Showing posts with label Revenge. Show all posts
Showing posts with label Revenge. Show all posts

Tuesday, May 4, 2010

REVENGE - Rockstar Generasi Baru




Sempena Tribute To Rock Kangkang, gua ingin memperkenalkan sebuah kumpulan Rock hebat era millenium yang tidak asing lagi – REVENGE. Ramai antara kalian yang telahpun mengenali Revenge. Anggotanya terdiri daripada 5 orang anak muda iaitu Buset (gitar), Apple(gitar), Arul(bass),Wak Pankreasdeth(drum) dan Ayid (Farith Jamal) selaku vokalis. Masing-masing mempunyai semangat Rock yang kuat dan kental bagi berjuang meneruskan kegemilangan muzik rock yang masih membahang di hati setiap pecinta Rock tanahair.


Membawakan irama Rock Kapak dan Heavy Metal, kemunculan Revenge memang tepat pada masanya di kala industri muzik negara kini sedang sesak dengan lagu-lagu berentak pop dan juga kelahiran berpuluh-puluh band indie tempatan. Masyarakat Malaysia sedang kehausan muzik rock dan rata-ratanya masih lagi merindui suasana fenomena Rock di awal 90an. Dari itu Revenge mengambil kesempatan ini bagi mengubati kerinduan peminat Rock dan cuba mewujudkan kembali suasana Rock 80an dan 90an yang gilang- gemilang dengan membawakan imej Rock Kapak @ Rock Kangkang.



Revenge telah mengeluarkan EP nya yang berjudul “Legends Of Rock & Roll” yang terkandung lagu-lagu gempak seperti Rockku Japarena, Wild…Wild…Wild… , Emily 2008 dan lagu yang mempunyai lirik kontroversi – Bukak Api. Nama Revenge semakin meniti di bibir pecinta Rock apabila seringkali dipilih sebagai pembuka tirai konsert-konsert besar seperti konsert Wings, XPDC dan Konsert Search Di Awan Biru. Bukan saja mempunyai vokal dan permainan muzik yang mantap, malah Revenge bisa menggegarkan tangkai jantung penonton dengan aksi-aksi yang gempak dan penuh energi ketika di pentas. Penampilan Revenge memang cukup power!!

Kini, di mana-mana pun kita lihat barangan-barangan berlogo Revenge sepert T-shirt dan beg semakin laris terjual di kalangan muda mudi khasnya pengikut setia Revenge – Revenge Army. Ini bererti masih ramai muda-mudi yang meminati dan menghargai muzik Rock. Mereka menyandarkan harapan agar Revenge setia meneruskan keunggulan muzik Rock agar tidak terkubur suatu hari nanti.
Sesuatu yang perlu kita tahu, keseluruhan anggota Revenge tidak sombong dan sentiasa ingin mendekatkan diri dengan peminat.

Ikuti Temubual gua bersama Ayid (vokalis Revenge) pada petang 27 April 2010 yang lepas..


Gua:
Boleh bro terangkan bagaimana tertubuhnya kumpulan Revenge ni? Semuanya dari satu sekolah ke?

Ayid:
Terima kasih...
Revenge tertubuh daripada gua dan Arul pada tahun 2005..
Masa tu Arul nak buat band.. Dia ajak gua..
Gua tak pernah ada band.. So gua ckp kat dia, kalau nak gua main.. gua nak main rock kapak..
And then baru kitaorang cari line-up yang nak main rock kapak je..

Gua:
Kenapa memilih muzik Rock Kapak?

Ayid:
Dulu kami tak berpeluang merasai era Rock waktu itu sebab masing-masing kecil lagi. Jadi sekarang kami nak wujudkan semula kehangatan Rock seperti waktu itu kepada generasi muda kini..

Gua:
Kenapa pilih nama Revenge? Ramai peminat yang nak tahu..

Ayid:
Nama Revenge diambil dari watak Mark Wahlberg, Izzi Revenge dalam filem Rockstar. Tiba-tiba je teringat nama tu then terus jadikan nama Revenge sebagai nama kumpulan.


Gua:
Siapa idola Revenge? Band-band Rock Kapak juga?

Ayid:
Search...
band lain2 seperti Iron Maiden dan Loudness sebagai influence muzik je..
Apa-apa pun Search tetap menjadi idola kepada perjalanan Revenge..

Gua:
Siapa yang memberikan galakan kepada Revenge?

Ayid:
Galakan paling kuat dari mat-mat rock...
We started this band without knowing any mat-mat rock..
then we start meet ppl...
and most of them yg support is from generations...
Selain itu majalah R.O.T.T.W selalu membuat liputan tentang perkembangan Revenge.
Kami juga mendapat sokongan daripada orang-orang lama yang masih sayang akan muzik ini..

Gua:
Pengalaman manis Revenge setakat ini?

Ayid:
Pengalaman manis… Yang pertama, Menjadi band Rock Kapak pertama yang perform di Rock The World dan yang kedua, menjadi opening act untuk idola kami Search di konsert Search Di Awan Biru.

Gua:
Pengalaman pahit?
Ayid
Bila org cakap muzik Rock Kapak dah mati. Tapi, generasi sekarang ni yang tak minat akan jadi minat kalau kita berjaya buat rock kapak jadi trend..

Gua:
Apa cabaran yang Revenge hadapi kini bagi membuatkan masyarakat menerima Revenge?
Ayid:
Cabaran memang banyak.. Antara nya media dan trend masa kini.. Tapi kami akan sedaya upaya memuaskan hati setiap pihak supaya kami dapat diterima oleh seluruh masyarakat.

Gua:
Ada cadang nak terjah Singapore?? Brunei?? Indon??

Ayid:
Kami mungkin akan perform di IICA Fest di Stadium Senayan, Jakarta pada 3 Julai ini.

Gua:
So, di mana peminat-peminat boleh dapatkan EP u alls?
Ayid:
Sekarang ni maybe boleh dapatkan di Pertama Complex dan Campbell..

Gua:
Lastly, apa pesanan yang Revenge nak sampaikan kepada peminat di luar sana....?
Ayid:
JOM KASI PECAHHH 30 Mei ini !!
Rock and Heavy Metal metal is a way of life... Keep believing and unite as one scene..
Bang ur head till dawn..!!




Kepada anda semua, marilah kita support perjuangan Revenge dalam mengembalikan kegemilangan muzik Rock Kapak yang pernah unggul ini. Ingatkah anda apa yang berlaku terhadap Search dan XPDC di awal kemunculan mereka dulu sebelum mereka popular? Itulah juga yang sedang berlaku terhadap Revenge… Dan gua pasti Revenge akan menjadi Rockstar terkenal sedikit masa lagi…

Revenge akan beraksi di "Tribute To Rock Kangkang" pada 30 Mei ini… Jadi tunggu apa lagi… Dapatkan tiket segera sebelum kehabisan.. Tak mahal pun, RM 25 je.. Harga Pra-Jualan kini RM 20..
Hubungi 019-2632518 ..
JOM KASI PECAH!!!


SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA UNTUK TATAPAN REVENGE !!