Showing posts with label Kumpulan Rockers. Show all posts
Showing posts with label Kumpulan Rockers. Show all posts

Monday, May 17, 2010

Rockers Tetap Unggul (ROCKERS Still Great)


Entri kali ini berkisarkan tentang sebuah kumpulan Rock Kapak yang unggul dan terkemuka Singapore. Siapa lagi kalau bukan ROCKERS. Nama ROCKERS pernah berada di puncak kejayaan pada lewat 80an dan awal 90an. Kumpulan ini mempunyai begitu ramai peminat bukan sahaja di negara sendiri, tetapi di Malaysia. Populariti ROCKERS menyamai populariti Search dan ROCKERS adalah kumpulan Rock terbaik Asean pada era Rock.





 
Terdiri daripada 5 orang anggota berdarah Melayu dan Singapore, kumpulan ini membawakan lagu-lagu berentak Hard Rock dan Heavy Metal. Kesemua lagu ROCKERS adalah bertemakan perjuangan, pergolakan dan percintaan.
Album pertama ROCKERS yang diterbitkan pada 1988 telah mendapat sambutan hangat dan terjual melebihi 25,000 unit. Lagu Kekejaman dari album ini juga pernah menjadi lagu terbaik Singapore pada tahun 1988. Begitu juga dengan album kedua ROCKERS, Harakah (1989) yang telah mencatatkan jualan sebanyak 21,000 unit hanya selepas 2 minggu diedarkan. Dengan kejayaan jualan 2 buah album ini, ROCKERS telah dianugerahkan cakera emas oleh Life Record. Dalam album kedua ini Hamzah, pemain bass telah menggantikan tempat Leman Karen yang telah menyertai Rusty Blade.




Rockers sewaktu menandatangani kontrak bersama Life Record (KL). Dari kiri Man Karen, Aziz, Irman, Joe dan Rashid bersama big boss mereka, Mr. Ng Chong Hock

 

Mengenai album ketiga ROCKERS – Andalusia (1990), album ini berkonsepkan speed metal di mana kebanyakan lagu-lagunya berunsurkan ragam Rock yang lebih berat, yang menjadi kegilaan mat-mat rock pada ketika tu. Album ini merupakan album terbaik bagi ROCKERS. Brader Nas Ahmad (wartawan rambut ketak) telah menyumbangkan beberapa buah lagu dalam album ini antaranya Kehancuran, Kau Mentari dan Bunga Bumi.Hampir kesemua album Rockers diterbitkan oleh Razzi M yang juga merupakan anggota kumpulan Black Dog Bone.




Album-album Rockers sentiasa mendapat sambutan hangat daripada peminat


 

Biarpun nama ROCKERS begitu gah pada era Rock, namun kumpulan ini tidak terlepas dari menghadapi cabaran dalam industri muzik. Populariti mereka seakan kabur di Malaysia. Ini kerana kurangnya promosi dan peluang beraksi di pertunjukan pentas di sini. Tiada promoter yang sanggup menawarkan mereka untuk mengadakan pertunjukan pentas di Malaysia pada ketika itu biarpun mereka terlalu ghairah untuk beraksi di sini. Malaysia hanya memberi tumpuan kepada artis tanahair sendiri. RTM pula tidak pernah mengundang mereka muncul di kaca televisyen. Ini kerana muzik heavy metal dan speed metal yang dibawakan ROCKERS tidak menepati kehendak dan piawaian muzik yang dialukan olah pihak RTM. Biarpun begitu, peminat-peminat di Malaysia tetap menyanjung ROCKERS sebagai sebuah kumpulan Rock yang hebat. Album-album ROCKERS tetap mendapat sambutan hangat dan ROCKERS menjadi idola kepada kebanyakan kugiran Rock Malaysia ketika itu.





Apakah kelebihan ROCKERS sehingga membuatkan kumpulan ini pernah digilai ramai? Kelebihan ROCKERS tak lain dan tak bukan ialah kelainan muzik yang dibawa oleh ROCKERS sendiri. Selain ROCKERS, belum banyak kumpulan Rock tempatan yang memperjuangkan muzik deras dan heavy metal ketika itu. Sedangkan muzik-muzik seperti itu amat didahagakan oleh kebanyakan mat-mat rock yang telah ditempiasi oleh muzik-muzik keras dari barat. Tambahan pula lagu-lagu ROCKERS begitu bermutu dan sesuai dengan selera pendengar. ROCKERS sentiasa bekerjasama meningkatkan prestasi dan merancang strategi bagi mengekalkan identity dan populariti. Mereka sentiasa bersemangat terhadap apa jua yang dilakukan. Konsentrasi dan usaha gigih ROCKERS dalam mencari idea yang kreatif dan bermutu telah membuahkan kejayaan di mana setiap lagu-lagu dan persembahan ROCKERS berjaya menakluki hati masyarakat. Peminat-peminat juga tidak ketinggalan berkarya menerusi nyanyian ROCKERS dengan menyumbangkan lirik-lirik lagu serta gubahan lagu untuk ROCKERS.

 




Setiap persembahan ROCKERS amat bertenaga. ROCKERS sentiasa menampilkan aksi-aksi yang hangat dan mantap ketika di pentas sehingga Berjaya membuatkan penonton-penonton terpukau dan tidak berganjak walaupun sesaat.. Pernah pada suatu ketika, Joe (vokalis ROCKERS) sedang seronok menyanyi dan secara tidak sedar dia mengundurkan dirinya ke belakang sehingga melanggar angota-angota ROCKERS yang sedang bermain muzik sehingga semuanya jatuh terbalik. Di waktu yang lain, ROCKERS pernah berhadapan dengan kehadiran lebih 17,000 hadirin yang membanjiri konsert mereka di Sentosa Heavy Metal Fest. Suatu sambutan hebat dari peminat yang tidak disangka-sangka oleh mereka.

Sesuatu yang istimewa bagi kumpulan ini ialah ketiga-tiga pemain gitarnya mempunyai gitar wireless iaitu gitar tanpa wayar yang menghubungkan terus dengan soundbox. Oleh itu, pemain-pemain gitar ROCKERS bebas merayau dalam jarak 100 meter sambil bermain. Masa itu belum ada lagi kugiran lain yang menggunakan gitar seperti ini.




Persembahan Rockers sering mendapat perhatian ramai



Semua anggota ROCKERS mempunyai kelebihan masing-masing. Joe mempunyai gaya tarikan suara yang serak, lantang dan bertenaga tanpa meniru gaya artis-artis lain. Vokalis hebat ini telah mula menyanyi sejak di bangku sekolah lagi.
Irman, pemain dram pula berlatarbelakangkan keluarga yang rata-ratanya ahli muzik. Beliau telah mula bermain dram sejak berusia 14 tahun dan semasa menyertai ROCKERS, Irman masih lagi bersekolah. Waktu siang ditumpukan dengan pelajaran manakala waktu malam dipenuhi dengan latihan muzik bersama ROCKERS.
Begitu juga dengan barisan pemain gitar yang kesemuanya memiliki skill permainan yang handal dan bertenaga. Semua angota ROCKERS handsome dan menjadi kegilaan wanita ketika itu. Sekarang pun still handsome lagi.. Heh..Heh.. 


Kelebihan serta kecintaan mereka yang mendalam pada muzik telah membawakan nama ROCKERS di puncak kejayaan.


Joe dengan gaya rock sejati yang menjadi kegilaan ramai ketika itu. Belt bertuah tu masih dipakai hingga kini..

 

Kumpulan ROCKERS telah berpecah pada tahun 1993. Kebubaran berlaku adalah normal kerana di waktu itu, masing-masing telah mempunyai kehidupan berkeluarga dan komitmen yang lain. Namun nama ROCKERS tidak pernah sekalipun luntur dari hati dan ingatan peminat. ROCKERS menjadi lambang keunggulan Rock yang tak akan ditelan kemarau walau panas berpanjangan.

Bila ditanya tentang pengalaman manis ROCKERS, brader Rashid mengatakan saat yang paling manis ialah apabila mendengar lagu-lagu ROCKERS popular di radio.


Soalan yang sama juga gua ajukan kepada Brader Joe dan beliau menjawab…
“Pengalaman manis ialah apabila ROCKERS menjulang piala X Discovery pada tahun 1986 di Hotel Mandarin Singapore. Pada masa itu pemain ROCKERS ialah Joe, Man Karen, Aziz, Juma’an dan Rashid. Sejak dari mula ROCKERS ditubuhkan Brader sangat berterima kasih kepada peminat kerana menerima kami sebagai kumpulan Heavy Metal yang lain dari yang lain dari segi muzik. Pada kami promosi di Malaysia pun sudah mencukupi kerana masing-masing mempunyai kerja tetap. Pada kami Singapore dan Malaysia adalah adik beradik yang dahulunya dipanggil Malaya.”






Kepada anda semua yang meminati dan merindui ROCKERS, mereka akan kembali beraksi sempena “Tribute To Rock Kangkang 2010” pada 30 Mei ini di One CafĂ© Jalan TAR, Kuala Lumpur. Gua rasa mesti ramai antara kalian yang dah dapatkan tiket. Jom kita kasi gegar di sana. Pada yang belum lagi mendapatkan tiket, jangan risau, tiket masih ada lagi. Hubungi talian 019-2632518. Rugi wooo sapa tak pegi. Time ni lah nak tengok ROCKERS perform. Kumpulan Rock Jucntion, Sons Of Adam dan Meditasi pun ada. Otai-otai ni beb…!! Sape yang tak pegi menyesal. Ape-ape hal, sebelum konsert sembahyang dulu. Ok… Chow… Wa caya sama lu!!


SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA UNTUK TATAPAN ROCKERS !!