Sunday, December 29, 2013

Afzainizam Ismail

Afzainizam Ismail

Setelah sekian lama mencari, akhirnya jumpa juga gua dengan FB Afzainizam Ismail. Siapa Afzainizam Ismail ni? Bagi generasi muda tentu ramai yang tidak mengenali nama ini. Tapi bagi pencinta muzik rock tempatan seperti gua, nama ini merupakan sebuah nama tersohor yang telah banyak memberi sumbangan terhadap industri muzik rock tempatan. Beliaulah pencipta lagu, penulis lirik dan juga penerbit album. Bersama-sama beliau yang setia menjadi tulang belakang dalam menemani perjalanan seni beliau adalah isteri tersayang, Nor Azimah.



Kedua-dua merekalah yang telah menaikkan nama kumpulan-kumpulan rock terkenal tanahair antaranya Dinamik, Menara dan Evolusi. Album Dinamik , Revolusi Mental (1991) merupakan salah satu album terbitan Afzainizam Ismail yang mana dalam album ini terdapat banyak lagu ciptaan Afzainizam dan lirik ditulis oleh  isteri beliau sendiri. Lagu Antara Gadis ciptaan mereka berdua telah berjaya mempopularkan nama Dinamik sekaligus meletakkan industri muzik rock tempatan ke taraf yang lebih tinggi. Hingga kini lagu Antara Gadis menjadi siulan ramai dan sering berkumandang di radio walau telah 30 tahun berlalu. Tahniah diucapkan.


 
Kumpulan Menara - Antara kumpulan rock yang mendapat sentuhan Afzainizam dan Azimah


Bukan setakat kumpulan rock, Afzainizam Ismail juga telah banyak menerbitkan album dan mencipta lagu untuk artis-artis lain termasuklah DJ Dave dan adik-adik beliau sendiri iaitu Nas Atea dan penyanyi popular Khairool Idlan Ismail. Lagu Aku Yang Kau Panggil Sayang yang mempopularkan Khairool Idlan juga merupakan ciptaan terunggul Afzainizam dan Azimah.



Dari kiri, Afzainizam Ismail, Khairool Idlan (adik) dan Azimah

Afzainizam Ismail suatu ketika dahulu



Khabar duka yang diterima, Azimah kini terlantar di hospital akibat penyakit barah tahap 4. Afzainizam yang  sedang dalam kesedihan dan keletihan tetap setia menjaga isteri tersayang. Sama-sama kita doakan agar Nor Azimah cepat sembuh.



Walaupun tidak sepopular artis, namun jasa mereka dalam memartabatkan industri muzik tanahair amat-amat dihargai. Walau seribu tahun berlalu, nukilan mereka tetap mengharum sepanjang zaman..


8 comments:

deaf-angel said...

lama kau tak post eh..
aku suka blog kau

Anonymous said...

Kak Azimah telah pergi menghadap ilahi pada ptg tadi...Al-fatihah buat arwah..

Anonymous said...

Kak Azimah telah kembali ke rahmatullah ptg tdi..sama2 sedekahkan Al-Fatihah buat arwah..semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan org2 yg beriman

deaf-angel said...

I just return to this blog, saje je tergerak hati, and read that Mdm Azimah has passed away.

Semoga Arwah tergolong dalam golongan mereka yang beriman, dan semoga sentiasa dilindungi Allah. Amin.

Anonymous said...

ni lah pakcik yg slalu ajar aku nyanyi.. terbaek pkcik ni, ajar nyanyi xpnh mrh2 teruk2, dan pakcik ni satu taman gn sy.. bln lepas sy ada tnampak pkcik ni,makin kurus die.. sdih sy tgk :'(

afzanizam said...

Nama aku mmg sempena nama org ni.. masuk 40tahun lebih baru aku kenal siapa org nye..

Anonymous said...

Aku pun baru kenal. Mak aku pun bg nama ni.

Taki said...

Salam

Mohon pemilik blog ini hubungi saya kerana saya sedang menjalankan research mengenai muzik rock.

Terima kasih

Dr Muhamad Takiyuddin Ismail UKM
019-2060568