Showing posts with label Di Sebalik Semangat Rock Anak Muda Kuantan. Show all posts
Showing posts with label Di Sebalik Semangat Rock Anak Muda Kuantan. Show all posts

Sunday, March 28, 2010

Di Sebalik Semangat Rock Anak Muda Kuantan (Behind The Spirit of Rock)




Melihat gambar di atas, pasti anda berkata “..macam pernah ku lihat gambar ini, tapi di mana ya…”

Ya, gambar ini pernah menghiasi sebuah akhbar tempatan yang memaparkan sekumpulan remaja Kuantan yang menghabiskan masa cuti sekolah mereka di tempat-tempat awam dengan mengenakan pakaian era Rock Kapak 80an. Sekali pandang, mereka seperti mat-mat Rock singgah berehat selepas penat berjalan. Walaupun tidak disukai oleh sesetengah pihak, namun sekumpulan remaja ini telah berjaya menghidupkan suasana zaman Rock dan berjaya menarik perhatian ramai termasuklah wartawan yang merakam gambar mereka dari jarak jauh ini.

Gua rasa kesemua remaja dalam kumpulan ini meminati muzik Rock. Dan gua amat pasti idola mereka adalah artis-artis zaman Rock kapak dan Battle Of The Bands. Seperti yang kita tahu dressing mat-mat rock pada zaman itu kebanyakannya sering mengenakan seluar pvc, jeans, jeans lusuh dan berkulit ketat, kasut hitop especially jenama Aliph, apparel bercorak belang rimau, bandana (key) dan rambut panjang berketak. Lihat saja filem ROCK arahan Mamat Khalid. Rata-rata anak muda dalam filem itu mempunyai attitude pemakaian yang menyamai kumpulan SYJ, Search dan band rock Singapore, Rockers. Masing-masing memakai seluar slim fit dan membela rambut panjang. Cita-cita nak jadi artis Rock. Sanggup koyak kulit seat bas semata-mata nak buat seluar untuk masuk pertandingan antara band. Waaa... memang dahsyat semangat mat-mat Rock zaman tu. Masing-masing ada misi untuk merubah kehidupan sekaligus menjadikan semangat mereka sebagai nadi bagi memantapkan arena muzik Rock tanahair.

Namun di tengah kepopularan muzik jenis ini, suatu masa dulu Rock sering dicaci dan dibantah oleh sebilangan masyarakat yang lain. Segala macam anggapan buruk, tuduhan dan tohmahan dilemparkan ke arahnya. Sehingga ada yang mengatakankan kaki Rock tiada masa depan. Namun begitu, semangat Rocker-rocker dalam memantapkan muzik Rock negara tidak pernah goyah.

Sehingga kini walaupun zaman telah berubah, lagu-lagu Rock masih mekar dalam hati rakyat Malaysia. Ternyata usaha Rocker-rocker kita berbaloi kerana membuatkan muzik Rock berjaya menjajah jiwa-jiwa masyarakat Malaysia dari segenap lapisan termasuklah golongan seperti remaja-remaja Kuantan tadi. Minat dan ingin merasai suasana keunggulan zaman Rock Kapak membuatkan remaja-remaja Kuantan ini berpakaian seperti rocker-rocker era Rock dahulu. Selain itu mungkin mereka juga berasa bangga kerana kebanyakan Rockers seperti Teras, Massa dan Kafilah berasal dari bumi Pahang. Tapi tak bleh challenge tempat asal gua, Perak - tempat kelahiran beratus-ratus Mat Rock..heh..heh..heh... Apa pun, gua respek remaja-remaja Kuantan tu kerana memeriahkan suasana dengan dressing Rock Kapak walaupun tidak disukai sesetengah pihak. Wa caya lu dik !!

Kenangan yang terukir dari kehangatan fenomena Rock tanahair dahulu membuatkan ramai penulis-penulis blog menceritakan kembali pengalaman manis mereka ketika membesar di zaman itu. Malah ada juga webmaster dan Otai-otai Rock menerbitkan forum-forum berkaitan muzik Rock di internet bagi mengumpulkan peminat-peminat Rock dan membincangkan segala perkara berkaitan isu Rock tanahair. Di corong-corong radio sering diputarkan lagu-lagu Rock Kapak dan Rock Leleh atas permintaan ramai. Kebanyakan production selalu mengitarkan semula lagu-lagu lama untuk jualan album dalam bentuk gabungan kumpulan-kumpulan Rock lama bagi melariskan jualan. Konsert-konsert Rock semakin berkurang. Di televisyen pula seringkali diadakan siaran langsung persembahan artis-artis Rock. Antara mereka yang dijemput membuat persembahan adalah wajah-wajah yang sama, yang seringkali muncul di layar TV iaitu Amy Search, Awie Wings, Nash, Joey BPR, Saleem dan Ella.

...Wahai Malaysian, sampai bila kita harus bergantung kepada mereka yang telah hampir berusia ini...?

Sampai bila kita nak dengar lagu-lagu yang tidak habis-habis dikitar semula..?


Tak adakah anak-anak muda yang mahu meneruskan perjuangan muzik Rock yang pernah gemilang ini?
Tiada siapakah antara anak muda kita yang memiliki semangat Mat Rock yang suatu ketika dulu pernah memartabatkan arena muzik tempatan..?
Apa yang telah terjadi kepada peserta-peserta BOTB Rhtym Of Champion yang dikendalikan RTM? Di mana mereka?
Muzik Rock kita seolah-olah sedang tandus...

Ayuh, kembalilah berkarya dengan mengekalkan kualiti. Muzik kita mampu memecah tembok dunia. Tiada yang mustahil dalam dunia ini. Semuanya terletak pada keyakinan...


p/s - maaf andai ada sesiapa yang x senang dengan entri ini. Ini cuma luahan dari gua, seorang peminat muzik Rock tanahair. Apa-apa pun wa caya sama lu sekalian yang sentiasa menyokong gua dan setia bersama CROMIRAMA

\m/