cuma kecederaan
sahaja yang dialami mereka, tiada kehilangan nyawa.
Kumpulan Ad Hoc |
Kenapa Ad
Hoc Cuma satu album? Kenapa tiada album kedua? Sebenarnya lagu-lagu untuk album
kedua Ad Hoc sudahpun ada. Cuma vokalis Ad Hoc, Lee ketika itu mengalami
masalah vocal dan tidakdapat menyanyi dengan baik. Pihak syarikat rakaman
mahukan vocal yang lain dan ini amat mengecewakan Ad Hoc. Justeru itu kontrak
Ad Hoc sebagai artis rakaman ditamatkan oleh SRC. Anggota-anggota Ad Hoc kemudiannya
membawa haluan masing-masing. Ada yang masih terlibat dalam bidang seni dan perniagaan
sendiri.
Khabarnya Ad
Hoc akan membuat kemunculan mereka kembali. Bila? Tunggu… Tapi vokalisnya
bukanlah Lee. Kerana Lee sedang syok dengan kerja di belakang tabir drama dan
filem. Apa-apa pun all the best & good luck buat Ad Hoc. Salam manis dari
gua dan peminat-peminat rock semua!!
Sumber/Rujukan : Tutooi & Deen Ad Hoc
Sumber/Rujukan : Tutooi & Deen Ad Hoc
No comments:
Post a Comment