Trimmer. Mungkin ada rockers di luar sana yang tidak pernah
mendengar nama kumpulan rock ini. Band ini agak kurang menonjol, mungkin kerana
kewujudannya di tengah-tengah saingan rancak kumpulan-kumpulan rock yang ketika
itu tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.
Trimmer - dari kiri Gman, Cher, Killa, Din dan Azees |
Trimmer atau nama asalnya Rentas ditubuhkan pada tahun 1990
di mana kebanyakan anggotanya berasal dari Temerloh, Pahang. Anggota-anggota
Trimmer adalah Aziman Yusuf @ Gman (gitar), Mohamad Faishal @ Cher (gitar),
Mohamed Razif @ Aziez (bass), Raja Jani RajaYusof @ Kila (drum) dan Borhanudin
Suyot @ Din (vokal).
Trimmer membawa maksud ‘Trim’ iaitu imej kemas berambut
pendek yang perlu dipatuhi oleh setiap anggotanya demi menyahut saranan
kerajaan. Nama ini juga membawa maksud ‘Terima’ dimana setiap anggota Trimmer
menerima segala cabaran pada waktu itu untuk berjaya dalam bidang muzik.
Sebelum menjadi artis rakaman, mereka menetap di Johor dan
bekerja di tempat yang sama. Ini membuatkan mereka rapat dan kebetulan pula
mereka mempunyai minat yang sama dalam bidang muzik. Masa yang terluang atau
waktu cuti dipenuhi dengan aktiviti jamming dengan menyewa studio yang
berdekatan.
Dalam masa yang sama mereka banyak menyertai ujibakat
bersama syarikat-syarikat rakaman. Bakat dan kemampuan mereka telah dinilai
oleh komposer M.Nasir lalu seterusnya mereka dipelawa untuk merakamkan album di
Singapore di bawah naungan Mastersound Records Sdn Bhd. Di bawah Mastersound
Records juga ketika itu bernaungnya artis rock Y dan kumpulan Viva.
Album Trimmer - Noktah Hitam |
Dalam menjalani rakaman album, Trimmer tidak terkecuali
menghadapi pelbagai dugaan. Kadangkala rakaman untuk satu lagu memakan masa
selama berminggu-minggu dan membuatkan mereka hampir putus asa. Tetapi demi
muzik mereka gagahkan jua.
Selepas dua tahun album Trimmer berjaya dilancarkan. Album
yang berjudul Noktah Hitam itu diterbitkan oleh Rosli Mail dengan berkonsepkan
rock dan heavy metal. Sebanyak empat buah lagu ciptaan Trimmer dimuatkan dalam
album tersebut. M.Nasir turut menyumbangkan sebuah lagu berjudul Adil Seikhlas
Pelukanmu yang mana ianya menjadi lagu hits kumpulan Trimmer. Album ini terjual
sehingga 45000 unit.
Kumpulan Trimmer |
Biarpun agak kurang promosi pada era rock, tetapi penampilan
Trimmer di pentas tidaklah menghampakan. Mereka sentiasa memberikan yang
terbaik dalam setiap persembahan di mana saja. Trimmer tidak ketinggalan
mengadakan show bersama kumpulan-kumpulan rock popular tanahair seperti May,
Lefthanded, Rustyblade dan BPR salah satunya di Singapore.
Sehingga kini Trimmer masih lagi aktif. Biarpun telah
kehilangan vokalis asalnya Din yang kembali ke Rahmatullah pada 2012, mereka
tetap bersemangat meneruskan perjuangan dalam muzik bersama vokalis baru
Trimmer, Aimi. Semoga terus berjaya.
Al-fatihah buat arwah Borhanudin Suyot, vokalis asal
Trimmer..
6 comments:
terbaik....best of the best....band TRIMMER.... gitarisnya terbaik Gman...
Lin crishk rare...
terbaik band TRIMMER...padahal lagu-lagunya bagus.... skil bermusik tinggi...
CHER , GMAN ....PENAH MAIN JAMMING/SHOW ORANG KAWIN DGN AKU KAT KAMPUNG.... LAMA X JUMPE DIORANG....
cher, gman penah men jamming/show kenduri kawin dgn gua kt kampung....huhuhu lama x jumpa diorang niii
CHER , GMAN ....PENAH MAIN JAMMING/SHOW ORANG KAWIN DGN AKU KAT KAMPUNG.... LAMA X JUMPE DIORANG....
CHER , GMAN ....PENAH MAIN JAMMING/SHOW ORANG KAWIN DGN AKU KAT KAMPUNG.... LAMA X JUMPE DIORANG....
Post a Comment