Showing posts with label Rockers Dan Metalist Yang Telah Kembali Ke Rahmatullah. Show all posts
Showing posts with label Rockers Dan Metalist Yang Telah Kembali Ke Rahmatullah. Show all posts

Monday, July 23, 2012

Mereka Yang Telah Pergi.. (Bahagian 2)

Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Begitu juga dengan manusia, setiap yang hidup pasti akan kembali kepada pencipta yang Maha Kuasa. 

Berikut adalah senarai Rockers dan Metalist yang telah pergi menghadap Ilahi sambungan dari Bahagian 1

Mungkin ada antara kita yang telah lupa dan langsung tidak mengenali mereka. Tetapi marilah kita sama2 mendoakan agar roh mereka di tempatkan di kalangan roh orang-orang yang beriman..

 


Bigo Analisa

GITARIS KUMPULAN ANALISA YANG TERKENAL DENGAN LAGU LAKARAN CINTA SUCI INI MENINGGAL DUNIA KERANA SAKIT PARU-PARU BERAIR





Nasran Desire

MENINGGAL DUNIA PADA 7 JUN 2012 KERANA SAKIT BARAH HATI DAN PARU-PARU BERAIR





Nazari Omar Baki / Kidin Kafilah

MERUPAKAN PEMAIN DRUM KUMPULAN KAFILAH DAN PERNAH DINOBATKAN SEBAGAI PEMAIN DRUM TERBAIK. ARWAH MENINGGAL DUNIA PADA 25 OGOS 2006  SETELAH MELAKUKAN AKSI NGERI (STUNTMAN) DI LOKASI PENGGAMBARAN FILEM JANGAN PANDANG BELAKANG. ARWAH DIKATAKAN TERHEMPAS KE TANAH SELEPAS TERJUNANNYA DARI TINGKAT TIGA SEBUAH BANGUNAN TERSASAR.




Mohd Razif Raihan/ Razif Etika

MERUPAKAN BASSIST KUMPULAN ETIKA.  MENINGGAL DUNIA KERANA KEROSAKAN PARU-PARU. Info kumpulan Etika di sini







Zulfihar Ismail

JUGA DIKENALI SEBAGAI PINK SILENT DEATH. ARWAH MERUPAKAN GITARIS ASAL BACTERIA / SILENT DEATH. MENINGGAL DUNIA KERANA SAKIT TIBI DAN PARU-PARU BERAIR.


 

Mohd Tajul Aashikin B. Che Ismail / Stone Silent Death

MENINGGAL DUNIA PADA 11 JUN 2012 PADA 7.30 PETANG SETELAH MENGALAMI KOMA DAN BERGANTUNG PADA MESIN PERNAFASAN AKIBAT JANGKITAN KUMAN DI OTAK.






Syed Yusuf Jamalullail

ARWAH MERUPAKAN PENGASAS KUMPULAN ROCK SYJ, IAITU KUMPULAN ROCK ‘PERINTIS’ TANAH AIR DI ERA 80-AN DENGAN GENRE ROCK KERAS. ALLAHYARHAM DIMASUKKAN KE HOSPITAL SELEPAS TERBABIT DALAM KEMALANGAN MOTOSIKAL LALU MENGHEMBUSKAN NAFAS TERAKHIR AKIBAT KOMPLIKASI KECEDERAAN DALAMAN KESAN INSIDEN ITU YANG DIBURUKKAN DENGAN PENYAKIT KENCING MANIS DAN DARAH TINGGI YANG TELAH LAMA DIHIDAPINYA. 







Zainuddin A Karim

ARWAH LEBIH DIKENALI DENGAN NAMA UBAN DAN MERUPAKAN GITARIS KUMPULAN ROCK SERA. ARWAH KEMBALI KE RAHMATULLAH PADA 26 FEBRUARI 2011 KETIKA USIANYA 46 TAHUN AKIBAT KANSER HATI DAN USUS. 



Zuaikin Yaakop / Ajoo Qiara

MERUPAKAN ANGGOTA KUMPULAN ROCK QIARA DAN MENINGGAL DUNIA AKIBAT DEMAM PANAS. ARWAH JUGA MERUPAKAN BEKAS SUAMI KEPADA PELAKON EMMA AKMA DAN MEMPUNYAI SEORANG ANAK LELAKI BERNAMA ZUAIRIN


AL-FATIHAH...

Thursday, November 11, 2010

Shamrin Fotograf Meninggal Dunia (Shamrin Fotograf Dies)




Al - Fatihah..


Ketika entri ini ditulis, Shamrin Fotograf atau nama sebenarnya Shamrin Abdul Samad, 43, baru saja menghembuskan nafas terakhirnya semalam (11 November 2010) pada jam 6.40 petang

Arwah dilaporkan jatuh rebah ketika bermain bola sepak di padang bola Kelab Sultan Sulaiman, kawasan Kampung Baru, Kuala Lumpur. Beliau disahkan meninggal dunia di Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru.

Arwah yang merupakan vokalis kumpulan rock terkenal, Fotograf telah berjinak-jinak dengan dunia muzik komersial bersama Fotograf seawal tahun 1987.
Fotograf dianggotai Ringgo (Drum), Amran (Gitar Bass), Abol (Gitar Utama) dan Shamrin (Vokal)
Arwah bersama anggota Fotograf pernah terkenal dengan lagu 'Di Alam Fana Cinta, Luka Seribu Rindu, Korban Cinta dan Nafas Kekasih'.
Lagu Di Alam Fana Cintamu (duet bersama Sharifah Aini) pernah memenangi lagu terbaik kategori Rock di Juara Lagu 1992 dan juga anugerah khas Muzik-Muzik.

Arwah Shamrin yang juga pemegang Sarjana Muda Kejuruteraan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) mempunyai kebolehan mencipta lagu.
Arwahyarham meninggalkan seorang balu yang sedang sarat mengandung ketika ini bersama 2 orang anak iaitu Akmal Danish (5 tahun), Akmal Shamim (setahun setengah) dan juga Siti Najwa (17 tahun) hasil perkahwinan pertama.

Al-fatihah buat arwah Shamrin..

Sunday, March 21, 2010

Mereka Yang Telah Pergi.. (Those Who Have Died)

Alfatihah buat mereka yang telah pergi...

Setiap yang bermula akan berakhir. Begitu juga dengan manusia, setiap yang hidup pasti akan kembali kepada pencipta yang Maha Kuasa.
Walaupun jasad mereka telah tiada lagi, namun jasa dan pengorbanan mereka dalam arena muzik tempatan tetap dikenang hingga kini.
Bersama-samalah kita doakan agar roh mereka dicucuri rahmat dan tenang di sana...




Shahrul Nizam Ayop

Merupakan gitaris kumpulan Aryan yang terkenal dengan lagu 'Baiduri Cintaku'. Arwah telah kembali ke Rahmatullah pada 23 November 1998 kerana kanser usus.







g.s ranor utopia
Husni @ G.S (kiri) dan Ranor (kanan)

Ranor Bin Rasip
Arwah Ranor merupakan pemain drum kumpulan Utopia yang terkenal dengan lagu 'Mithali Cintaku'. Arwah telah pergi memancing bersama rakan-rakan dan bot yang dinaiki mereka pecah dan tenggelam dibawa arus. Arwah ditemui lemas dan meninggal dunia pada 3 April 2005 di Bagan Datoh. Jasadnya disemadikan di Kuala Lumpur.
Salah satu sumber menyatakan rakan-rakan arwah selamat dalam insiden itu. Arwah yang pernah menjadi staff RTM telah meninggalkan 4 orang cahaya mata.


Husni @ G.S
Gitaris yang berasal dari Ipoh ini juga adalah anggota kumpulan Utopia dan pernah bertugas di Unit Hiburan RTM. Arwah Husni meninggal dunia akibat kemalangan kereta di Shah Alam pada 26 April 2008 beserta sakit jantung.






j.s kevin
Zul Adnan Mohd Razali

Arwahyarham J.S Kevin atau Zul Adnan Mohd Razali merupakan pencipta lagu dan penulis lirik kumpulan Rock tempatan sekitar tahun 80an hingga 90an.
Arwah meninggal dunia pada 8 Ogos 2003 akibat serangan angin ahmar dan paru-paru berair.
Antara lagu ciptaannya yang pernah popular ialah 'C.I.N.T.A' dan 'Curahan Rasa' nyanyian XPDC.
Sebuah album diterbitkan untuk memperingati perjuangan beliau. Album tersebut adalah 'Tangisan di Gelanggang Fana - A Tribute to J.S Kevin'







lan masa Roslan Karim
Arwahyarham Roslam Karim atau Lan adalah gitaris kumpulan Masa Scarecrow. Arwah dilahirkan pada 1966 dan meninggal dunia pada 1992 kerana terlibat dalam kemalangan.







zul massa
Zulkifli Mat Amin

Arwah Zulkifli Mat Amin atau Zul merupakan vokalis kumpulan Masa Scarecrow yang terkenal dengan lagu 'Patahnya Sayap Malam'.
Arwahyarham mengasah bakat seninya ketika belajar dan menetap di asrama Sek. Men. Alor Akar Kuantan.
Arwahyarham meninggal dunia pada 16 Julai 1996 pada usia 32 tahun akibat koma hampir 2 minggu di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan selepas dibelasah sekumpulan lelaki yang tidak dikenali di tempat letak kereta sebuah hotel di Balok tanpa belas kasihan.
Arwah mengalami kecederaan teruk di muka dan usus akibat insiden itu dan terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan sepanjang menjalani rawatan rapi di hospital berkenaan. Mungkin ramai yang mengetahui punca arwah dibelasah. Sebenarnya arwah Zul telah dianiaya oleh rakannya sendiri. Mungkin kerana iri hati terhadap arwah. Sama-samalah kita sedekahkan Al-fatihah buat mereka yang telah pergi.
Cerita yang lebih detail di sini






eduat syj Syed Noor Eduat

Pasti ramai yang mengenali arwahyarham Eduat. Gua pernah listkan arwah sebagai drummer terunggul tanahair dalam entri-entri yang lepas. Arwah Eduat merupakan anggota SYJ'90 dan anak kepada Syed Yusof Jamalullail, pengasas SYJ. Lahir pada 1961, arwahyarham meninggal dunia pada 11 Oktober 2006 di Hospital Besar Ipoh kerana komplikasi paru-paru.






samad lefthanded
Abdul Samad Mian

Gitaris Lefthanded ini pernah menjadi pemuzik undangan, menjalankan perniagaan sendiri dan menjadi pensyarah sambilan dalam bidang petikan gitar moden di Aswara sejak tidak aktif bersama Lefthanded. Arwahyarham meninggal dunia pada 23 Oktober 2008 selepas terjatuh di pejabat abangnya di Ampang dan juga kerana masalah jantung. Arwah meninggalkan 4 orang cahaya mata yang ketika itu berusia 6-18 tahun. Masih ingatkah anda pada filem Rozana Cinta '87... yeah, arwah pernah menjadi pemuzik undangan dalam filem itu.






along spoon
Sabi'ul Malik Shafiee @ Along Spoon

Arwahyarham terkenal dengan kelunakan suaranya ketika menjadi vokalis kumpulan Spoon. Lagu Rindu Serindu Rindunya adalah antara lagu paling famous Spoon di zaman Rock leleh suatu ketika dulu.
Arwah Along Spoon dibunuh di tempat lain sebelum diikat ke dalam guni dan ditinggalkan di Km 28 Jalan Kuala Klawang- Genting Peras Jelebu. Polis menjumpai rangka mayat Along Spoon pada 6 Januari 2000 berhampiran gaung. Seingat gua, insiden itu berlaku dalam bulan puasa ketika umat sedang sibuk bersedia untuk menyambut hari lebaran dan usia arwah Along ketika itu 19 tahun.
Seorang anggota polis berpangkat L/Koperal, Mohamed Ya'cob Demyati dari cawangan pengawal pengiring IPPKKL telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh mahkamah tinggi atas tuduhan membunuh arwahyarham Along Spoon.







yan meditasi Ahmad Sufian @ Yan Meditasi (3 dari kiri)

Arwahyarham merupakan bassist kumpulan meditasi yang terkenal dengan lagu 'Biar Pedih Kasih Memanjang'. Arwah Yan meninggal dunia pada tahun 2006 kerana sakit paru-paru berair.
Arwah pergi meninggalkan 3 orang cahaya mata.
Klik untuk membaca sejarah dan perjalanan seni kumpulan MEDITASI






din cromok Khairuddin Mohamad
Arwahyarham Khairuddin Mohamad atau Din adalah gitaris dan anggota asal band trash metal negara, Cromok. Arwah sama-sama menuntut di University Of Wollongong, Sydney, Australia bersama anggota Cromok yang lain. Arwahyarham pernah berkhidmat sebagai jurutera Petronas di Kemaman. Arwah telah kembali ke Rahmatullah pada tahun 1997 kerana demam malaria.







din beramboi
Meor Ahmad Fuad Meor Badri
Dikenali sebagai Din Beramboi. Pernah menganggotai kumpulan Diplomasi sebagai vokalis yang pernah popular suatu ketika dulu dengan lagu Seloka Cinta dan Mawar Rimba. Din Beramboi juga seorang pelakon, pengacara dan penyampai radio Era. Arwah meninggal dunia pada April 2010 kerana penyakit demam denggi berdarah yang menyebabkan beberapa organ badannya gagal berfungsi.








achik spin Achik Spin
Achik Spin atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md. Shari meninggal dunia dalam kemalangan ngeri di KM 14.7, Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS) pada 17 April 2010. Kenderaan MPV yang dinaiki arwah bersama seorang rakan terbabas dan melanggar papan tanda selepas melepasi kawasan Rawat dan Rehat (R&R) dekat susur keluar ke Pajam. Arwah Achik dikatakan tercampak keluar dari kenderaan yang kemudiannya terbakar dan meletup. Achik dan kumpulan Spin merupakan kumpulan Rock Leleh yang terkenal dengan lagu Mengusung Rindu dan Utusan Rindu.








amir junction
Mohd Amin Ahmad
Mohd Amin Ahmad atau dikenali sebagai Amir Junction merupakan bekas pemain gitar kedua bagi kumpulan Junction yang terkenal dengan lagu petualang, akan ku kenang dan demi cinta setia. Arwah yang juga merupakan pengasas kumpulan Junction meninggal dunia setelah mengalami lelah ketika dalam perjalanan ke rumahnya dengan menaiki motosikal pada 23 Oktober 2010. Arwah berusia 43 tahun ketika menghembuskan nafas terakhir dan masih bujang.







Shamrin Abdul Samad

Arwah yang merupakan vokalis kumpulan rock Fotograf jatuh rebah ketika bermain bola sepak di padang bola Kelab Sultan Sulaiman, kawasan Kampung Baru, Kuala Lumpur. Arwah disahkan mengalami sakit jantung. Berita yang lebih terperinci di sini.




.. Mungkin ada beberapa lagi Rockers dan Metalist yang telah kembali ke Rahmatullah yang tidak sempat gua senaraikan antaranya Norrodhi Mohd Daud (Angel Hearts),Masrom Bin Abdul Hamid (keyboardist Sweet Charity), Syed Hassan (bassist Sweet Charity) dan beberapa lagi.

Sebagai umat manusia yang masih hidup, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk sama-sama menghulurkan doa dan sedekahkan Al-fatihah kepada mereka yang telah
tiada.

Al-fatihah...


 Sambungan di Bahagian 2