FOTOGRAF, sebuah nama yang begitu popular dalam industri
muzik tanahair bermula era penghujung 80an. Kehadiran mereka 'menggetarkan' lagi
irama muzik rock yang ketika itu sedang hangat dan digilai oleh masyarakat
tidak kira usia.
Pada awalnya setiap anggota kumpulan ini menganggotai
band-band yang berlainan. Bermula dari penyertaan Battle Of The Bands serta
sesi ujibakat oleh setiap anggotanya, akhirnya bakat mereka disatukan sebagai
sebuah kumpulan yang seterusnya membawa kepada rakaman album. Nama Fotograf
diberikan oleh seorang PR yang bernama Dino pada waktu itu. Mereka menjadi
artis pertama yang merakamkan lagu Melayu di bawah label Sinar Muzik
Production, iaitu sebuah syarikat rakaman milik Cina di Cheras yang mana di
bawah syarikat ini turut bernaungnya kumpulan Rajawali dan Damasutra
kemudiannya.
Lineup awal Fotograf - Amran, Ringo, Shahrul dan Shamrin |
Ketika mula menjejakkan kaki di studio rakaman, kumpulan ini
tidak terlepas berhadapan dengan masalah untuk menyesuaikan diri. Namun atas
semangat juang yang tinggi beserta dorongan daripada pelbagai pihak akhirnya
album pertama Fotograf berjaya dihasilkan.
'Iramanya Menggetar' (1989), merupakan album sulung Fotograf.
Di awal kelahiran album ini sambutan yang diterima tidaklah begitu
memberansangkan. Tetapi lama kelamaan nama Fotograf menjadi kian popular.
Semuanya berpunca dari lagu Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal yang seringkali
diputarkan oleh stesen-stesen radio dan televisyen sehingga menjadi siulan
ramai khasnya golongan muda mudi.
Waktu itu undangan show yang diterima tidak putus-putus.
Meskipun masing-masing bekerja, namun di setiap hari cuti masa mereka
dihabiskan dengan memenuhi undangan show di ekspo-ekspo dan sebagainya. Boleh
dikatakan van yang mereka naiki untuk ke seluruh negara umpama rumah kedua mereka
pada setiap Sabtu dan Ahad.
Berikutan sambutan positif yang diterima, maka pada tahun
berikutnya terbitlah album kedua kumpulan ini yang berjudul '7:30 Psikosis'
(1990). Selepas album ini Amran (pemain bass) menarik diri dari Fotograf lalu
menganggotai Damasutra. Tempatnya digantikan oleh Said.
Kemunculan album ketiga membawa tuah bagi kumpulan ini.
Album yang berjudul 'Fotograf' terbitan 1992 ini terjual laris di pasaran dengan
angka melebihi 50 ribu unit. Lagu Di Alam Fana Cinta dari album ini menjadi
antara lagu yang popular di Malaysia waktu itu sekaligus membuatkan nama
Fotograf berada di puncak popularitinya.
Lagu ini menjadi juara kategori rock dalam anugerah Muzik
Muzik TV3 pada tahun 1992 dan juara dalam Pujaan 10 Nescaffe. Lagu ini juga berjaya
menempatkan Fotograf sebagai juara dalam anugerah artis popular Singer. Ini
menjadikan Fotograf sebagai artis rock Malaysia pertama yang melakar sejarah
memenangi 3 buah anugerah dalam satu masa. Lagu Ke Pintu Kasihmu juga tidak
kurang hebatnya sehingga berjaya memasuki pusingan separuh akhir Muzik-Muzik
pada tahun yang sama.
Fotograf - Shahrul, Ringo, Shamrin, Almi dan Said |
Setiap show dan konsert Fotograf sentiasa mendapat sambutan
hangat. Suatu ketika di Sarawak, sambutan yang diberi oleh peminat-peminat di
sana sungguh di luar jangkaan umpama sambutan terhadap artis terkenal
antarabangsa. Ketampanan wajah anggota-anggota Fotograf membuatkan ramai wanita
tidak tentu arah sehingga ada yang pengsan dan histeria apabila tidak dapat
bertemu mereka. Diajak bercinta dan
berkahwin itu perkara biasa. Fotograf pernah dibaling baju dalam ketika membuat
show dan lebih menakutkan lagi, bilik hotel penginapan mereka hampir diserbu
masuk oleh peminat-peminat wanita.
Berikutan kepopularitian Fotograf, maka tidak hairanlah
syarikat rakaman menyediakan satu bilik khas untuk menempatkan lambakan
surat-surat serta hadiah yang dikirimkan oleh peminat-peminat kepada mereka.
Hadiah-hadiah yang diterima Fotograf antaranya berupa T-shirt, kalung, gelang
serta jam tangan. Kerana ketiadaan masa, kumpulan ini mengupah pekerja untuk
membalas surat-surat peminat dengan poskad yang telahpun sedia ditandatangani
mereka.
Kejayaan album ketiga membangkitkan inspirasi Fotograf untuk
menghasilkan album-album mereka yang seterusnya iaitu Fantasi (1994), Fokus
(1995) dan Juara Mimpi (1997). Ketiadaan Shahrul, Almi dan Said atas sebab
krisis dalaman dan sebagainya tidak merencatkan perjalanan Fotograf untuk terus
mencipta nama. Pun begitu Almi hadir semula bersama Fotograf dalam album Fokus
dan Juara Mimpi. Kali ini terbitan EMI. Lagu yang menjadi hits dalam kedua-dua
album ini adalah Luka Seribu Rindu dan Nafas Kekasih.
Album-album Fotograf |
Sesungguhnya sesuatu perjalanan seni itu tidak lari dari
menempuh cuaca malap dan suram untuk sampai ke penghabisan. Begitulah yang
terjadi pada Fotograf. Kelahiran artis-artis baru dalam persada muzik lewat
90an membuatkan nama Fotograf seakan kian tenggelam. Mereka tidak lagi aktif
berbanding dahulu.
Tanggal November 2007, industri hiburan dikejutkan dengan
penahanan Ringo (pemain drum) yang disyaki terlibat dalam pengedaran dadah di
Venezuela. Ringo dipercayai dianiaya oleh seorang warga Malaysia yang
memintanya membawa beg berisi kokain seberat lebih 4 kilo. Akibatnya beliau
terpaksa menghuni seketika di penjara El-Rodeo 1, Caracas, Venezuela.
Tiga tahun kemudiannya Shamrin pula pergi menyahut panggilan
Ilahi. Industri muzik negara bagai kehilangan sebutir permata yang tinggi nilainya.
Arwah yang menghidap serangan jantung pergi membawa bersama identiti Fotograf
yang tidak mungkin dapat dicari ganti.
Tidak akan ada Fotograf yang baru walaupun anggotanya yang
lain masih ada. Ini kerana keunikan vokal arwah Shamrin lah yang menjadi
kekuatan Fotograf sehingga mencorakkan imej tersendiri Fotograf semenjak dari
awal pembabitan mereka.
Khabarnya Ringo akan kembali semula ke tanahair tidak lama
lagi. Beliau kini bergiat aktif dalam bidang lukisan dan muzik di sana. Anggota
Fotograf yang lain pula sedang sibuk dengan pekerjaan dan kehidupan
masing-masing. Semoga semuanya di dalam rahmat Allah.
Walaupun tiada lagi perjalanan seni Fotograf, namun nama
mereka masih lagi diingati, titipan-titipan mereka masih lagi dinikmati dan
dihargai..
..dan yang pastinya.. iramanya akan terus menggetar..!!
Sumber : temubual bersama bekas pengurus Fotograf, Abang
Big.
13 comments:
(Zek Rockerz,sgpore) Al-fatehah buat Shamrin....moga ditempatkan bersama org2 beriman. Kehilangan arwah adalah 1 kehilangan yg amat besar dlm industri rock. Arwah bersama antara penyanyi2 yg telah pergi meninggalkan kita. Kpd penyanyi2 yg lain...terus kekalkan perjuangan dlm industri ini....Sekian wassalam...
uncle shahrul(shahrul fotograf) adalah bapa saudara isteri saya.sekarang menetap di kl.....bila di ajak berbual ttg pjalanan fotograf,beliau hanya tersenyum dan enggan bercerita lanjut......sedehhhhhhhh xdpt dgr apa2 dari mulut beliau sendiri......
uncle shahrul(shahrul fotograf) adalah bapa saudara isteri saya.sekarang menetap di kl.....bila di ajak berbual ttg pjalanan fotograf,beliau hanya tersenyum dan enggan bercerita lanjut......sedehhhhhhhh xdpt dgr apa2 dari mulut beliau sendiri......
uncle shahrul(shahrul fotograf) adalah bapa saudara isteri saya.sekarang menetap di kl.....bila di ajak berbual ttg pjalanan fotograf,beliau hanya tersenyum dan enggan bercerita lanjut......sedehhhhhhhh xdpt dgr apa2 dari mulut beliau sendiri......
Assalamualaikum...sesiapa ada berita mengenai ringo atau sham ahmad pls reply me asap...tq
Assalamualaikum...sesiapa ada berita mengenai ringo atau sham ahmad pls reply me asap...tq
Abg Sham @ Ringo dah balik Malaysia. Baru dapat cucu.
Tumpang lalu...boleh x bg info tentang Khalis, bassist Fotograf. Tq
Assalamualaikum..boleh tahu perkembangan terkini ringgo?masih melukis?
Salam.. knp cari ringo @ sham ahmad?
"Anonymous Anonymous said...
Assalamualaikum...sesiapa ada berita mengenai ringo atau sham ahmad pls reply me asap...tq"
Salam , tolong bagi no Tel sy akn cuba hubungi Ringgo. Tq.
"Anonymous Anonymous said...
Assalamualaikum...sesiapa ada berita mengenai ringo atau sham ahmad pls reply me asap...tq"
Salam , tolong bagi no Tel sy akn cuba hubungi Ringgo. Tq.
love the voice. love the music. it belong to Shamrin. May Allah bless his soul. Aameen.
Post a Comment