Showing posts with label Penyanyi Rock Wanita. Show all posts
Showing posts with label Penyanyi Rock Wanita. Show all posts

Wednesday, April 21, 2010

Awek - awek Rockers (Malaysia Female Rock Stars)

Jom kita layan info tentang awek-awek Rockers..

Boleh dikatakan semua rockers wanita mempunyai suara serak-serak basah..
Dan hampir semuanya bermula sebagai penyanyi @ pemuzik di kelab malam..
Walaupun hampir berumur.. tapi rockers - rockers wanita kita maintain cun!!

Mereka adalah...


Roxa
Nama sebenarnya Rosalwa Saleh. Asal Segamat, Johor. Selalu menjuarai Adu Bakat di sekitar KL dan JB


 
Y
 Awek Rock dari Singapura??



Shima

Ku Nazhatulshima Kamarazzaman @ Shima terkenal dengan lagu-lagu Rock Balada di sekitar awal 90an seperti Di Sebalik Sejuta Wajah, Teringin dan Setelah Aku Kau Miliki. Berasal dari Banting Selangor, Shima pernah menganggotai kumpulan Shima And The Boys sebelum menyanyi secara solo. Setakat ini Shima telah merakamkan 7 buah album solo. Selain menyanyi, Shima pernah menjadi model iklan dan pernah juga berlakon. Usia Shima kini menggapai 41 tahun tapi masih lagi cun.




Rozanna
Mempunyai satu album. Lagu best Rozanna adalah Nyata atau Khayalan dan Pelamin Mimpi. (foto: muzikrock.com)
 




Kumpulan Puteri
Kumpulan Rock wanita yang berasal dari Singapore

 


Abot
Ni orang Nogori Smilan ni. Narimah Mohamad nama sebenar dia. Abot merupakan isteri kepada Jack FTG. Lagu popular Abot, Camar dicipta oleh Abot sendiri ketika dia berusia 13 tahun. Usia Abot kini ialah 35 tahun



Ruhil Amani Hussein
Ruhil adalah antara penyanyi Rock wanita yang termuda sekitar tahun 90an. Pernah menganggotai kumpulan Metal Child. Penyanyi yang popular dengan lagu Kawan ini menetap di luar negara selepas berkahwin. (foto: muzikrock.com)




Tila 
Nama sebenar Fathilah Intan. Pernah popular dengan lagu Rela. Hingga sekarang lagu Rela sering diputarkan di stesen-stesen radio


Elia  
Lagu hits - Biar (foto: muzikrock.com)

 



Vokalis Last Minutes (duduk paling kanan)

Tak silap gua, nama vokalis kumpulan ini ialah Manisah Amat. Last Minutes juga mempunyai bassist wanita iaitu Syakila





Dilla Hussein

Nama sebenar Dilla ialah Fadila Bt Husin. Merupakan anak kepada pelakon veteran terkenal, Hussein Abu Hassan dan kakak kepada pelakon terkenal, Faizal Hussein. Pernah menganggotai kumpulan Sons Of Adam. Di Tabir Suria adalah lagu gempak yang pernah dinyanyikan Dilla. Selain menyanyi, Dilla juga merupakan seorang pelakon.
(foto: www.sinemamalaysia.com.my)



 

Yati @ Moshek
Nama sebenarnya ialah Haryati Mohamad. Berasal dari Batu Gajah dan kini berusia 41 tahun. Pernah menganggotai kumpulan Lord Justice dan selepas itu menjadi penyanyi solo. Lagu hits – Pesanan Tok Moyok. (foto: muzikrock.com)


 

Lyana
Lagu hits - Hangatnya Cinta




Idda 
Idda cuma ada 1 album sahaja dan lagu popularnya ialah Oasis Sahara. Idda juga adalah artis naungan Warnada Record.


 
Candy
Terdiri daripada 4 wanita yang berasal dari bumi Sarawak. Lagu popular Candy ialah Akan Ku Tunggu. Vokalis Candy, Patricia telah berkahwin dengan pemain gitar terkenal, Edrie Hashim.



Wohnen

Berimej ala-ala koboi dan membawakan konsep country dan western dalam lagu-lagunya. Lagu Madah Terakhir dan Gugur Sebelum Layu merupakan lagu hits kepada penyanyi yang bersuara amat serak ini. Wohnen adalah anak kepada M.Y Shamsuddin, penyanyi lagu-lagu asli. 





Sheeda
Siapa tak kenal Sheeda, penyanyi dangdut yang popular dengan lagu Angkat Kaki.. he..he..he.. Sheeda pernah menganggotai D’zai @ Desire, sebuah kumpulan Rock dari Kelantan.Hasil perkongsian hidup dengan Roslee pemain gitar Desire, maka lahirlah Bienda..



 

Sahara Yaacob
Ini dia Mama Rock kita yang sentiasa ‘hangat’ suatu ketika dulu. Pernah dipanggil Tina Turner Malaysia… mungkin kerana fesyen rambutnya yang amat kebaratan. Nama sebenar Sahara Yaacob ialah Zaharah Bt Mohd Yaacob. Kini berusia 53 tahun. Lagu terkenal Sahara Yaacob adalah
Tangisan Marhain.





Puteri Hamsiah 
Pernah menjadi vokalis jemputan kumpulan rock Hydra dalam album Pancakara di Cakrawala. Lagu hits – Ilusi Fenomena Cinta.



Haleeda
 Haleeda terkenal dengan lagu Setia Kasih dan Terkilan. Pernah berkahwin dengan pemain bolasepak terkenal, Azman Adnan.






Leez 
Cuma satu je lagu Leez yang hits hingga kini iaitu EL. Leez ni memang mantap dan happening dalam show.





Emma 
Pernah menganggotai kumpulan Revolusi. Mempunyai 1 album bersama Revolusi dan 2 album solo. Lagu hits - Dadah Durjana. (foto: muzikrock.com)


 
Suraya 
Nama penuhnya ialah Rozila Yeop dan berasal dari Kajang. Dulu bersekolah di SMK Engku Hussain, Semenyih dekat dengan tempat gua. Asalnya Suraya adalah seorang pelukis sambilan di Central Market dan melukis selama 3 tahun. Awek ni suka menyanyi lagu rock yang bernada tinggi. Suraya Cuma ada 1 album je dan album itu diterbitkan oleh Khalid Mobin (Rusty Blade)


 

Sherox
Malaysian Sherock adalah nama asal bagi Sherox yang diberikan oleh penganjur pertunjukan pentas, Lokman Joned. Band ini didatangkan dari Perak. Kumpulan Sherox pada asalnya terdiri daripada semua anggota wanita. Liey Handyblack menganggotai Sherox ketika rakaman album Awek Rockers. Antara lagu popular Sherox ialah Sentuhan Luka dan Biarpun Apa Terjadi.




Nike Ardilla

Digelar ratu Rock Indonesia. Lagu Ku Tak Akan Bersuara dendangannya famous sehingga di Malaysia, Brunei dan Singapore. Pemilik nama Raden Rara Nike Ratnadilla Kusnadi ini telah meninggal dunia pada umur 19 tahun di kala popularitinya sedang memuncak. Punca kematian adalah kemalangan kereta.







Nadia
Berasal dari Sabah dan popular dengan lagu Salam Untuk Kekasih





Wann
Wann adalah antara penyanyi yang terkenal hingga kini. Suaranya yang serak dan seakan meneran membuatkan lagu-lagunya diingati selalu. Antara lagu-lagu hits Wann ialah Lamunan Hati dan Aku Dalam Teka Teki. Dalam filem Pelumba Malam, Wann pernah berlakon sebagai penyanyi kelab malam dengan membawakan lagu Jawapan Yang Kelabu.




Tania 
Dulunya seorang model, pelakon dan penyanyi. Tania Cuma ada 1 album sahaja yang dikeluarkan oleh Happy Record. Tania juga merupakan salah seorang anak didik kepada Adnan Abu Hassan. Lagu popular Tania ialah Memulih Semangatku dan Terbuka Kamar Hati.



Ella
Yearghhh..ini dia ratu rock Malaysia yang masih cun dan glamer. Saja je gua letakkan info ni di list yang paling bawah. Gua rasa takde awek-awek rockers lain yang mantap dan bertahan dengan jiwa Rock macam Ella. Nama penuh Ella ialah Nor Zila Bt Hj Aminuddin. Kini berusia 44 tahun. Dulu Ella menganggotai The Boys semasa giat menyanyi di kelab malam. Banyak jugak album Ella ni. Salah satu album Ella dirakamkan penuh di USA. Antara lagu-lagu Ella yang masih popular ialah Sepi Sekuntum Mawar Merah, Pengemis Cinta, Gemilang dan Sembilu. Selain menyanyi Ella juga terlibat dalam lakonan. Antara filem yang dilakonkan Ella ketika zaman kegemilangan rock ialah Bayangan Maut dan Pemburu Bayang.



"Ha.... Cepat... Cepat Komen....Kasi Pecah Entri Awek2 Rockers..!!!"